" dayana.. datang teman cik puan.. saya ada hal penting nak urus.." arah ikran di corong telefon.
dayana yang baru sahaja terlelap terus membuka matanya luas-luas.
" baik.." panggilan terus mati. dayana memandang kosong skrin telefonnya. cepat-cepat dia bangun untuk mandi dan bersiap.
ikran merapati cempaka yang sedang lena dibuai mimpi. pipi itu diusap sayang. dahi cempaka dikucup kasih sebelum dia berlalu meninggalkan cempaka yang masih lena diulit mimpi. sebelum menutup pintu dia menoleh lagi sekali.
" sweet dream isteriku.."
ikran memasuki ruangan kelab yang sudah kosong dan diiringi pengawal peribadinya. turut serta sekali ialah nazim. nazim yang sentiasa setia disisinya.
" tengku..." sapa ketua samseng yang mengawal segala aktiviti gelap di kawasan ini.
" mana mereka?" tanya ikran dengan wajah sejuk bekunya.
ketua samseng yang bernama ah fatt itu memberi isyarat kepada budak-budak bawahannya untuk menyediakan kerusi untuk ikran dan membawa dua otang penyangak yang mencuba menyamun isteri kepada tengku ikran.
berani betul!!
ikran melabuh duduk di kerusi sambil memandang kedua-dua lelaki yang menyamun cempaka. barang-barang cempaka diserahkan kepada nazim oleh kepala samseng. masing-masing menanti arahan ikran selanjutnya.
" tangan mana kamu sentuh cik puan?" tanya ikran dalam nada cool. suaranya tenang sahaja. namun air yang tenang jangan disangka tiada geloranya.
kedua-dua penyamun itu diam mengingat. kemudian menggeleng.
" zim.. kalau mereka tak ingat.. potong kedua-dua tangan mereka.." arah ikran membuat kedua-dua penyamun itu terbeliak biji mata. kedua-duanya terus menjerit merayu agar tidak dipotong tangan. silaplah mereka mengusik hak ikran. memang silap besar.
" zim.. barang ni semua.. serahkan dekat dayana.. nanti cik puan sedar suruh dia bagi dekat cik puan.. saya akan terus ke pantai timur dan akan jumpa cik puan minggu hadapan." pesan ikran sebelum memejam matanya tanda tidak mahu berkata apa-apa sudah.
nazim mengangguk sahaja. matanya tekun membaca dokumen-dokumen penting di tangannya.
" suruh jefri tambah beberapa orang untuk ikut cik puan lepas ni.. jangan biar dia sendirian." lama berdiam,ikran menyambung kata. kalini wajahnya serius mengingati kecuaian cempaka.
" baik.."
" pastikan cik puan tak sedar dengan kewujudan diorang.." ikran tidak mahu cempaka rasa terkongkong. dia mahu cempaka merasa bebas. cukuplah ada dayana yang menemani di sisi. pengawal yang lain itu hanya untuk persediaan andai berlaku kecemasan kepada cempaka.
" asrafi ada cakap apa-apa tak?" tanya ikran menukar topik bicara pada kes yang lebih serius pula.
" belum lagi.." nampak gayanya selepas ini nazim harus menghubungi asrafi sebelum ikran bertanya lagi. tapi... baru sehari asrafi memulakan kerjanya,takkan dia nak tanya. nampak sangat mendesak pula. pandailah nanti asrafi melaporkan perkembangan terkini kepada ikran. tiba-tiba nazim teringat sesuatu.
" tengku.. cik nadia ada hubungi saya untuk bertemu tengku.. katanya ada sesuatu yang penting untuk diserahkan kepada tengku." maklum nazim teringat panggilan telefon yang diterima daripada nadia.
" penting??" soal ikran kembali.
" iya.. saya dah minta untuk dia serahkan kepada saya,namun dia tetap nak jumpa tengku jugak.." nazim teringat suara nadia yang berkeras untuk bertemu ikran.
ikran diam seketika berfikir.
" katanya ini mungkin tengku boleh gunakan sebagai bahan bukti.." nazim menambah bicara lagi. wajahnya serius.
" hurmm.." ikran sebenarnya tiada idea nak membalas apa. pelik betul perangai rakan cempaka ini. suami rakan karib sendiri pun nak digoda. bukan ikran tidak perasan dan tahu. cempaka sahaja yang buta mungkin. apa nak jadi dengan isterinya itu agaknya. risau pula ikran.
cempaka membuka matanya perlahan. terasa ruang disisinya sejuk. seperti sudah lama ikran bangkit. pantas cempaka bangun. segenap ruang bilik mewah hotel ini diamati. matanya menangkap susuk tubuh wanita tertidur duduk di sofa panjang.
" dayana??" panggil cempaka.
dayana yang tidur-tidur ayam,membuka mata. pedih pula matanya,lantas digesek-gesek sedikit.
" bila awak sampai?? kenapa tak kejut akak?? tengku mana??" bertubi-tubi soalan cempaka.