webnovel

wajah suami penyayang.

asrafi membukakan pintu honda city-nya. mempersilakan cempaka masuk dengan penuh hormat.

cempaka tegak berdiri. matanya memandang penuh tanda tanya kepada mira.

asrafi menggaruk rambutnya yang sudah dicelup dengan pewarna kelabu tahi anjing.

" saya asrafi cik puan.. panggil saya raf.. saya sama macam dayana,jefri.." asrafi memperkenalkan dirinya.

cempaka mengangguk. dia mengeluarkan telefon bimbitnya lantas menghubungi ikran.

" abang sibuk?" tanya cempaka apabila mendengar suara ikran di talian.

" kenapa?"

" abang kenal someone nama asrafi?" tanya cempaka.

" bagi telefon dekat dia.." pinta ikran apabila cempaka menyebut nama asrafi.

cempaka memandang asrafi sebelum menyua telefon kepada asrafi.

" ampun tengku.. patik hamba yang lemah datang mengadap.." seloroh asrafi di talian. ada bunga ketawa di hujung katanya.

" kenapa dengan cik puan?? dayana mana?" ikran terus bertanya. risau dengan keselamatan cempaka.

" dalam 30 minit saya akan sampai ke tid.." asrafi tidak mahu memaklumkan kejadian menimpa cempaka di talian.

" baiklah.. bawa sekali cik puan.." suruh ikran. nadanya perlahan.

" baiklah.." tut.. talian mati. asrafi menyerahkan telefon kepada cempaka.

tiba-tiba... pap..

melayang sling bag yang selalu diguna dayana terbang terus ke kepala asrafi.

" apa ni....!!!" marah asrafi wajahnya merah memandang dayana.

" apa ni??? huh!!!! dah berapa hari kami cari kau.. hah..hah.." marah dayana mencubit-cubit lengan asrafi.

cempaka yang terkejut pada awalnya tergelak-gelak melihat aksi comel dayana dan asrafi.

" stopp..stoopp.. ampun..ampun.." asrafi mengangkat tangan mengalah. dayana memang macam ni. geram betul dia.

" sekarang.. aku nak bawa cik puan ke tid.. nanti kita cerita.." asrafi cepat- cepat menolak cempaka masuk ke dalam perut keretanya. dia takut dibuli oleh dayana. cubitan dayana menyakitkan lengannya dan menusuk kalbu.

cempaka tidak sempat bersuara,pintu sudah ditutup. asrafi juga sudah memasuki tempat duduk pemandu.

dayana dan mira saling berpandangan. sepantas kilat asrafi bertindak. boleh jadi penculik profesional lagaknya.

" jomlah kita balik.." ajak dayana kepada mira sambil memerhati honda city asrafi berlalu laju.

mira mengangguk sambil menjinjit barang-barang hasil membeli belah hari ini.

ikran memejam mata menanti kemunculan asrafi dan cempaka. wajahnya tenang,namun air yang tenang jangan disangka tiada buaya. nazim yang juga turut berada di ruang yang sama turut merasai ketegangan. ikran jenis kalau marah atau ada sesuatu yang mengganggu dirinya,lelaki itu lebih suka berdiam diri. memejam mata.

hampir 20 minit,akhirnya pintu bilik terkuak daripada luar. muncul wajah cempaka diikuti asrafi dibelakangnya.

ikran membuka matanya. pandangannya liar menatap wajah cempaka. kemudian pandangannya dialihkan kepada asrafi.

" abang..." sapa cempaka dengan senyum manjanya. kegundahan hatinya lenyap melihat wajah tiada perasaan sang suami.

ikran mengangguk kepalanya membalas sapaan cempaka.

" qiara.. panggilkan mei lan sekarang.." arah ikran melalui interkom kepada setiausahanya. namun matanya masih tidak lepas menatap figura cempaka.

ikran bangkit dari kerusi empuknya.

" duduk.." arahnya kepada asrafi dan nazim yang tegak berdiri. masing-masing mengambil langkah berdiam. al-maklumlah nak bincangkan perkara sulit depan cik puan,memang tak lah. ikran tidak mahu cik puan terlibat secara langsung dalam segala aktiviti gelapnya. urusan kerja juga kalau boleh dia tidak mahu cempaka terlibat. cukuplah isterinya itu,menikmati segala yang disediakan.

" okey tak?? ada luka dekat mana-mana?" tanya ikran. walau dia belum tahu apa yang terjadi. namu melihat kemunculan asrafi,dia boleh mengagak yang cempaka pasti dalam kesulitan.

" takde.. saya okey je.. abang tu.. okey tak??" cempaka tidak kisah tentang keadaannya. kini dalam fikirannya hanya ikran sahaja. mendengar soalan-soalan wartawan tadi juga sudah membuatnya susah hati.

" hmm.. baguslah.."

ikran menarik tangan cempaka untuk duduk disisinya di sofa berhadapan asrafi dan nazim.

" dah makan??" tanya ikran tanpa memperdulikan dua orang di hadapannya yang masih menanti arahannya.

cempaka menggeleng. apabila ikran bertanya tentang makan baru terasa perutnya lapar.

" nak makan? abang suruh qiara order.." tanya ikran penuh mengambil berat.

cempaka menggeleng.

" nanti makan sekalilah dengan abang.." tolak cempaka. dah alang-alang sampai le pejabat,bagus dia makan sekali dengna suaminya.

" iyelah.. nanti mei lan datang.. sayang ikut dia ye.. nanti dia akan tunjukkan sayang pameran produk tid." ikran sengaja sebenarnya menyuruh cempaka mengikut mei lan. ada banyak perkara yang perlu dibincangkan bersama nazim dan asrafi yang tidak boleh didengari cempaka.

setelah cempaka menghilang mengikuti mei lan ke ruang pameran tid,ikran memandang asrafi dengan riak serius. menuntut penjelasan untuk kejadian yang berlaku hari ini dan punca kehilangan serta misinya. wajahnya tiada riak namun masih serius. hilang wajah suami penyayang yang ditayangkan kepada cempaka tadi.

asrafi berdehem sebelum memulakan bicara. setiap ruang mula terasa sejuk membeku seperti perubahan emosi ikran.

" saya dah terima mesej tengku serta sedikit penerangan daripada wong." asrafi mengakui sudah menerima arahan. duduknya dibetulkan.

" kebetulan hari ini saya ikut suspek.. nak tahu lebih detail tentang aktiviti,sosial dan sedikit latar belakang suspek sebelum mula kerja.." asrafi menghentikan ceritanya. air mineral atas meja diambil lalu disua le dalam mulutnya. kering pula tekaknya.

" macam mana pula cempaka boleh ada dengan sekali?" soal ikran tidak sabar. sikit-sikit pula asrafi ni bercerita.

Siguiente capítulo