webnovel

bau cinta

seawal pukul 8 pagi mereka sudah bertolak ke melaka. cempaka menghabiskan masanya tidur dan tidur di dalam kereta.

" cik puan..ooo..cik puan.." mira mengejutkan cempaka yang enak dibuai lena memeluk bantal spongebob sebesar pemeluk.

cempaka membuka matanya perlahan. masih mamai lagi dan cuba menghadam suasana sekelilingnya.

" kita dekat mana?" tanya cempaka sambil menguap. tangannya cepat-cepat menutup mulut.

" sudah nak dekat melaka dah ni.. tuan jef nak isi minyak dulu.." maklum mira.

cempaka menggeliat. menyegarkan segala urat-urat malas di tubuhnya.

" ada jual apa sahaja?" tanya cempaka.

" depan sana ada banyak gerai makanan kak.. kalau akak nak makan apa-apa..boleh kita singgah sekejap.." dayana yang sedari tadi diam,menyampuk.

" saya nak pergi toilet.. awak beli sahajalah apa-apa.." cempaka tidak kisah apa sahaja jenis makanan. dia makan sahaha.

" daging bakar masak lemak nak?" tanya dayana. sebenarnya dia yang teringin.

" macam sedap je.. boleh lah.." setuju cempaka sambil melangkah keluar dari kereta menuju ke tandas awam diikuti pula oleh mira. risau sangat dengan keadaan cik puannya.

" macam ada bau cinta..." usik dayana dengan senyum mengusik kepada jefri.

" apa????" tanya jefri selesai mengisi minyak.

" aku nak cari parking.. kau pergi beli makanan cepat.. " suruh jefri. sakit hati pula melihat senyum mengejek dayana. cinta apa? orang macam jefri ni tiada istilah cinta sudah dalam hidupnya yang dipenuhi misi-misi bahaya.

" okey..okey.. "

" ada bawa minyak angin tak mira?" tanya cempaka setelah selesai urusannha di dalam tandas.

" ada..." mira mula mengocah ke dalam begnya mencari minyak angin cap lang yang selalu dibawanya.

" nah.." dia menyerahkan kepada cempaka apabila tangannya sudah berjaya mencapai apa yang di ingininya.

" sedapnya bau minyak ni.. kurang sikit rasa pening saya.."

hampir pukul 12 tengah hari mereka sampai di rumah penginapan keluarga ikran. suasana yang cantik dan damai menyapa mata yang memandang.

" kebun buah-buah ni siapa yang punya?" tanya cempaka kepada jefri.

" buah-buah ni dah wujud sebelum tengku ikbal beli tanah ni." cerita jefri.

cempaka mengangguk. maknanya pabila bapa mertuanya sudah beli tanah ini,automatim buah-buah ini jadi miliknya.

" ermm.. kalau musim buah seronok ni..." suka pula cempaka melihat pokok buah durian,rambutan,mangga,manggis,langsat dan beberapa lagi yang tidak tersebut oleh otaknya.

" nanti boleh akak ajak tengku.." suruh dayana.

cempaka melepas nafas berat. nak ajak ikran? baik tidak payah. buah lain yang sibuk dipetiknya nanti. buat mengidam sahaja cempaka nak makan.

" rumah ni tengku yang minta buat..katanya senang nak beristirehat.." maklum jefri menunjuk ke rumah banglo dua tingkat yang direka penuh seni kontemporari.

kereta berhenti tepat di hadapan rumah itu. cempaka keluar dari dalam kereta dengan pantas. dia mula mengagumi seni bina dan grafiknya. cantik.

" selamat datang cik puan.." sapa seorang wanita yang sudah hampir tua seperti mamanya dan umi.

cempaka menunduk kepala tanda hormat.

wanita itu memeperkenalkan dirinya sebagai penjaga rumah ini. wanita itu menunjukkan bilik tidur utama dan segala jenis ruang yang ada di situ. cempaka hanya menurut langkah wanita yang mahu dikenali sebagai ibu ani itu. sesekali dia menguap panjang.

" kalau cik puan mengantuk.. tidurlah dahulu.. nanti makan tengah hari..kami panggil." mak ani kasihan pula melihat cempaka yang tersangguk-sangguk menahan kantuk.

" ermm.. baiklah.." cempaka mengiyakan sahaja. otaknya tidak boleh mercerna apa-apa lagi. dia perlukan tidur lagi. badannya terasa melemah.

mira mengikuti langkah cempaka sambil menjinjit beg barangan cempaka. sayang sungguh kepada cik puannya.

" mira.. nanti kalau makanan sudah siap.. hantarka terus ke dalam bilik boleh.." pesan cempaka apabila mira sudab ingin berlalu keluar dari bilik tidur utama.

"cik puan taknak turun makan ke nanti?" tanya mira khawatir.

" saya nak rehat.. program malam ni padat.. saya pula sejak akhir-akhir ni selalu mengantuk,tak sedap badan lepastu malam pula kekadang susab nak lelap.." cempaka meluahkan masalah yang membelenggunya sejak dua menjak ini. takut juga dia kalau ada penyakit berbahaya. manalah tahu,usia makin meningkat penyakit pun banyak yang datang menjengah.

mira tersenyum tiba-tiba. inilah peluangnya untuk memujuk cempaka ke hospital membuat pemeriksaan.

" cik puan taknak jumpa doktor?" tanya mira dengan wajah suci.

" tu lah.. ingat nak pergi lepas balik dari melaka ni.. lepas ni jadual saya kosong.." cempaka sudah merancang. dia takut sakitnya berlanjutan maka sebelum ikran pulang,dia akan membuat pemeriksaan menyeluruh.

" ermm.. baguslah macam tu..nanti saya temankan cik puan.." mira berjanji akan sentiasa menemani dan menjaga cempaka. baginya takkan ada lagi majika yang bagus dan baik seperti cempaka di dalam sektor pekerjaannya. cempama tidak pernah membebankan mereka dengan tugas yang banyak. cempaka yang mesra dan pemurah. melayan semua pembantu rumah seperti keluarga. majikan seperti inilah layak dihormati.

nadia menarik bagasi yang berisi pakaian serta peralatannya memasuki kamar hotel. malam ini untuk pembukaan dan perasmian majlis,nadia terlibat dalam memperagakan beberapa pakaian daripada pereka terkenal malaysia.

" nad.. you share bilik dengan siapa?" tanya seorang peragawati yang baru meningkat naik dan terkenal dengan iklan produk mandian wanita.

" sorry.. i tak share room dengan sesiapa.. lagipun i book sendiri." tidak tahukah model ini,bapanya salah seorang pelabur untuk majlis ini dan berani penganjut majlis membiarkan nadia berkongsi bilik denga orang lain.

peragawati yang bernama liza itu senyum sinis.

" untung lah you.. i pula kena share dengan model baru..satu bilik 5 oranng.." adu liza dalam nada sinis.

" well.. kenapa u tak book sendiri?" tanya nadia sambil menanti pintu lift terbuka untuk menuju ke biliknya.

" buat apa.. lagipun penganjur majlis nk sponsor bilik.. so terima sahajalah. jimat pun jimat." liza beralasan. malu kepada nadia.

" well.. terpulanglah.."

kebetulan pula..apabila nadia ingin menyambung kata-katanya. pintu lift sudah terbuka. di dalamnya terdapat sekumpulan wanita separuh abad berpakaian elegen. masing sibuk berbual tentang majlis malam ni. nadia memasang telinga.

" cik puan cempaka datang malam ni sahaja. dia tak duduk dekat hotel pun." cerita salah seorang wanita yang memakai bau kebaya ungu dipandankan seluar slack hitam.

" owhh..dia stay mana?" tanya datin zubaidah kepada rakan-rakan seangkatan dengannya.

" rumah penginapan tengku ikran.." balas datin janiyah yang dari semalam sibuk ber-whatsapp cempaka bertanya tentang kehadiran wanita itu.

" ermm.. ye lah.. dah alang-alang ada rumah sendiri..buat apa nak duduk hotel." setuju datin zubaidah.

" dengar cerita anak toh puan midah pun ada kali ni.."puan sri maria menukar topik dengan menyebut nama-nama besar dalam industri peragaan.

Siguiente capítulo