besar tertunduk-tunduk menahan sakit. 'Ada pula nak memancing waktu aku tengah PMS?'
"Akak! Tak nak join?" Aida mengejek. Dyle kerut dahi memandang adiknya yang sedang seronok main dengan air sungai. Alfan di tebing seberang sana memancing.
"Abang! Nak mancing dalam sungai macam ni tak banyak ikanlah." jerit Ira.
Alfan hanya senyum. Dyla mencebik.
"Jomlah mandi sekali, kak!" cadang Ira.
"Takpelah." Dyla melambai-lambai tanda tidak mahu turut serta.
"Asal tak nak mandi?" soalan Alfan yang muncul dari belakang secara tiba-tiba sambil duduk mencangkung di sebelah mengejutkan Dyla.
Secara automatik tangannya naik ke bahu Alfan. Kuat sekali pukulannya.
"Boleh tak kalau nak sergah tu, elok-elok sikit? Bagilah salam ke, apa ke. Ini tidak, kalau saya kena heart attack macam mana? Awak nak tanggung? Tak, kan?" bebel Dyla panjang lebar. Alfan sedikit terkedu.
"Sergah sikit pun nak marah. Dah kenapa?" bidas Alfan.
"Awak kalau tak menyakitkan hati saya sehari, tak sah kan? Awak memang suka sangat eh tengok saya sakit hati?"
"A'ah. Suka sangat!" Alfan senyum hingga ke telinga hingga menampakkan mata yang sepet kecil sekali.
Senyuman 'bahagia' itu menambah sakit hati Dyla. Entah kenapa anginnya satu badan.
"Awak nak tahu apa yang paling menyakitkan hati seorang isteri?" duga Dyla.
"Apa dia?" Alfan ingin tahu.
"Cerai." Dyla serius pandang mata Alfan. Lelaki itu senyap seketika.
"Nak sakitkan hati saya? Nak malukan saya? Ceraikan saya. Senang." Dengan senang hati Dyla mencadangkan.
Alfan mengalih pandangan ke depan semula. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman nakal.
"Kalau aku ceraikan kau, bila lagi aku nak buli kau?" tangan Alfan cepat sahaja menolak belakang tubuh Dyla sampai terjatuh ke dalam air sungai. BEDEBUSHHH!
Dyla mendongak memandang ke arah batu di mana Alfan sedang duduk bertinggung. Dengan jelingan yang tajam, Dyla gigit bibir bawah. Alfan buat muka selamba.
"Konon tak nak join mandi!" jerit Aida yang perasan Dyla sudah basah.
Dyla tahan air mata. Tapi tidak berjaya. Rasanya, dia cukup sensitif hari ini. Mungkin gara-gara PMS. Dengan geram, dia berdiri sambil menggenggam kedua belah jemarinya. Alfan hanya menjeling.
"Akak balik dulu." Dyla pamit pada kedua-dua adiknya.
"Nak balik dah?" Ira pelik.
"Hmm." jawab Dyla pendek.
"Awak nak balik dengan apa?" lengan Dyla direnggut dari belakang hingga membuatkan tubuh gadis itu berpusing menghadap Alfan.
Mata yang merah dengan tudung dan baju yang basah diperhatikan Alfan dari atas ke bawah.
"Kenapa ni?" soal lelaki itu.
"Kenapa? Awak tanya kenapa? Kenapa?!" suara Dyla meninggi hingga air mata kembali menitis.
Alfan diam memerhati.
"Awak faham tak sakit hati tu macam mana? Awak nak saya rasa apa yang awak rasa? Saya rasa, Alfan! Saya rasa! Tapi awak takkan pernah rasa apa yang saya rasa! Awak tahu tak betapa susah saya jaga perasaan, hati saya? Awak tahu tak berapa lama saya tahan semua tu? Awak faham ke, ha?!" terus Dyla menangis. Aida dan Ira terkebil-kebil. Bukannya mereka tak dengar.
Alfan tenung dalam-dalam mata Dyla.
"Hati saya sakit awak tahu tak? Hati saya sakit." Dyla menepuk-nepuk dadanya. Kakinya lemah hingga hampir terjatuh namun sempat disambut Alfan. Tubuh kecil Dyla dipeluk Alfan.
"Akak. Kenapa ni?" Ira naik ke darat mendekati Dyla yang sedang menangis teresak-esak.
"Takde apalah." Alfan senyum tawar. Muka Dyla masih tersembam di dada Alfan.
PETANG yang hambar. Dyla tenung karpet yang berbulu tebal. Selepas pulang dari mandi sungai tadi, Dyla diam seribu bahasa. Aida masih tak faham kenapa kakaknya tiba-tiba jadi begitu. 'Adat berkahwin, biasalah bergaduh.' Fikir Aida. Tidak mahu masuk campur.
Alfan yang baru keluar bilik teragak-agak untuk mendekati Dyla. Puan Dalila dan Encik Hassan ke pasar untuk membeli ikan segar yang baru naik di tepi laut.
Bunyi hon dan deruman kereta dari kenderaan di luar sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi Dyla untuk teruskan angan-angannya, untuk teruskan lamunan.
Aida di dalam bilik dengan Ira. Melayan si kecil. Tidak mahu Ira mengganggu Dyla yang sedang masam mencuka.
"Kita balik malam ni." tegur Alfan sambil menggosok-gosok rambut belakang yang hampir dengan batang tengkuknya.
"Awak minta saya hantar awak balik rumah, kemudian boleh balik sini balik, kan?" Dyla langut memandang Alfan. Alfan berfikir sejenak.
"Nak drive balik sini ke?" teka Alfan.
"Awak bagi permission, kan?" soalan dibalas dengan soalan.
Alfan ambil tempat di sofa. Dia diam tidak menjawab soalan. Alat kawalan jauh dicapai. Mata Alfan fokus pada skrin televisyen. Perlahan-lahan Dyla turut sama memandang ke arah yang sama. Petang yang lengang. Sunyi tanpa sebarang bunyi suara manusia. Hanya bunyi kenderaan di luar yang lalu-lalang kedengaran dari luar.
"AKAK balik dulu, bu." Dyla cium tangan dan kedua-dua belah pipi ibunya. Encik Hassan turut sama berdiri berdekatan dengan pintu utama.
"Hati-hati bawa kereta tu." pesan Encik Hassan. Alfan yang baru selesai memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta kembali mendekati bapa mertuanya. Tangan dihulurkan untuk menyalam lelaki itu.
"Insya Allah, yah." Jawab Alfan.
"Nanti dah sampai, call ibu atau ayah." pesan Puan Dalila.
"Ya, ibu." Dyla senyum. Tawar.
"Aku ingat kau duduk sini lama. Baru nak bergaduh dengan kau." Aida masam muka.
"Daripada kau bergaduh dengan aku, baik kau layan adik tu ha. Kurang sikit air liur aku nak kena sembur dekat kau." gurau Dyla.
"Serius ke, kak? Kau nak balik sana balik?" Aida genggam kedua belah tangan Dyla. Entah kenapa tiba-tiba hati terasa sebak.
"Kau jangan lah macam ni, gila! Terharu aku." Air mata yang hampir-hampir menitis diseka dengan belakang tangan.
"Kau jangan gaduh dengan abang lagi tau." Bisik Aida di telinga Dyla, membuatkan Dyla terkedu. Biar mereka berdua sahaja yang tahu.
Dyla paksa diri untuk senyum dan mengangguk.
"Jom." Ajak Alfan.
"Nanti aku call kau." Janji Dyla. Air mata menitis jua tatkala terasa jemari tidak lagi menyentuh kulit adiknya. Hiba.
Duit tak boleh beli kebahagiaan. Siapa kata? Boleh. Kebahagiaan yang dibina sedikit demi sedikit dengan kasih sayang boleh ranap begitu sahaja dengan duit. Masih lagi.. Di mata dunia, bila orang yang pegang duit lebih dari kita, dia berkuasa. Yang tidak punya apa-apa? Ditindas begitu sahaja?
DYLA langsung tidak melelapkan mata. Kepalanya terasa kosong, tapi macam ada aje yang dia fikir hingga lamunannya jauh ke planet Pluto. Dalam kereta, sepi sahaja.
Tepat jam 3.03 minit pagi, mereka sampai ke destinasi. Alfan memarkingkan kereta betul-betul bersebelahan dengan kereta Mini Coopernya. Enjin dimatikan. Dyla keluar dari perut kereta.
"Kunci kereta?" Dyla hulur tangan meminta kunci kereta.
"Buat apa?" Alfan merenggangkan badannya yang terasa letih.
"Awak bagi kebenaran kat saya untuk balik semula ke rumah ibu, kan?" Dyla rampas lembut kunci keretanya. Pintu kereta tempat duduk pemandu dibuka. Anak kunci dimasukkan ke dalam rumahnya. Pulas ke kanan. Deruman enjin kedengaran.
Alfan hanya memerhati.
"Saya balik bulan depan. Take care." Dyla menyalam suaminya. Tangannya yang sejuk membeku seperti ais terasa di tapak tangan Alfan.
Dyla angkat kepala dari mencium tangan, tapi Alfan masih tidak melepaskan pegangan tangan Dyla.
"Lepaskan." Dyla meminta.
Alfan tidak beriak. Muka Dyla diperhatikan sedang berkerut-kerut menahan sakit disebabkan pegangan yang makin lama, makin kuat. Memang dia sengaja memicit tangan Dyla. Geram!
"Lepaslah! Sakit!" Dyla masih dengan muka garangnya.
Alfan mematikan enjin kereta, kunci kereta ditarik keluar. Bagasi dibiarkan di dalam bonet kereta. Disebabkan jemarinya dikunci Alfan, ke mana sahaja lelaki itu pergi, Dyla terpaksa ikut.
"Alfan!" Dyla masih berusaha melepaskan pegangan kejap Alfan. Alfan ke dapur untuk meneguk segelas air kosong. Dyla terpaksa membuntuti dan menunggu hingga tegukan terakhir lelaki itu selesai.
Alfan melangkah naik ke bilik. Terpaksa juga Dyla membuka kaki mendaki anak tangga hingga ke atas. Muka Alfan separuh tegang, separuh tenang. Dyla tidak tahu macam mana nak terangkan.
Alfan tolak pintu bilik dan membuka lampu. Bilik diterangi dengan cahaya pada jam 3 pagi.
Alfan capai tuala. Dyla berkerut. Pegangan Alfan masih kuat. Kakinya hampir longlai ditarik ke sana, ke mari.
T-shirt di tubuh ditolak naik ke atas dengan satu tangan. Dyla kalih ke tempat lain. Tidak mahu melihat. Pegangan tangan dilepaskan sekejap untuk mengeluarkan baju dari tubuhnya. Dyla baru dapat menikmati lengannya sendiri dengan menggosok-gosok lengan yang terasa perit. Tapi hanya untuk sebentar, Alfan menarik kembali pergelangan tangan Dyla. Pegangan kukuh.
"Sakitlah!" sekali lagi Dyla merungut.
Alfan masuk ke bilik mandi. Dia berdiri di hadapan sinki membelek mukanya. Pili air dipulaskan dengan tangan kanan. Dyla hanya memerhati dengan dahi berkerut. Tidak faham dengan lelaki bernama Alfan ini. Air sejuk dikumpulkan dengan sebelah tangan sebelum ditekupkan ke muka.
Wajah Alfan diraup. Tuala di bahu di sangkut ke penyidai.
"Awak nak mandi, awak mandilah. Tak payah la pegang saya." suara Dyla masih tidak puas hati.
Alfan masuk ke dalam bath tab. Dyla telan air liur. 'Gila aku nak masuk sekali? No way!' Jerit isi hati Dyla.
Langsir plastik yang berfungsi sebagai penghadang, ditarik Alfan. Menutupi kawasan bath tab. Dyla di luar kawasan itu.
Bunyi curahan air dari shower kedengaran. Dyla dapat rasa tangan kanannya turut basah. Satu hal nak kena tunggu si Alfan ni habis mandi.
"Macam mana awak nak mandi bersih-bersih ni? Cuba lepaskan tangan saya." Dyla memberi cadangan. Hanya beberapa minit kemudian, bunyi air senyap. Alfan tarik langsir plastik itu. Dyla cepat-cepat tutup mata. Gelap. Tapi tidak terasa yang Alfan ada bergerak. Mata perlahan-lahan dibuka. Alfan masih di dalam bath tab dengan muka tidak beriak, sudah lencun sekaligus dengan seluarnya.
Kemudiannya lelaki itu keluar ari bath tab. Tuala dicapai. Sampai ke pintu, Alfan melepaskan pegangan. Dyla menggosok-gosok tangannya. Terasa sengal.
Alfan keluar dari bilik air dengan keadaan lencun, tuala masih di kepala. Dyla baru nak mengorak langkah untuk keluar dari bilik air, tapi pintu itu terlebih dahulu ditutup dari luar. Dyla kerut dahi. Dia memulas tombol pintu itu. Tapi tidak boleh buka.
"Alfan!!" Dyla mengetuk-ngetuk pintu itu.
"Keluarlah kalau nak tengok aku naked." baru kini Alfan bersuara. Terus Dyla menjauhi pintu bilik air itu.
Alfan menukar baju. Seluar yang sudah lencun dibawa turun ke bawah. Penutup mesin basuh dibuka. Pintu rumah semua dikunci, dimangga. Kunci, disimpan di tempat rahsia. Hanya dia yang tahu.
Dia sempat membuka pintu peti ais. Perut tiba-tiba terasa lapar pula.
Dyla menggigit kuku. 'Dia dah habis tukar baju ke?'
"Alfan?" Dyla cuba memanggil,namun tiada sahutan.
Perlahan-lahan pintu bilik air ditolak. Matanya konon dikatup, tapi ada juga curi-curi lihat. Mencari kelibat Alfan. Tidak kelihatan. Dyla hela nafas lega.
Dyla menuruni anak tangga satu persatu. Matanya masih melilau kiri kanan. Mencari Alfan. Lampu dapur yang menyala diperiksa. Alfan sedang menjamah cereal.
"Tak cakap pun yang awak dah selesai tukar baju!" Dyla tarik kerusi di hadapan Alfan. Lelaki itu masih selamba melantak.
"Kalau tak kasi, kata tak kasi. Tak perlu tarik saya ke hulu ke hilir semata-mata tak kasi saya balik. Saya masih faham bahasa." Dyla baru rasa tenang sekarang. Tiba-tiba nak jadi lembut pula.
"Ada aku kata tak boleh?" Alfan jeling Dyla. Dyla ketap bibir.
"Okay. Saya balik dulu," Dyla bangun dari kerusi. Cepat-cepat lengan Dyla dipegang. Nak tahan senyum, Dyla tak mampu. Senyuman nipis terukir. Dia duduk kembali.
Alfan sambung makan. Tangan Dyla tidak dilepaskan.
BILA terlelap, Dyla tak pasti. Tapi di mana dia terlelap, itu dia pasti. Badan yang terasa lenguh ditegakkan. Kiri kanan dia menoleh. Alfan tiada di sisi. Cahaya dari tingkap dapur membuatkan matanya terkebil-kebil. Tertidur di meja makan.
'Shoot!' Dyla lari naik ke bilik. Sempat dia memandang jarum jam. Pukul sembilan? Terlajak tidur sampai Subuh pun terbabas.
Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: "Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja." (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).
Dyla berlari masuk ke dalam bilik. Alfan tidak ada. Wuduk segera diambil.
"AWAK kat mana?" tanya Dyla dari corong telefon. Geram pula hati ni. 'Dahlah tinggal aku tidur dekat meja makan, Subuh pun tak tolong kejutkan. Pergi kerja tak bagitahu. Ini, pintu rumah dah kunci dari luar, kunci pun takde, apa kes?'
"Kat ofis la. Kenapa?" Alfan membelek-belek fail yang baru diserahkan kepadanya.
"Yang awak mangga pintu rumah kenapa? Macam mana saya nak keluar?"
"Nak keluar pergi mana? Duduk ajelah dalam rumah."
"Yang awak pergi kunci kenapa? Kunci mana?" Tidak menjawab soalan.
"Aku terbawa ke pejabat." Alasan.
"Kalau ada kebakaran macam mana?!" jerit Dyla. Geram pula dengan si Alfan ni ha.
Alfan senyap. Kepalanya terbayang yang bukan-bukan. Terus talian dimatikan.
"Hello? Hello!" Dyla terkejut bila talian dimatikan. Dyla mengeluh.
"Tuan." Hairul yang baru nak masuk ke bilik Alfan terkejut bila bosnya itu berlari keluar dari pejabat.
"Saya nak balik kejap." beritahu Alfan.
"Tuan ada meeting kejap lagi."
"Anjakkan."
"Tuan!" Hairul garu kening. 'Gila bos aku ni. Nak anjakkan? Orang semua dah sampai.'
DYLA yang sedang menonton televisyen terkejut mendengar bunyi pintu pagar terbuka. Deruman kereta kedengaran. Dia bangun dari pembaringan.
Bunyi yang terhasil dari langgaran besi membuatkan bibirnya tersenyum tiba-tiba. Wajah Alfan kelihatan di muka pintu.
"Awal balik." perli Dyla.
Alfan menjeling. Dyla bukan tahu jantung dia berdegup berapa laju tadi bila memikirkan kemungkinan kebakaran yang berlaku.
"Kau takde kerja nak buat, kan?" tanya Alfan tiba-tiba. Mati senyuman Dyla. Lantas dia menggeleng.
"Jom." Tangan Dyla ditarik keluar rumah.
"Weh-heh-heh-heh!! Tudung dulu!" jerit dia. Alfan melepaskan pegangan.
"Lima minit." Alfan beri tempoh.
Cepat-cepat Dyla naik ke bilik dan menyarung tudung semalam. 'Mana pula lelaki ni nak bawa aku? Dia dah habis kerja ke?'
Macam-macam soalan yang bermain di dalam fikiran Dyla.
Dyla sempat gosok mata yang terasa gatal. "Kita nak pergi mana?" tanya Dyla.
"Ikut aje."
Berbekalkan telefon bimbit dan dompet, Dyla atur langkah hingga ke kereta Alfan. Tidak membangkang apa pun.
KERETA diparking di tapak basement. 'Yang pasti, ini bukan shopping complex, tapi hotel.' Dyla terpinga-pinga bila Alfan keluar dari kereta tanpa berkata apa-apa. Tidak mengarahkan dia untuk ikut, tidak juga memberitahu untuk duduk senyap di dalam kereta. Dyla ambil keputusan sendiri. Langkah Alfan diekori. Beberapa langkah mereka kemudiannya, Dyla terdengar bunyi yang terhasil dari punat yang ditekan Alfan. Kereta sudah dikunci.
"Kita nak buat apa kat sini?" soal Dyla.
Alfan senyap. Punat lif ditekan. Dindingnya marmar berwarna coklat campur putih. Ada pasu bunga di penjuru bangunan. Banyak juga orang yang tak cukup kain di situ. Dyla gosok belakang tengkuk.
"Tuan." Hairul mendekati. Mukanya resah-gelisah, gundah-gulana!
"Kenapa?" Alfan masih dengan gaya tangan seluk ke dalam poket.
"Tuan pergi mana? Saya dah anjakkan meeting. Tapi ada juga bunyi-bunyi. Dah macam-macam alasan saya bagi. Mereka tunggu lagi setengah jam, kalau Tuan tak sampai, dia orang nak cancel." Cerita Hairul.
"Abang mana?"
"Dia ada juga. Tapi dia pun tak boleh nak yakinkan mereka untuk stay tunggu Tuan."
"Hmm. Kita terus ke bilik meeting." Putus Alfan.
Dyla bulat mata pandang Alfan. "Saya?" Dyla tunjuk diri sendiri. Alfan tarus tarik lengan Dyla supaya mengikutinya.
"MAAF saya terlambat." Alfan masuk ke bilik mesyuarat dengan tenang. Para-para pemegang share ada yang berkerut dahi. Dyla terpaksa berdiri di sebelah Alfan. 'Kalau nak marah dia, kejap lagi aku juga yang kena. Tapi dia pun main aci redah aje. Aku dahlah dengan T-shirt bundle, seluar track, tudung silang aje. Pakai selipar pula tu.'
"Saya ada sebab kenapa lambat. Sebelum tu, saya perkenalkan dulu. Ini isteri saya. My one and only wife." Alfan senyum memandang Dyla. Dyla terketar-ketar.
"Assalamualaikum." salam diberi. Ada yang jawab dengan suara yang kuat, ada yang jawab dalam hati. Dalam hati? Yelah kot. Tak jawab salam, dosa tau.
"Saya terpaksa balik rumah kejap tadi. My wife is pregnant, two weeks. Baru dapat news tadi and I was excited sampai terus balik rumah." Alfan bersuara. Dyla terasa air liurnya tersekat. Di hadapan mereka ini, rata-ratanya boleh jadi pangkat bapa kepada mereka berdua. Masing-masing mengukir senyuman dan bertepuk tangan. Tidak kurang ada yang mengucapkan tahniah. Dyla terasa dunianya berpusing sebelum dia betul-betul rebah ke lantai.
#P/s : Maaf dengan kelewatan update DC. Good news is, manuskrip dah pun siap :D baru hantar and tunggu untuk dinilai :) it might took some time, tapi i'll let you guys know as soon as it's approved. :D thank you for all your support :D