webnovel

Dunia fana hanya tempat bermain.

"Abi.., saya ini kesiankan si Danish itu, semalam masa bawa dia makan tomyam ada saya bertanyakan pada dia apa yang akan di buat hujung minggu ini ,memandangkan papanya ke pulau pasti dia berdua sahaja di rumah dengan kak Nor. Saya ini risau bila fikirkan mereka, kita nak pergi bergembira ke Cameron jika boleh mereka ikut sekali lega hati saya sebab kak Nor pun baru nak baik demam dia.Apa pendapat abi jika kita ajak Kak Nor,Danish,Kak Ros dan Abg Shuib bersama untuk trip ke Cameron kita weekend ini?', dalam sibuk berkemas bagasi untuk di bawa balik ke Lancang dia menyuarakan cadangan pada Maizi jika beliau setuju untuk menambah ahli berkonvoi ke Cameron Highland, Pahang selain dari mereka dan juga adik-beradik Eita.

"Alah diorang crash jer dengan kita, tak payah sewa bilik, kita tidur lambak kat ruang tamu, apartment yang kita sewa tu pun besar, kita suruh mereka bawa toto dan bantal sendiri",sambung Eita lagi jika boleh berkeras mahu teman-teman baiknya ikut serta.

"Saya okey saja, ada Shuib best juga ada juga kawan selain abg Halim",Maizi bersetuju dengan cadangan itu, memandangkan dia juga suka di kelilingi kawan-kawan sendiri.

Dengan pantas terus Eita mengajak di group Whatsapp NoRosIta. Jawapan yang di terima sangat positif, tahun ini tahun paling banyak bercuti dalam semenanjung walaupun dengan peruntukan kecil dari mandi laut di Dungun,Terenganu ke Pasir Gudang,Johor makan kacang pool haji di sambung dengan minum kopi di Strabuck Cameron Highland Pahang, walaupun Ijad tiada bersama kerana kekangan kerja namun dia memberikan keizinan untuk Nor dan Danish menyertai aktiviti dan trip bersama mereka. Dengan setiap trip mereka merancang lagi untuk kembali tahun hadapan untuk menikmati lagi ketenangan yang sama.

Kita hanya merancang namun Allah SWT jua menentu kan segalanya.

Tanggal 27 Oct 2018 jam 10 pagi.

"Ayang....!!!", terdengar suara Shuib sayu-sayu dari ruang tamu, walau agak kelam dan tidak jelas namun dapat didengari oleh Ros dan Nor di dapur.

"Bawa I ke hospital lekas!,I tak boleh bernafas ni",tercungap-cungap suara Shuib cuba meminta bantuan dari si isteri dan rakannya namun suaranya tidak jelas kedengaran dan sayu-sayu sahaja di dengari oleh keduanya kerana halangan pintu yang telah ditutup antara ruang tamu dan dapur bagi mengelakkan bau masakan merebas keluar dari dapur.

"Ros, Shuib kata apa itu? Hospital? siapa pulak yang sakit,cuba awak pergi tengok", Nor menyuarakan kebimbangan sambil tangannya masih ligat memotong bawang untuk memasak dan matanya dan Ros bertembung memandang satu sama lain dengan wajah masing-masing bingung dan tertanda-tanda.

Ros yang sibuk mencuci ayam untuk di buat gulai kari terus terhenti dari apa yang sedang dikerjalan lalu terus menuju ke ruang tamu bagi mencari kepastian.

"Kenapa Anje?",tanya Ros dalam waktu sama menuju ke arah suara Shuib dan mereka bertembung di muka pintu dapur. Nor turut mengikut di belakang Ros kerana perasaan ingin tahu dengan apa yang di bisingkan oleh Shuib dan memastikan dengan matanya sendiri masalah yang telah timbul atau sedang mereka hadapi.

"Kenapa Ib?",sampuk Nor pulak ingin tahu.

Kelihatan jelas wajah Shuib dalam kesukaran bernafas dan pernafasan yang tercungap-cungap sangat jelas kelihatan bintik-bintik halus peluh di dahi dan tangannya yang di basahi peluh menahan kesakitan yang teramat dan berdiri dengan tubuh yang sudah tidak berapa stabil berdiri.

"Anje are you okay?, what happen?", terus sahaja Ros memegang dahi Shuib dan menyandarkan tubuhnya ke tubuh si suami agar menjadi tumpangan agar dia tidak jatuh.

"I kena heart attack ni, cepat bawa I pergi hospital sekarang", suara Shuib melemah dan sangat-sangat fragile tika itu. Hanya Allah yang mengetahui betapa paniknya semua di situ.

"Ros pergi pakai seluar dahulu dan ambik apa-apa yang patut",saran Nor yang agak keliru dan tergamam kerana tidak tahu apa yang perlu di di lakukan.

"Anje kejap yer I ambik pursue dan pakai tudung",ucap Ros terus memanjat tangga untuk mengambil barang yang diperlukan.

"Dompet I jangan lupa ambik sekali,Nor aku pakai kereta kau yer",pinta Shuib dalam kepayahan bersuara. Kereta Nor telah berada di luar pagar dan agak senang di asess.

"Ya boleh, pakai la.Sorry bro aku nak ikut sama tapi job ini dah terima dan confirm lagi tiga jam jer nak kena deliver",Nor memberikan kata setuju dan dalam masa sama risau melihat keadaan Shuib,namun dia terpaksa menyelesaikan tanggungjawab yang diterima dahulu.

"Ros ,awak bawa Shuib terus ke Hospital Serdang yer, saya tinggal di sini selesaikan semua, dah selesai saya mari sana",itu sahaja yang mampu Nor ucap kepada Ros.

"Awak sorry sangat-sangat saya dan Shuib tak dapat nak tolong today",dalam panik dan cemas sempat lagi Ros memohon maaf kerana tidak boleh membantu sahabatnya memasak untuk katering hari itu.

"Awak, cepat saya sakit ini",ucap Shuib lemah dalam menahan sakit dengan mengetap gigi dan keadaan tubuh badannya yang mengigil menahan kesakitan teramat.

'Ya Allah selamatkan la rakanku',hati kecil Nor berdoa.

Saat itu Ros sangat panik dan tanya berfikir panjang terus pergi dengan hanya membawa dokumen-dokumen penting sahaja. Hati sorang isteri bila suami kesakitan tidak dapat di gambarkan kerisauan, ketakutan dan tidak dapat berfikir waras dan rasional.Terus di capai kunci kereta dan di papah Suib ke kereta. 'Ya Allah, permudahkan urusanku hari ini',sempat Ros berdoa kerana ianya amalan harian bila sahaja keluar rumah setiap hari.

"Mama, Uncle Shuib kenapa tu",Danish yang sedari tadi memerhati sahaja tanpa bersuara dan kehirauan kerana tidak pernah melalui situasi begitu dengan matanya mengekori langkah Shuib dan Ros yang menuju ke arah kereta. Danish berdua dengan Shuib tapi dia terlalu fokus bermain game di PS4 bila kejadian itu terjadi dan terkesima melihat situasi di hadapanya tika itu.

"Uncle awak sakit itu,mama pun tak tahu sayang, kita tunggu update auntie Ros nanti",terang Nor dan menuju ke dapur untuk menyambung tugasan dalam kerisauan dan paksa rela. Hanya Allah SWT yang tahu kerisauan diri tapi amanah yang di terima harus di galas sehingga selesai. Jam 12 tengahari berlalu, Nor bertanya kondisi Shuib tiap jam, Shuib sudah stabil setelah diberikan ubat pencair darah sebanyak tiga kali bersama sekali injection insulin. Semasa tiba di hospital tekanan darah Shuib sangat tinggi ,begitu juga bacaan gula sebanyak 29 terlampau tinggi kerana Shuib tidak sempat mengambil pil kencing manisnya pagi itu setelah bersarapan pagi. Shuib di tempatkan di zone kuning hospital Serdang sementara menunggu untuk di masukkan ke wad .Ujian ECG telah di ambik dan keputusan akan diberitahu kemudian. Setelah selesai katering kecil hari itu, Nor menjamah sedikit makanan bagi mengisi perut yang kelaparan. Terlupa kerana risau dan sibuk walau telah di pesan Ros untuk makan sarapan yang di sediakan olehnya pagi tadi. Usai selesai membasuh semua perkakas dan mengemas dapur, Ros sampai dengan Grab menunggu di hadapan rumah untuk membawa mereka ke hospital. Perancangan Ros meminta Nor membawa pulang kereta kerana semasa sampai di hospital, tiada parking dan kereta di park di tepi jalan. Ros mencapai barangan dan bekalan untuk di bawa ke hospital.Nor sempat mandi kerbau dan menyalin pakaian terus mengikut Ros ke hospital.

Semasa di dalam kereta, Ros bersuara memecah kesunyian.

"Nor , awak dah makan?", tanya Ros tahu akan perangai rakannya yang jika kerisauan sering mengabai kesihatan sendiri.

"Dah tadi kan awak dah pesan",jawab Nor tersengih mempamerkan barisan gigi.Walau lewat teringat dan kuantiti yang sedikit namun benar dia telah makan.

"Awak sempat makan Ros?'.

"Lunch tadi sudah.Dinner belum lagi maybe sekejap lagi cari sekali makanan untuk Shuib , dia pun tak makan lagi,tak lalu nak telan makanan.Doktor inform kena tunggu dapat wad maybe waktu menunggu dalam tempoh 24 jam",Ros bersuara dalam suara yang garau, mungkin seharian di hospital dia juga tidak sempat menguruskan diri sendiri dengan sempurna.

"Dalam keadaan terlalu cemas pagi tadi saya pergi hospital berpakaian baju tidur sahaja, nasib di kafeteria hospital ada gerai kecil yang berjual pakaian, saya beli baju yang saya pakai ini dengan seluar", sambung Ros lagi sambil menayangkan pakaian yang di pakai di badan.

"Astaga, saya pun tak perasan pagi tadi, sama-sama cemas dan panik kan",ungkap Nor pula. Begitu la lumrah manusia bila panik semua terlupa walau kerap kali berikan latihan kecemasan atau seumpamanya. Sesungguhnya bila dalam keadaan cemas ,pengendalian emosi untuk memperolehi fikiran rasional agar keputusan di buat tepat itu amat sukar di pratikkan.

Setelah sampai di hospital dan melawat Shuib yang telah stabil, mereka menuju gerai kilat yang berdekatan hospital dengan hanya berjalan kaki mencari makan malam buat Shuib juga buat mereka mengisi perut yang kelaparan. Danish yang mengekor sedari tadi bersuara mahu makan tomyam daging namun tiada stok lagi jadinya hanya bihun sup di beli buat Shuib.Bekalan Shuib di berikan.

Melihat Ros yang kepenatan dan tidak cukup rehat sedari pagi Shuib meminta Ros untuk pulang dahulu sementara beliau di zone kuning menunggu wad. Esoknya selepas subuh Ros telah tiba di hospital menanti si suami. Setia mengurusi semua keperluannya. Ijad yang mendapat tahu sahabat di hospital cuba sedaya upaya menyelesaikan tugasan dan pulang untuk berjumpa sang sahabat. Maizi dan Eita bila sahaja menerima berita terus tanpa lengah menjenguk sahabat biar pun wad masih belum pasti dan dalam giliran menunggu. Syukur pada pagi itu juga rezeki Shuib mendapat wad. Semua berkumpul pada waktu melawat menziarahi Shuib. Keluarga Shuib telah diberitahu begitu juga pihak keluarga Ros tapi secara perlahan-lahan kerana emak Shuib dalam kondisi kurang sihat dan ibu bapa Ros juga dalam kondisi yang sama. Dugaan buat mereka berdua. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Syukur dengan tindakan pantas Ros, Shuib cepat mendapat rawatan pantas, juga tindakan tepat Shuib menghubungi abang Salleh memberikan diagnose kesakitan dia pada pagi. Syukur pada Allah SWT, Shuib mempunyai abang Dr Salleh yang juga pakar jantung khas untuk kanak-kanak. Walau abang Salleh ada di Penang kerana mempunyai taklimat di sana selama 4 hari , dia cuba sebaik mungkin membantu si adik yang kesakitan dari jauh. Lamanya waktu untuk pulang menjenguk adinda di hospital. Tugasan yang di pikul juga amanah Allah harus di selesaikan. Bila diberitakan telah stabil, hati beliau sedikit tenang menjalankan tugas di berikan namun hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan dia yang serasa ingin terbang ke sisi adinda tercinta.'Ya Allah kau peliharalah adindaku' , doa Salleh di dalam hatinya.

Bila sahaja mendapat khabaran anaknya di hospital terus Ayahnya Shuib ,Pakcik Shamsudin laju pulang ke rumah, beliau sepatutnya berkelana untuk 40 hari bagi tujuan tabligh namun kerana anaknya sakit beliau terus pulang dan membawa si isteri untuk menjenguh si anak walau mereka berdua dalam keadaan yang tidak boleh berdiri lama. Masing-masing sudah tua. Usia telah 71 tahun umpama kereta tua yang masih gigih berjalan namun tiada kudrat segagah kereta muda.

"Ya Allah, kau berikan kesembuhan buat anak ku Shuib",ucap Ayah Shuib perlahan meraup mukanya.

Kereta di berentikan di hadapan lobby hospital oleh Kak Jah, kakak sulung Shuib menurunkan kedua ibubapanya dan anak lelakinya Haziq serta Emma Adik bongsu Shuib bagi tujuan menyewa dua kerusi roda untuk ibu dan bapanya.Dengan sabar mereka menolak kerusi roda menuju ke wad Shuib, sesampai di katil, tanpa bersuara hanya airmata mengalir di pipi kesemua yang berada di sana. Ibu Shuib mengalirkan airmata hiba melihat si anak di katil sakit. Shuib memandang dengan linangan airmata.Kelihatan siayahnya menyapu airmata yang jatuh tanpa sedar sedih melihat anak yang sakit.Semua sebak di situ. Nor hadir membawa barangan yang di minta oleh Ros untuk dia menginap di sana. Toto dan katil lipat. Melihat semua berhiba Nor juga bersedih kerana semua mereka saling mengenali dan rapat seumpama keluarga. Danish di seludup masuk untuk melihat Unclenya. Bagi budak usia 12 tahun kebawah tidak boleh masuk tapi keadaan fizikal Danish yang tinggi dan besar membolehkan dia melihat kesayangannya.

Ujian ECG-An electrocardiogram (ECG) is a test which measures the electrical activity of your heart to show whether or not it is working normally ,keputusan dari ujian itu mengesahkan memang benar ada serangan jantung dan bila ujian ECHO-An echocardiogram (echo) is a graphic outline of the heart's movement. During an echo test, ultrasound (high-frequency sound waves) from a hand-held wand placed on your chest provides pictures of the heart's valves and chambers and helps the sonographer evaluate the pumping action of the heart.-hasil keputusan di terima ada tiga saluran tersumbat sebanyak 90% dan pembedahan harus di buat dengan kadar segera. Dugaan berat untk mereka.

Bila tahu akan keputusan tersebut semua terdiam dan agak sukar untuk menerima kenyataan kerana Shuib masih muda.

Sahabat dan ahli keluarga yang tanpa jemu menziarah Shuib juga terkejut dengan berita tersebut.

Pelawat tidak putus-putus melawat Shuib pada waktu melawat. Eita dan Mazi juga tanpa gagal melawat setiap hari Shuib di hospital. Bila sahaja Ijad pulang dari pulau dia terus melawat Shuib dan melihat si sahabat yang sakit membuatkan hatinya sedih dan pilu.

Isnin 29 Oct,kerana harus meneruskan kehidupan seharian,pagi-pagi Ros telah sampai ke pejabat untuk bekerja dan menyelesaikan kerja-kerja berkaitan di tambah dengan sambutan hari Deepavali yang hanya dua hari sahaja lagi juga janji dia untuk mengantikan rakan sekerja yang bercuti menyambutnya.

Dia juga memohon pada HOD untuk bekerja separuh hari serta bekerja dari hospital untuk menjaga Shuib yang harus menunggu untuk operasi by pass. Namun kita cuma merancang, perancang Allah SWT itu lagi elok. Elok waktu tengahari, Shuib sendirian di hospital di wad kelas dua yang mempunyai 6 katil dan berhawa dingin. di gagahkan diri ke tandas sendirian, usai selesai urusan di tandas,dia melangkah keluar namun secara tiba-tiba dia mendapat serangan jantung kali dua, nasib ada pesakit di sebelah yang sempat di panggil dan memapah dirinya ke katil. Perasaan Shuib tika itu adalah sangat-sangat mengantuk dan sakit di dada kerana oksigen tidak sampai ke otak kerana saluran yang tersumbat. Tertido dia kesakitan namun usianya masih panjang dan dia sedar semula dan melihat nurse memberikan bekalan oksigen untuk dia bernafas dengan lancar. Terkejut dan sangat-sangat takut, Shuib tidak berani memejamkan mata takut jika dipejam akan pejam untuk selama-lamanya. Ros masih sibuk di pejabat tiada siapa yang memberitahu akan berita tersebut padanya. Jam 4.30 petang Kak Jah datang melawat Shuib , waktu melawat yang di tetapkan oleh hospital- jam 12.30 tengahari sehingga 2.00 petang dan 4.30 petang hingga 7.00 malam untuk setiap hari. Menerima berita serangan jantung dari Shuib sendiri yang telah sadar ,terus di hubungi Ros.Mendapat khabar tersebut Ros terus menuju ke hospital namun kerana kesesakan lalu lintas dari Selayang hanya pada jam 8 malam Ros sampai kedestinasi di tuju. Bila sahaja sampai di hospital baru di khabarkan berita pada sahabatnya Nor dan Eita. Nor sampai 15 minit kemudian dan bertamu lebih masa di wad hingga jam 11 malam menemani dan mendengar luahan rasa hati Ros.Menangis bersama mereka. Bila Ros agak tenang dan pegawai keselamatan mulai meronda Nor terpaksa meninggal Ros dan Shuib.

Sampai sahaja di rumah kelihatan Eita dan Maizi menunggu dengan sabar di rumah bersama Ijad menunggu khabar berita Shuib dari mulut Nor sendiri.

"Nor, bagaimana keadaan Shuib?", soal Maizi bila melihat Nor masuk dan merebahkan diri di sofa bersebelah Eita.

"Dah stabil tapi entah la Maizi, no komen doakan baik-baik untuk Shuib dan doakan Ros sihat menjaga Shuib. Ros kan semput takut juga dia yang sakit sekali",lemah dan datar suara Nor menjawab, sedih melihat rakan sakit dan tidak tahu apa yang boleh di buat agar rakan sihat semula seperti sediakala.

"Akak, kak Ros macam mana?", ada kerisauan yang jelas dan bimbang dalam suara Eita.

"Esok saya dan Maizi akan pergi melawat pada waktu tengahari, kalau akak dan abang nak pergi kita pergi sama",ajak Eita.

"Ayang, mama suruh mai rumah, dia nak cucu dia tidur sana minggu ini",perlahan Ijad melontar kata meluahkan permintaan ibunya kerana antara sahabat dan ibubapa, dua-dua penting di tambah dengan kesibukan dunia. Nor mengangguk lemah tanda faham dengan permintaan Ijad. Sudah 16 tahun berumah tangga sudah faham benar dengan maksud tersirat Ijad itu.

"Esok akak dan abang datang dari Subang maybe kami pergi petang nak settlekan urusan mama papa dulu,", Nor memberikan jawapan sambil melihat Danish yang telah nyenyak tidur di sofa bersama telefon di tangannya. Kesian si anak melayan diri sendiri sampai tertidur keletihan balik dari tuisyen seharian di sekolah belajar. Berkejar dengan kerja dan rumah tangga, lelah memang lelah namun hidup harus di teruskan.

Jam sudah melepasi jam 1 pagi,mereka bersembang panjang,mata Maizi makin mengecil kerana mengantuk melihat Maizi begitu,Eita mengajak si suami pulang, buat mereka berdua jika pulang lewat tidak menjadi masalah kerana rumah sewaan mereka hanya 2 minit berjalan kaki dari rumah Nor dan Ijad. Mungkin dalam tempoh sebulan mendatang rumah yang mereka beli di sebelah Nor dan Ijad akan siap sepenuhnya. Mereka akan berjiran dalam masa terdekat. Lebih mudah jika bersebelahan kerana mereka sering makan dan berehat bersama baik di rumah atau di luar seperti ahli keluarga sendiri. Masing-masing tidak lokek dan berkira dalam bersahabat.

"Kejap sayang, saya habiskan air ini dulu',tangan Maizi mencapai cawan kopi yang di sediakan Nor yang masih berbaki sedikit. Habis di minum,cawan di angkat ke dapur dan di basuh. Tidak kekok kerana mereka telah bersahabat lama dan saling mengenali budi pekerti masing-masing. Moga persahabatan mereka semua hingga jannah. Amin ya rabbi al-amin.

Keesokannya usai Eita dan Maizi melawat, berita di sampaikan oleh Ros yang tarikh pembedahan Shuib telah di awalkan kerana keperluan segera dan kes Shuib harus di percepatkan oleh doktor yang merawat beliau. Mendengar khabar itu semua bersyukur kerana moga-moga dengan tindakan pantas pihak hospital Shuib boleh sembuh seperti sedia kala.

Mendengar perkhabaran serangan jantung kali kedua semua ahli keluarga baik jauh jua dekat datang menziarahi Shuib di hospital begitu jua teman-teman semua. Shuib memang seorang yang baik,hubungan bersama rakan,sahabat dan sudara selalu diutamakan,segala undangan dan jika mendengar ada yang sakit pasti tidak pernah dia tidak pergi jika benar-benar tiada halangan. Bila Ijad,Nor dan Danish sampai, tidak sampai lima minit kemudian seluruh ahli keluarga Shuib hadir termasuk dari Singapura sehingga Ros,Nor, Eita,Ijad,Maizi,Danish dan adik beradik Ros dan anak-anak buah Eita terpaksa keluar ke ruang legar untuk memberikan ruang ahli keluarga jauh berziarah. Menunggu tarikh pembedahan membuatkan isteri dan ahli keluarga terdekat memenuhi semua permintaan Shuib untuk memberikan beliau semangat, kekuatan dan kesihatan yang benar-benar elok untuk penyediaan pembedahan yang agak berisiko itu. Open-heart (surgery is any type of surgery where the chest is cut open and surgery is performed on the muscles, valves, or arteries of the heart. According to the National Heart, Lung, and Blood Institute (NHLBI), coronary artery bypass grafting (CABG) is the most common type of heart surgery done on adults.)

Semuanya hanya berserah pada Allah.

Sehari sebelum pembedahan Shuib menulis di pagesnya.

'Assalamulaikum and Hello my family and friends. Tomorrow I will be going for major medical procedure (triple bypass). Not much I can say but if I have hurt any of your feelings or if I have wrongly say any bad words against you please forgive me as I am human. I will not be available for contact for at least a week. If you have any enquiries please contact my (ROS) and love Roslina Othman. I hope for the best. Insyallah.

Hari yang di tunggu itu tiba jua walaupun delay sehari dari di jadualkan.

"Bismilah...moga Allah swt permudahkan semuanya untuk hari ini dan akan datang...insyallah sayangku Allah bersama kita", doa Ros buat Shuib hari itu.

Menunggu sendirian di depan bilik pembedahan. Hanya Allah yang tahu betapa berdebar mernanti dan kesedihan hati, Ros terdiam menunggu namun airmata tiba-tiba mengalir laju. Tangannya pantas menaip buat teman yang sibuk di pejabat dan menyediakan makanan untuk katering kecil beliau juga teman yang menemani ibu mentua pada hari itu.

Nor mendengar takzirah yang disediakan oleh pejabat namun disebabkan hati yang gundah menanti khabar sahabat yang di operasi membuatkan Nor asyik dengan telefon dan takzirah yang di depan hanya sayu-sayu kedengaran di telinga. Ijad sibuk menghantar makanan untuk katering kecil mereka. Eita dan Maizi membawa ibubapanya keluar kerana telah di rancang sebelumnya.

Syukur jam 3 petang Shuib telah di pindahkan ke CICU-(Cardiac Intensive Care Unit ) untuk rawatan lanjut selepas pembedahan. Ros menyatakan pembedahan success dan Shuib telah sedar jam 3.33 petang namun masih dalam keadaan lemah. Ros pulang ke rumah Nor untuk menumpang tidur kerana Shuib di CICU tidak boleh di temani dan dia juga telah mula tidak sihat mungkin terlalu lama di hospital hampir seminggu berulang alik dari hospital ke pejabat dan menjaga serta menemani Shuib.

Berjumpa malam itu Nor membuatkan sandwich untuk Ros, namun Ros sangat penat dan tertidur di sofa. Dengan lembut di bangunkan Ros untuk tidur di bilik.

Usai Danish ke sekolah, Nor menyatakan ingin menemai Ros membeli membeli barang untuk Shuib makan. Mereka berdua menaiki kereta Ros,habis membeli barangan yang di perlukan mereka ke hospital dan Ros di turunkan di lobby.Dengan memandu keretanya Ros, Nor menuju pejabatnya kerana di hospital tiada parking pada waktu itu dan dalam waktu sama juga memudahkan Ros untuk terus ke CICU,perancangan balik dari pejabat jam 6 petang terus melawat Shuib dengan Ijad dan Danish.

Namun seawal jam 2 petang telefon Nor berbunyi dan panggilan di terima dari Eita, mendengar khabar Ros yang telah demam mengigil mengatakan Ros down dan menangis kerana sangat-sangat tidak sihat, Nor lalu meminta ketuanya kebenaran untuk keluar dan mengambil Ros. Terus dibawa Ros ke klinik. Shuib mulai sadar tapi masih di CICU. Eita dan Maizi tiada berdekatan di situ dan kebetulan yang paling dekat adalah Nor sahaja. Sampai saja di rumah Nor, Ros terus tertidur kerana suhu badan sangat tinggi dan dia memerlukan rehat untuk recovering. Malam itu Ros tidur nyenyak dengan bantuan ubat yang di bekalkan doktor.

Esok pagi Sabtu seawal waktu melawat dibenarkan jam 12 tengah hari mereka sudah berada di hospital. Ijad mengizinkan Nor menemani Ros.

Alhamdulillah Shuib dapat keluar dan ditempatkan di wad biasa selepas 3 hari pembedahan namun Shuib masih lemah kerana tidak boleh makan. Menurutnya tekak dia sakit dan tidak boleh menelan.

Hari ke empat selepas pembedahan Shuib masih lemah dan tidak boleh bersuara dan jika bersuarab hanya secara perlahan dan perkataan yang tidak jelas kedengaran kerana dia masih tidak boleh makan dan minum seperti biasa. Makanan yang dimakan kadang-kadang seharian hanya 2 sudu mihun goreng dan sedikit buah yang dipotong serta sedikit air.Ros mencari semua jenis makanan kesukaan Shuib dengan harapan dia berselera menjamah makanan tersebut. Shuib sedaya upaya cuba memakan makanan diberikan kerana menghargai kepayahan Ros mencari dan menyediakan semua untuk dia. Namun bukan tidak mahu makan tapi dia benar-benar tidak boleh menelan kerana setiap kali cuba menelan tekaknya merasa sangat-sangat sakit. Matanya seakan di gam-gam sentiasa ingin tidur dan sangat-sangat letih yang tidak di buat-buat, cuba di gagahkan membuka mata untuk berbicara dengan ahli keluarga dan rakan yang melawat namun dia gagal mengawal diri untuk tidur dan tidur semula. Tiada kudrat di tubuhnya kerana tiada zat makanan di perolehi untuk menjadi tenaga.Shuib cuba mengagahkan diri mencari tenaga untuk sembuh semula begitu juga Ros yang menanti si suami sihat untuk bergelak ketawa,bergurau dan bermesra menjalani kehidupan seprti hari-hari biasa mereka.

Hari Sabtu 17hb Nov, Ros meminta pertolongan Ijad untuk menjaga Shuib sebentar mengantikan dirinya kerana keadaan Shuib yang tidak boleh di tinggalkan sendirian. Shuib sangat-sangat lemah dan harus diangkat dan di papah untuk semua aktiviti namun Ros terpaksa pulang ke rumahnya untuk menguruskan sedikit urusan yang penting serta membawa pulang kereta Shuib di temani Nor.

Semasa Ijad menjaga Shuib,sahabatnya itu sudah tidak bermaya dan tiada sedikit kudrat walau untuk mengangkat mata. Bercakap jauh sekali, hilang sudah gelak ketawa, hilang sudah sinaran dari matanya. Hanya tubuh terbaring lemah di katil.Perlahan dengan segala kepayahan Shuib memanggil Ijad mengatakan dia ingin kencing,namun tanpa sedar kerana sangat lemah ,Shuib seperti bayi kecil tidak dapat menahan diri. Ijad membersihkan sahabatnya, diangkat dan diletakkan di atas kerusi roda, ditanggalkan pakaian,di letakkan di shower dan dimandikan sebersihnya. Di pakaikan pakaian bersih semula. Elok selesai semua, doktor datang meronda. Di dengari komentar-komentar antara doktor-doktor yang tidak tahu mengapa pesakit terlalu lemah. Bila mendapat sedikit ruang untuk menyampuk, Ijad terus bertanya pada si doktor pakar,"Doctor, I been told by the wife(Ros) that he (Shuib) cannot eat and drink well since after the operation, Is that normal?".Ijad juga pernah menjalani operasi jantung kerana punya masalah kecacatan lebihan valve di jantung lima tahun yang sudah,jika mengikut perkiraan seharusya Shuib sudah boleh pulang dan sihat seperti sediakala jika dia sudah boleh makan dan minum seperti biasa. Bila di suarakan sebegitu si doktor terus menanya pada doktor yang menjaga Shuib siapakah doktor anesthesia pada hari pembedahan. Dinyatakan bahawa doktor yang memberikan anesthesia pada hari itu bukan doktor hospital mereka. Terus doktor pakar meminta dengan kadar segera di panggil doktor anesthesia yang bertugas hari itu untuk di diagnose kondisi Shuib pada tika itu juga, sangat pantas dalam lebih kurang satu jam kemudian di dapati tekak shuib ada injury dan dengan keadaan Shuib yang sangat lemah itu dia harus di masukkan ke CICU semula untuk rawatan selanjutnya. Sesampai Ros dan Nor di hospital,walau dengan perut yang lapar Ros terus mengemas semua barangan untuk di bawa pulang ke rumah Nor. Bila Shuib di CICU tiada siapa-siapa dibenarkan menemani dia. Nor dan Ijad turun ke level 1 ke cafe untuk mengisi perut yang lapar sambil menunggu waktu melawat jam 4.30 petang untuk menjenguk sahabat mereka semula. Hanya seorang peneman berdaftar di benarkan untuk seorang pesakit. Menunggu la mereka dengan sabar. Hari itu Shjuib di masukkan ke CICU, tidak boleh menunggu Ros pulang ke rumah Nor untuk bermalam. Nor menemani Ros hari itu. Ijad dan Danish pulang ke rumah keluarga Ijad di Subang.

Pagi Ahad itu Ros,Nor,Eita dan Maizi bersarapan sama. Jam 11.30 pagi Ros dan Nor ke hospital untuk melihat Shuib. Sampai elok jam 12.30 tengahari tapi semua pelawat tidak dibenarkan masuk kerana ada kes kritikal ada bayi dalam keadaan hidup dan mati jadinya mereka terpaksa menunggu lagi sehingga di bolehkan melawat.

Jam 1.45 petang , balance 15 minit sebelum waktu melawat tamat untuk sessi pertama, mereka di benarkan masuk.

Dari kejatuhan kelihatan Ros menghampiri katilku. Tanpa sedar airmataku mengalir laju.Mahu ku khabarkan yang aku makin sihat pada kesayanganku.

"Argh...s..e..m..la...", dengan kepayahan aku cuba berbicara dengan buah hatiku. Tanganku di kucupi olehnya,ku lihat di matanya bergenang airmata. Kasihku padamu tiada galang ganti sayangku.

"Anje nak cakap dengan I yer, jap I bagi hp anje tiap jer", usul Ros melihat kepayahan di suami membuka bicara. Dimulutnya kelihatan tiub untuk memberian susu sebagai alternative tenaga. Penuh di badan dengan wayar-wayar. Di dadanya dipakaikan bengkung untuk dia batuk dengan mudah. Ada perubahan di mukanya lebih bercahaya dan nampak segar dari sebelumnya."Ya Allah kau sembuhkan la suamiku seperti sedia kala", hanya doa yang boleh di panjatkan pada tika itu. Perasaanya bercampur aduk, sedikit gembira,sedikit harapan membunga namun sedih dan sayu masih ada.Tiada perkataan boleh digambarkan perasaan jiwanya pada saat itu.

Nor hadir di sisi Ros melihat Shuib. Dia menahan diri dari mengalirkan airmata, sekejap sahaja sanggup menatap mata si sahabat di alihkan pandangan nya keatas sebentar menahan airmata dari tumpah.Hatinya hiba. Dia harus menunjukkan contoh positif agar Shuib bersemangat untuk cepat sembuh.

"Ah, I tau semalam Pak Lang,Abg Salleh dan ramai lagi yang datang",lembut biacara Ros sambil melihat shuib menaip di scrin hpnya.Shuib mengangguk dan memandang Ros dengan penuh kasih dan sayang. Seakan tidak puas melihat wajah si isteri.Dipegang tangan si isteri kuat dan seolah-olah tidak mahu di lepaskan walau seketika.

"Semalam kami ada menunggu di luar sampai jam 7.30 petang tapi tak naik ke CICU bagi peluang orang lain melawat",Nor memberikan penerangan.

"Ye Anje, kami tau,Anje cepat sembuh tau,I rindu Anje",sampuk Ros pula.

Waktu melawat hampir habis ,Ros meminta izin untuk keluar dan akan datang semula untuk waktu melawat sesi kedua. Tangan Ros seolah-olah tidak mahu Shuib lepaskan, sayu matanya memandang si isteri. Ros mengucup pipi si suami dan menyalami dan memohon ke izinan untuk meninggal dia seketika.

Siguiente capítulo