webnovel

Nama Baharu (Bahagian 1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Tubuh Augusta rebah ke bawah, jatuh ke dalam aliran ruang huru-hara dan dihanyutkan seperti objek tidak bernyawa di dalam 'sungai'.

Ketua Pemerintah Cahaya, Augusta dibunuh oleh satu serangan pedang!

"Augusta mati?"

"Linley membunuh Augusta?"

Pemerintah spontan menarik nafas dalam-dalam. Sudah jutaan tahun lamanya semenjak Ketua Pemerintah benar-benar binasa.

"Baguslah dia mati!" Ketua Pemerintah Kematian dan Kebinasaan, bersama dengan lebih sepuluh lagi Pemerintah sudah pun dapat meneka hubungan antara Augusta dan Orloff. Hati mereka melonjak gembira!

*Dentum!* *Dentum!* Dua sinar cahaya meluru keluar dari mayat Augusta, bergerak begitu pantas sekali. Ia adalah sebentuk cincin dan senjata Mahadewa Saber Cahaya.

'Kekal di sini!' Linley tidak sempat menyambarnya, jadi dia hanya menggunakan gabungan kuasa Pemerintah untuk menghasilkan 'hadangan' yang jauh, mahu memerangkap dua artifak Mahadewa ke dalamnya.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo