Linley merenung dengan teliti.
Dari segi penampilan, Bidadari cantik berambut perang ini agak mirip dengannya.
'Adakah ini Ibu?' Linley merasakan hatinya galau.
"Tuan."
Namun tindakan pertama Bidadari Bersayap Dua Belas ini selepas turun dari langit adalah melutut.
"Hmph." Dalam sekelip mata, Linley segera menyebarkan gelombang kuasa Pemerintah dan menguasai Bidadari berambut perang, menghalangnya daripada melutut.
Linley spontan berasa sakit hati lalu menjeling Augusta di sisinya. Dia berkata kepada dirinya, 'Augusta semestinya tahu Bidadari akan melutut sebaik sahaja bertemu dengannya namun dia langsung tidak berkata apa-apa.' Sudah tentulah Bidadari biasa akan melutut namun wanita di hadapannya ini kemungkinan besar adalah ibu Linley!
Linley tidak akan membenarkan kejadian itu berlaku.
Di sebelahnya, Ketua Pemerintah Cahaya, Augusta ketawa, "Haha. Baiklah. Kamu boleh berdiri di sana buat masa sekarang."
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com