Pulau Miluo merupakan pulau yang menghijau. Pokok-pokok tua dapat dilihat di merata tempat dan udara nyaman menaikkan semangat Linley dan yang lain-lain. Dari jauh, mereka dapat melihat pelbagai bangunan, restoran mewah dan bangunan lain. Orang-orang di jalanan tidak putus-putus berlalu.
Sekarang ini, beberapa ahli bangsa yang aneh berjalan melepasi kumpulan Linley. Sesetengah merupakan makhluk bunian bertelinga tajam sementara yang lain pula pahlawan ikan paus yang besar dengan wajah bersisik. Walaupun setelah menjadi Betara, seseorang boleh bertukar menjadi rupa manusia. Namun sesetengah bangsa yang aneh mempunyai standard astetik yang berbeza berbanding manusia. Malah dalam rupa manusia sekalipun, mereka akan mengekalkan beberapa perkara yang mereka banggakan. Misalnya, ekor manusia rubah ataupun makhluk laut bersisik ikan.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com