webnovel

Penghalusan Segera

Editor: EndlessFantasy Translation

Sebaik sahaja melewati koridor itu, Linley sekumpulan pun tiba di dewan utama bahagian bertentangan aras tiga Istana Redbud. Di situ, begitu banyak barangan dipamerkan. Di dewan itu juga, dapat dilihat lebih ramai orang yang hadir. Kebanyakan mereka datang dalam kumpulan, seramai tiga hingga lima orang dalam setiap kumpulan. Mereka melewati setiap kaunter jualan dan meneliti setiap barangan yang dipamerkan.

"Bos, tengok." Bebe menunjuk ke arah tangga. "Tiada sesiapa pun yang mengawal kawasan tangga itu. Sesiapa pun boleh masuk ke sini. Tidak seperti di bahagian sebelah sana, ada lelaki berjubah violet yang mengawal tempat itu."

Delia tertawa. "Bebe, mereka ada barang pameran di sini. Sudah tentu mereka mahu ramai orang datang melawat. Tetapi, saya rasa, walaupun ramai orang yang datang melihat barang-barang di sini, sepertinya tidak ramai yang betul-betul mahu membeli."

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo