webnovel

Kepala mereka semua masih dibayangi kejadian 'penyembelihan' sebentar tadi. Segerombolan Syaitan Bilah Abis menyerang mereka… Kumpulan Linley tergamam habis. Kepala mereka kosong. Takut, tidak percaya… Mereka merasakan seperti mahu hilang akal.

"Bagaimana boleh ada begitu banyak Syaitan Bilah Abis di sini?" Linley menggeleng kepala, tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Tulily juga menggeleng kepala dan mengeluh. "Besar kemungkinan, andai Api Penzalim atau Bonda Ratu yang sudah mati pun bertarung bersama kita menentang gerombolan Syaitan Bilah Abis itu, mereka tentu akan ditetak hingga hancur. Terlalu menakutkan… Benar-benar menakutkan."

"Siapa sahaja yang mampu memperoleh cetusan ketuhanan dengan Syaitan Bilah Abis yang terlalu banyak di aras sebelas ini?" Riak wajah Olivier begitu menggerunkan.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo