Kuat?
Linley cukup mengetahui betapa kuatnya dia sekarang.
Dia sudah mencapai tahap Dewa dalam rupa manusianya. Sekali dia bertukar kepada Rupa Naga, sisik naganya akan menjadi 10 ganda kali lebih kuat daripada dahulu. Kekuatan dan qi-tempurnya juga sudah meningkat ke tahap yang cukup menggerunkan. Linley sudah faham sekarang mengapa nenek moyangnya, walaupun tidak memiliki wawasan yang tinggi, mampu bergantung pada Rupa Naga sahaja untuk melawan makhluk ajaib kemuncak tahap Dewa.
Berkenaan pengertian…
Denyut Nadi Bumi. Dia sudah menguasai 256 lapisan gelombang getaran. Semakin banyak gelombang, semakin sukar untuk dia mencapai peningkatan lagi. Kebiasaannya memang begitu. Namun, setelah dia mencapai lapisan gelombang ke-256, selepas menghabiskan masa selama setahun, dia sudah tidak mampu lagi untuk meningkat.
Sepertinya…256 lapis itulah hadnya.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com