webnovel

Roh Naga Pusar (Bahagian 1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Di langit timur, lelaki berjubah kelabu itu masih lagi berdiri di atas kepala Naga Hitam yang berpusar di langit. Dia tersenyum penuh yakin sewaktu memerhatikan lelaki berjubah hijau bertempur dengan gergasi tanah miliknya.

* Sscchhwingggg! *

Bunyi nyaring memecah udara sewaktu pedang lelaki berjubah hijau menusuk tepat ke kepala gergasi tanah. * Dentum! * Kepala gergasi tanah terbelah dua tetapi dia tidak rebah. Penumbuk yang seakan-akan bongkah batu miliknya menghentak tubuh lelaki berjubah hijau itu.

"Aduh!" Menyebur darah keluar dari mulut lelaki berjubah hijau itu. Seluruh tubuhnya berubah menjadi pucat lesi.

Kemudian, kepala gergasi tanah yang sudah terbelah itu bercantum semula seperti tiada kecederaan yang berlaku.

"Dillon, lebih baik kamu serahkan sahaja. Pelindung Dunia yang saya panggil bukanlah suatu yang kamu boleh atasi," kata lelaki berjubah kelabu yang berada di belakang Naga Hitam dengan tenang.

Lelaki berjubah hijau memandang dingin lelaki berjubah kelabu. Tiba-tiba, dengan suara yang garang dia berkata, "Rudi, jika saya tidak dapat memilikinya, begitu juga dengan kamu!" Cahaya hijau terang bersinar dari tangan lelaki berjubah hijau. Melihatkan perkara itu, lelaki berjubah kelabu yang sebelum ini berdiri dengan tenang di atas kepala Naga Hitam serta-merta menjadi terkejut dan resah. "Berhenti!"

"Hancurlah!"

Lengan lelaki berjubah hijau tiba-tiba bersinar terang seperti matahari. Bunyi letupan kedengaran dan serta-merta dia lenyap.

"Dillon, kamu...!" Lelaki berjubah kelabu menunjuk marah kepada lelaki berjubah hijau tetapi dia tidak dapat berkata apa-apa.

Wajah lelaki berjubah hijau berubah pucat sewaktu dia melihat lelaki berjubah kelabu yang juga pucat. "Kini, tiada siapa boleh memilikinya. Rudi, saya sudah cedera tetapi jika kamu mahu membunuh saya, masih sangat sukar untuk kamu melakukannya!" Sambil ketawa dingin, lelaki berjubah hijau bertukar menjadi cahaya hijau lalu terbang dengan kelajuan yang pantas menuju ke langit timur laut.

Lelaki berjubah kelabu itu melihat dia terbang pergi. Dia berkerut tetapi tidak mengejarnya.

Gergasi tanah di sebelahnya juga perlahan-lahan lenyap.

"Dillon, Santo Pedang Bintang? Malang sungguh. Aku belum berupaya membunuhnya lagi," kata lelaki berjubah kelabu dengan suara rendah. Naga Hitam yang berada di bawah kakinya, seperti mengetahui kehendak tuannya lalu ia mengepakkan sayap dan terbang ke arah tenggara.

Dalam sekelip mata, kedua-dua pahlawan tahap Dewa ini lenyap begitu sahaja.

Tetapi pekan Wushan masih dipenuhi kehancuran. Hampir seribu buah rumah telah musnah. Jeritan kesakitan, kutukan marah, tangisan syahdu memenuhi ruang udara. Dalam masa yang singkat, pekan yang tenang bertukar menjadi kawasan bencana.

Di halaman manor Baruch, Hogg bersendirian.

Hogg duduk di meja, keningnya berkerut. Sebagai pemerintah pekan Wushan, dia harus berfikir dengan teliti bagaimana untuk menguruskan penduduk di situ.

Bunyi tapak kaki. Pak Cik Hiri muncul daripada ruang tamu. "Tuan."

"Bagaimana keadaan Linley?" Hogg menoleh ke arahnya dan bertanya.

Hiri ketawa kecil. "Tuan, tolong jangan risau. Saya sudah mencuci luka Tuan Muda Linley dan membalutnya. Saya juga telah menyediakan makanan dan menukar pakaiannya. Dia kini sedang tidur di atas katil. Apabila dia bangun nanti, dia akan lebih sihat."

Barulah Hogg berasa lega dan dia mengangguk. Namun dahinya masih berkerut.

"Tuan, adakah Tuan sedang bimbang memikirkan penduduk pekan Wushan?" Hiri bertanya.

Hogg mengangguk. Sambil tersenyum sinis, dia berkata, "Pak Cik Hiri, rata-rata penduduk pekan Wushan tidak seperti kita. Kaum lelaki di pekan Wushan tidak akan mengalami kecederaan parah kerana ramai antara mereka tahap satu atau dua. Berlainan keadaannya dengan kaum wanita. Terlalu banyak bongkah batu besar yang menghujani pekan kita tanpa henti, pasti sukar bagi mereka untuk menangkisnya!"

Hiri mengangguk.

Jumlah penduduk pekan Wushan yang mampu menggunakan Qi-tempur boleh dikira dengan tangan. Sebentar tadi, ribuan batu besar jatuh dari langit. Jika mereka tidak sempat menyembunyikan diri di ruang bawah tanah atau menggunakan perisai tebal sebagai penghalang, sebaik sahaja batu itu terhempas...

"Tiada apa yang boleh kita lakukan selain daripada menunggu laporan daripada Hillman." Hogg berasa sangat gelisah.

Setelah sekian lama, kedengaran tapak kaki bergegas masuk ke dalam manor.

Mata Hogg bersinar. Apabila berpaling, dia melihat Hillman berjalan masuk ke dalam manor.

"Hillman, bagaimana situasi pekan Wushan?" Hogg segera bertanya.

Hillman melepaskan keluhan berat. "Kami hanya menjalankan beberapa pengiraan. Lebih tiga ratus orang mati dan seribu tercedera." Keseluruhan pekan Wushan hanya mempunyai lima ribu penduduk. Ini bermakna kadar kematian mencecah kira-kira 20 peratus! Memandangkan mereka tinggal di rumah-rumah batu, ini benar-benar bencana.

"Berapa ramai mangsa?" Hogg mula bimbang.

Makanan merupakan nyawa bagi mana-mana negara termasuklah pekan kecil. Tenaga kerja mereka tiba-tiba berkurang secara dramatik, tetapi jumlah yang cedera dan lumpuh semakin banyak... keadaan ekonomi pekan akan semakin memburuk.

"Aduhai!" Hogg melepaskan keluhan panjang.

Dia mahu mengurangkan cukai tetapi cukai di pekan Wushan sudah sememangnya rendah. Kini, kelangsungan hidup puaknya sendiri telah menjadi masalah. Bagaimanakah dia dapat membantu orang awam di pekan itu? Keadaan ini berbeza dari pekan-pekan lain, di mana cukai begitu tinggi sehingga ramai orang awam mati keletihan dan kesengsaraan.

"Tuan Hogg, semua rakyat jelata di pekan Wushan sangat menghargai kebaikan dan kemurahan hati Tuan. Kami tahu berapa banyak yang telah Tuan lakukan untuk kami. Jangan terlalu gemas," kata Hillman di sebelahnya.

Hillman sendiri lahir di pekan Wushan.

Berdasarkan statusnya sebagai pahlawan tahap enam, biarpun ibu negeri, dia mampu menjadi kapten pengawal untuk keluarga bangsawan. Namun, disebabkan Hillman terhutang budi terhadap puak Baruch kerana kebaikan dan kemurahan hati mereka, selepas Hillman bersara dari kerjaya tenteranya, dia terus menjadi kapten pengawal puak Baruch yang mulia ini.

"Hillman, pimpin skuad pengawal untuk memeriksa pekan. Pak Cik Hiri, kamu berehatlah," arah Hogg.

"Baik, Tuan," kata Hillman.

Penjaga rumah, Hiri juga menunduk hormat dan berlalu pergi. Selepas Hillman meninggalkan manor itu, tinggallah Hogg seorang diri di situ.

Di dalam bilik tidur Linley.

Kerana kecederaan di kepala Linley, Hiri telah mengarahkan semua orang untuk tidak mengganggu dan membiarkan dia berehat. Walaupun pekan Wushan teruk dilanda badai, bilik tidur Linley tenang dan sunyi. Linley sendiri tenggelam dalam dunia mimpi.

* Ding! *

Kedengaran bunyi perlahan seperti peranggu sebaik sahaja sinaran cahaya mula keluar dari kawasan dada Linley. Kemudian, sangkar cahaya yang melingkari cincin Naga Pusar perlahan-lahan bersinar keluar dari pakaian tidur yang dipakai Linley. Cahaya itu mula berlegar kira-kira 10 sentimeter jauh darinya.

Cincin itu bergetar lebih kuat dan sinaran daripada cincin Naga Pusar itu mula berkembang.

Mujurlah tiada orang dalam bilik Linley. Sesiapa yang memasuki biliknya pasti akan tergamam. Linley yang sedang tidur dengan lena tidak menyedari cincin Naga Pusar tersebut sedang terapung.

* Ting! * Cahaya yang mengelilingi cincin Naga Pusar mula mengecut dengan pantas. Satu cahaya samar-samar bersinar dari cincin tersebut. Turun ke sebelah Linley, cincin tersebut bertukar menjadi bayangan seseorang.

Bayangan tersebut merupakan seorang lelaki tua yang ramah berjubah putih bak purnama dan berjanggut putih panjang.

Ketika ini, cincin Naga Pusar jatuh ke atas dada Linley, tidak mempunyai kuasa. Mata Linley terkedip-kedip dan perlahan-lahan terbuka. Apabila melihat lelaki tua yang tidak pernah dijumpai di kepala katilnya, Linley berasa amat terkejut. "Kamu… Kamu siapa?"

"Hai, anak. Nama saya Doehring Cowart. Saya merupakan Ahli sihir Agung tahap Dewa dari Empayar Pouant!" lelaki ramah berjubah putih itu berkata sambil tersenyum.

Mata Linley terus terbuntang. "Kamu… Kamu seorang ahli sihir tahap Dewa?"

Lelaki tua berambut putih itu mengangguk dengan yakin.

"Tak mungkin. Atuk kata tadi Atuk dari Empayar Pouant. Empayar Pouant yang telah dihapuskan lima ribu tahun yang lalu?" Linley agak fasih sejarah dunia dan dia tahu tentang Empayar Pouant yang telah dihapuskan kewujudannya sebelum puaknya terbentuk. Dalam era moden, Empayar Pouant bukanlah salah satu daripada empat empayar terbesar dunia.

Siguiente capítulo