Capella tidak perlukan amaran Putera Bayang kerana dia juga perasan kehadiran Marvin apabila Marvin mencapai leel 18!
"Dia berada di situ!" Capella menjerit sambil tunjuk pada bayang di belakang tiang besar.
Enam Perwira Zealot oleh Kuil meluru untuk mengepung tempat itu!
Tetapi semuanya sudah terlambat.
Night Boundary!
Badan Marvin bergerak melalui ruang distorsi dan sekelip mata muncul di belakang Ketua Paderi Wanita itu!
"Hati-hati! Ketua Paderi Wanita!" jerit satu ketua memberi amaran.
Ketua Paderi Wanita itu menggenggam sabitnya dan berpusing belakang sambil menyabit dengan kejam!
Memang silap jika ada seseorang itu fikir yang Cleric tiada kuasa berlawan jarak dekat.
Ekspresi puas hati terpancar pada matanya.
Adakah Pembunuh Hendap itu ingat dia boleh memusnahkan Perisai Divine?
Sinaran Kuasa Divine terpancar pada sabit itu. Marvin pasti akan terkaku jika terkena serangan ini!
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com