webnovel

Altar yang Ditinggalkan

Editor: EndlessFantasy Translation

Marvin dengan mahir meredah hutan dengan bergerak sepantas kilat dan melalui celah-celah pokok itu ke jalan keluar.

Terdapat pelbagai kelas yang mempunyai bakat tersembunyi yang tidak dapat dijelaskan. Bakat tersembunyi Pencuri tetap bersikap tenang ketika mencuri di kawasan berjual beli. Bakat tersembunyi Ahli sihir pula mereka lebih cepat untuk memberikan perhatian mereka. Manakala bakat tersembunyi renjer pula dapat ditonjol ketika di kawasan hutan rimba.

Mereka seperti ikan yang berenang di lautan ketika menyeberangi hutan di hutan rimba.

Marvin cepat berlalu pergi setelah mendapat jari lich yang terputus itu dari peti harta karun.

Setelah dia mendapat apa yang boleh diperolehi, dia segera berundur. Lagipun, scarlet monastery dipenuhi dengan bahaya di pelosok tempat.seperti duta dewa iblis dan raksaksa lain yang sesetengahnya lebih kuat dari Marvin. Ia agak bodoh jika dia mengambil risiko yang tidak berbaloi.

Dia melalui Dewan Mountain Range sehingga ke arah barat laut sambil mengelak beberapa raksaksa yang mungkin menyorok di sekitar.

Kelijatan altar yang terbiar tidak jauh dari situ. Pergi ke situ ialah salah satu dalam rancangan yang penting untuk Marvin.

Apa yang mengejutkan, dengan bantuan gadis tidak berkepala itu, dia telah memperolehi jari lich terputus. Ini bermaksud dia boleh menggunakan sesuatu di dalam altar untuk memperoleh banyak barang lain yang memberikan faedah!

[Pengetahuan – Dewa (Jari Lich yang terputus)]: Anda telah memiliki jari lich yang terputus. Jari tersebut terdapat sedikit aura kuasa ketuhanan. Ini adalah lich yang agak berkuasa yang hampir mencapai tahap dewa. Tetapi dia gagal pada saat-saat akhir dan masih tidak lagi mengalah. Dia masih bersemayam dan ingin bangkit semula. Dia dapat mengesan setiap inci tubuhnya dan jari terputus ini terkandung rahsia untuk mencapai ke tahap dewa dengan jayanya. Kuasa ketuhanan yang sedikit ini amat berharga jika jatuh di tangan Dewa Alkimia atau Dewa Witchcraft. Tetapi ia akan menimbulkan masalah jika jatuh ke tangan mereka yang lain.

Tidak ragu lagi yang Marvin jatuh ke dalam kategori yang "lain". Dia bukanlah dewa, anak dewa atau seumpamanya. Disebabkan itu, dia tidak dapat menyerap sifat ketuhanan jari terputus tersebut. Menyimpan jari terputus ini buat masa yang lama akan menimbulkan malapetaka kepadanya. Oleh itu, dia tidak merancang menyimpan item berharga ini sejak dari awal.

Dia merancang untuk menjadikan ia sebagai pengorbanan di altar itu.

Jari terputus ini mengandungi sedikit kuasa ketuhanan dan banyak dewa atau dewa alkimia yang berminat dengannya. Dari kalangan mereka, terdapat juga Dewa Elven Kuno yang memisahkan diri dari duniawi.

Dewa Elven Kuno datang dari generasi ke-2 selepas Dewa Kuno. Di generasi yang pertama, tiada sesiapa yang tinggal melainkan Dewa Ahli Sihir Lance yang misteri. Mereka semua telah tumbang. Marvin masih ingat seorang Dewa Kuno yang luar dari kebiasaan dari dewa yang lain. Apabila dewa dari syurga berpakat untuk menyerang Kolam Magik Alam Semesta, dia salah seorang kumpulan minoriti yang menentangnya.

Disebabkan perkara ini membuatkan Marvin mempunyai anggapan yang baik terhadapnya. Bagi manusia biasa, kemusnahan Kolam Magik Alam Semesta ialah bencana yang tidak dapat dihalang.

Jika tidak ilmuwan dari Menara Pearl di selatan tidak akan menamakan perubahan ini sebagai "Bencana Besar".

Tetapi dewa yang lain tidak mahu ketinggalan bagi pencarian Tablet Takdir ke-4 berganding bahu dan menyerang Kolam Magik Alam Semesta. Dewa Ahli Sihir Lance telah menghilangkan pada masa yang lama dahulu, sebab itu mereka telah terlupa tentang pencapaian dan juga kekuatannya. Kolam Magik Alam Semesta asalnya dibina untuk membantu orang biasa di Benua Feinan mempelajari magik dengan lebih mudah dan akan menjadi Ahli Sihir yang kuat untuk menangkis serangan raksasa yang berterusan.

Pada masa yang sama, Kolam Magik Alam Semesta bertindak sebagai rintangan di sekeliling Benua Feinan, melindungi dari orang yang terlalu kuat untuk cuba masuk.

Disebabkan pertahanan ini untuk kepentingan kesemua hidupan, pengasasnya iaitu Dewa Ahli Sihir Lance dipuja oleh semua bangsa sebagai Dewa Terhebat yang terletak atas sedikit dari Dewa Kuno dan Dewa Baru. Berkenaan dengan kekuatan Lance, banyak dewa yang merungut tetapi tiada sesiapa yang berani berkata apa-apa.

Dan kini, Dewa Ahli Sihir telah meninggalkan Feinan lebih dari satu abad manakala dewa yang lain tidak senang duduk buat jangka masa yang lama.

Bencana sudah bermula dan tiada sesiapa yang mampu menghalangnya.

Marvin menarik nafas panjang dan memecut laju.

Dua hari kemudian di barat laut Dewan Mountain Range.

[Anda telah menjumpai Bukit Deathly Silent]

[Pengetahuan – Geografi +1]

[Pengetahuan – Geografi (Bukit Deathly Silent)]: Bukit ini sunyi dan terpencil. Muka bentuk keadaan bukit ini sangat rumit. Ada makhluk yang menakutkan berada di kawasan ini.

Marvin berhenti di tempat masuk Bukit Deathly Silent ini, dan membuat perbandingan jalan ini dengan memorinya adakah dia tersesat.

Dia agak bernasib baik ketika dalam perjalanan ke sini. Selain dari beberapa goblin yang alpa dan mudah dibunuh, dia tidak menjumpai raksasa lain.

Ini disebabkan Dewan Mountain Range ialah kawasan yang agak selamat.

Bukit Deathly Silent berbeza. Kawasan ini bukan sahaja ada kaum nomad yang tinggal, malah ada juga beberapa penjenayah dan raksaksa. Kawasan ini merupakan tempat bersembunyi yang bagus dan disebabkan itu ada beberapa kubu dan juga tempat tumpuan penjenayah dari bandar berdekatan.

Tidak kira mereka datang dari Bandar River Shore atau Jewel Bay, kesemua penjenayah akan berpusat di sini.

Terdapat juga tumbuhan pemakan orang yang boleh menelan seseorang sepenuhnya tanpa meninggalkan setompok darah, ular beracun misteri yang mampu membunuh sekelip mata, serangga pelik dan juga lain-lain.

Tetapi ini semua tertumpu di kawasan yang lebih dalam di Bukit Deathly Silent.

Marvin tidak merancang untuk pergi ke salah satu kawasan pedalaman, kerana sasarannya ialah kawasan luar sahaja.

Dia berhenti di salah satu puncak bukit. Mengikut posisi matahari dan juga jalan di memori yang dia telah pastikan beberapa kali, ini jalan yang betul untuk masuk ke bukit.

Dia hampir berjaya tiba ke destinasinya pada waktu malam dan tiba-tiba dia terjumpa orang yang tidak disangka.

Di sebuah ruang yang kecil di hadapan, beruang perang yang amuk itu menderam.

Di depan beruang perang itu seorang lelaki tinggi yang memakai jubah hitam dan bersenjatakan pisau belati bergerak dengan sangat pantas.

Serangannya sangat kejam dan licik, setiap serangan tertumpu kepada tempat kelemahan tetapi tidak dalam supaya tidak membiarkan ia mati.

Beruang itu menderam marah, cuba menangkap manusia ini yang terus-menerus mencederakannya. Tetapi ia agak cemerkap.

"Sekurang-kurangnya 20 nilai ketangkasan!"

"Mahaguru Kerambit…"

"Pangkat ke-2 kelas lanjutan renjer… Berdasarkan kemahiran kerambitnya, rasanya dia adalah [Pembunuh Gelap]!"

Marvin menyembunyikan diri di sebalik pokok dan melihat adegan tersebut. Dia mula berasa risau.

"Lelaki ini sangat kuat!

Dia mempermainkan beruang perang itu.

Nampaknya dia tidak mahukan apa-apa dari beruang perang tersebut melainkan keseronokan mempermainkannya.

Atau mungkin dia cuba mengasah kemahirannya. Walau bagaimanapun, orang seperti ini tidak boleh dipandang rendah.

Persepsi orang ini pastilah sangat tinggi. Meskipun Marvin yakin dengan kemahiran [Stealth]nya, tetapi jika dia dijumpai, akan menimbulkan banyak masalah.

Dia menyorok di situ tanpa bergerak dan mengurangkan kadar pernafasan kepada paling minima.

Dia melihat lelaki berjubah hitam itu membunuh beruang perang itu. Apabila beruang hitam itu mati, darah di dalam badan ia telah kering dan bulunya gugur kerana tidak dapat menahan dari serangan yang berterusan.

Kemahiran membunuh seperti ini sangat kejam.

Lelaki berjubah hitam itu berhenti menyerang dan dengan tiba-tiba melihat ke arah Marvin berada.

"Alamak! Dia menjumpai aku."

Marvin tahu yang ia agak sukar untuk sembunyi dari pakai ini dengan kemahiran [Stealth]nya.

Tetapi lelaki berjubah itu tidak serta merta bertindak sebaliknya teragak-agak seketika dan tersenyum selepas itu.

"Perasaan aku agak baik hari ini, oleh itu aku lepaskan kau."

Selepas dia berkata, terdapat sesuatu barang yang terbang dari tangannya.

Pah!

Barang itu tersekat di tanah tiga langkah di depan Marvin.

Lelaki berjubah hitam itu berpusing dan melompat sebelum berlalu pergi hilang di hutan.

Marvin mengelap keringat di dahinya dan keluar dari tempat sembunyi.

"Nasib baik, nampaknya dia terkejar untuk urusan lain."

"Dia mengambil kad kuning tersebut dari tanah, dan kad itu terdapat gambar lelabah bertaring.

Muka Marvin berubah.

Lelabah Bayang!

Lelaki itu pembunuh dari Lelabah Bayang!

Kad kuning itu satu amaran. Amaran yang Marvin tidak harus lagi terserempak dengannya atau dia akan membunuh Marvin dengan kejam.

"Bukankah pangkalan Lelabah Bayang berada di utara?"

"Kenapa ada ahli yang berada di selatan pula?"

Marvin dapat berasakan terdapat sesuatu yang akan menimbulkan implikasi yang pelik.

Nampaknya situasi ini agak merisaukan. Bandar River Shore satu-satunya bandar besar di sekitar sini. Dia dapat berasakan yang dia akan terjumpa pembunuh ini sekali lagi.

"Masalah…." Marvin menggeleng kepala. Jika berjumpa pasti dirinya senang dikalahkan.

Dia harus cepat menjadi lebih kuat!

Dia bergerak semula dan mencari persekitaran gua.

Dan akhirnya, sebelum matahari terbenam di belakang gunung, dia telah terjumpa gua yang terpencil.

Sangat sunyi di dalam gua itu dan tiada raksasa yang berani mendekati kerana aura blessing dewa kuno.

Marvin terus masuk ke dalam hingga ke penghujung gua dan tiba di depan altar yang terbiar.

Siguiente capítulo