webnovel

Membuat Keputusan Melalui Pertarungan!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tidak!" Malam Dingin menolak bulat-bulat pelawaan Zhang Yang.

"Tapi, kalau kau tewaskan aku dalam pertarungan, aku akan sertai satu sahaja serangan!" dia menambah tidak lama kemudian.

"Ok!" Zhang Yang mengangguk.

'Ding! Pemain Dingin Malam telah menghantar permintaan untuk bertarung (Perkelahian) kepada anda. Adakah anda menerimanya?'

Zhang Yang menerima permintaan tersebut lalu sistem mengumumkan pertarungan mereka pada papan pengumuman arena.

Bilik 179, Zhan Yu lawan Malam Dingin (Perkelahian). Pertarungan bermula dalam masa 5 minit.

Arena itu sekali lagi menjadi kecoh. Orang ramai yang menonton pertarungan tadi masih belum bersurai setelah ia tamat dan masih berada di arena tersebut. Mereka serta-merta ternampak pengumuman terbabit dan suasana yang masih belum reda tadi kembali kecoh. Pertarungan seterusnya akan menemukan pencabar tegar yang masih belum dikenali ramai dengan jaguh yang telah lama dikagumi orang ramai. Mereka berdua telah membunuh Dedaun Menggerunkan dengan menggunakan serangan tersendiri. Apabila mereka berdua bertarung sesama sendiri, pertarungan tersebut sudah pasti akan lama diperkatakan. 

Seorang demi seorang rakan memanggil rakannya yang lain serta ahli persatuan memanggil ahli yang lain untuk datang menonton dan pertarungan tersebut menjadi lebih huru-hara. Dalam masa tiga minit sahaja, bilik 179 dipenuhi lebih daripada 10000 penonton! Lima minit kemudian, Malam Dingin dan Zhang Yang dihantar masuk ke medan pertempuran.

Kiraan pun bermula!

5, 4, 3, 2, 1, 0!

Poof!

Malam Dingin lenyap tanpa kesan.

Zhang Yang tidak berani cuai dalam pertahanannya kerana walaupun peralatannya kurang hebat berbanding Dedaun Menggerunkan, kemahiran Malam Dingin ternyata mengagumkan! Ini sangat nyata terutamanya apabila dia menggunakan kemahiran <Ghaib > yang boleh digunakan dua kali berturut-turut.

Sementara itu, semua mata di luar medan tersebut melekat pada pertarungan tersebut sambil memerhatikan sekiranya terdapat perubahan mengejut. Malam Dingin mungkin muncul bila-bila masa dan membunuh Zhang Yang sebelum dia sempat menghela nafas!

Suasana itu bertambah tegang dengan waktu yang terus berlalu.

Foosh!

Satu lembaga hitam muncul di belakang Zhang Yang dan menghentak belakang kepalanya! Pada masa yang sama semasa pisau belatinya mengenai belakang kepalanya, pedang Zhang Yang pula dihayun di udara dan mengenai Malam Dingin. 

"-387!"

"<Serangan Hendap>!"

Kedua-dua serangan mereka mengenai sasaran pada masa yang sama. Malam Dingin telah kehilangan sebahagian besar HPnya manakala Zhang Yang telah dipegun selama 4 saat!

Nafas semua penonton seolah-olah tertahan kerana terkesima.

"Hebatnya mereka berdua ini!"

"Jahanam! Zhan Yu boleh mengesan seorang Pencuri yang bersembunyi! Dia ini pengguna kuasa apa sebenarnya?!"

"Malam Dingin juga sehebat Zhan Yu kerana dia berjaya memegunnya!"

"Senjata yang Zhan Yu guna itu mesti senjata tahap tinggi. Kalau tidak, macam mana dia boleh kenakan kerosakan tinggi sebegitu ke atas Malam Dingin?"

"Betul itu, rakan seperjuanganku. Tapi, sekarang Malam Dingin berada dalam keadaan bahaya. Kalau dia gagal bunuh Zhan Yu dalam masa empat saat yang dia ada itu, dia pasti akan membahayakan dirinya!"

"Hujah kau itu tak berasas, anak didikku. Kau telah terlupa peraturan…"

Sementara penonton berbincang antara satu sama lain, Malam Dingin pula kekal tenang dan cepat-cepat mengambil posyen pemulihannya. Dia kemudian mengangkat pisau belatinya dan menikam belakang badan Zhang Yang lalu memulakan satu rantaian serangan. Setiap serangannya tidak terlalu tinggi, tetapi ia pantas dan berterusan lalu terkumpul menjadi mata kerosakan yang agak banyak!

Selepas empat saat, kesan pegunan tersebut terhenti, tetapi belum sempat Zhang Yang berpusing, Malam Dingin telah mengenakan <Tembakan Buah Pinggang> ke atasnya dan terus memegunkannya selama 6 saat.

Zhang Yang merupakan watak kelas berperisai. Tambahan pula, dia mempunyai kemahiran pasif pengurangan 20% kerosakan serta baju perisainya dan pertahanannya bukan sesuatu yang boleh ditandingi seorang Pencuri! Malam Dingin berjaya menyebabkan lebih daripada 1300 mata kerosakan ke atas Dedaun Menggerunkan, tetapi apabila dia berdepan dengan Zhang Yang, dia hanya mampu mengenakan lebih kurang 800 mata kerosakan iaitu kurang daripada satu pertiga jumlah HP Zhang Yang!

Malam Dingin tetap tenang. Apabila kesan pegunan tersebut terhenti enam saat kemudian, dia dengan pantas menggerakkan tangan kanannya dan mengaktifkan <Ghaib >.

Zhang Yang tersengih. Dia menghayun pedangnya secara melintang dan menghentak tanah di kawasan di mana Malam Dingin menghilangkan diri dan menjampi <Sambaran Mendatar> dan <Serangan Petir>. Setelah dia mengalami kerosakan tanpa apa-apa peluang untuk membalas serangan, Zhang Yang telah menjana jumlah Rage yang lebih daripada apa yang mampu dia pekung.

"-765!"

"-117!"

Malam Dingin telah terkeluar daripada kemahiran menghilangkan dirinya dan HP miliknya serta-merta habis. Dia menyerah kalah.

Shush! Mereka berdua dihantar keluar dari medan tersebut.

"Sekali lagi!" Malam Dingin menghantar sebuah mesej peribadi kepada Zhang Yang.

"Oh. Tapi kalau kau tewas, kau akan hutang aku dua serangan!" Zhang Yang ketawa.

"… Baiklah!"

Setelah dia bersetuju, mereka berdua sekali lagi dihantar ke medan tersebut lantas memulakan pertarungan. 

Dalam pusingan kedua, Malam Dingin telah belajar daripada kesilapannya. Kali ini, apabila tiba saat terakhir sebelum berakhirnya kesan pegunan <Tembakan Buah Pinggang> selama enam saat itu, dia berhenti menyerang dan serta-merta menggunakan <Ghaib > untuk menghilangkan diri.

Setelah Zhang Yang pulih daripada kesan pegunan, dia dengan segera menuju ke tempat Malam Dingin menghilangkan diri dan memeriksa kawasan sekelilingnya. Dia menghayun pedang untuk <Sambaran Mendatar> dan sekali lagi membunuh Malam Dingin.

"Macam mana kau boleh tahu aku di mana!?" Malam Dingin bertanya.

Zhang Yang telah bertarung dengan Perompak selama lebih kurang tiga tahun, jadi dia telah membentuk satu helah untuk mengesan seorang Pencuri yang bersembunyi! Kesan sampingan paling teruk dalam stealth ialah pengurangan kelajuan pergerakan. Apabila seseorang menghilangkan diri, kelajuannya akan berkurangan menjadi separuh kelajuan asal. Jadi, apabila orang lain menyaksikannya menghilangkan diri, mereka akan dapat mengesan kedudukannya dengan sangat mudah.

"Itu ialah rahsia dan tidak boleh dikongsi!"

Malam Dingin mengetap giginya dalam keberangan. "Ahh! Satu hari nanti, aku akan tewaskan kau!"

'Gigihnya dia ini!' Zhang Yang tertawa. "Kau tak boleh tewaskan aku! Peralatan kau masih kurang hebat! Kalau tak, tentu kau sudah boleh tewaskan aku semasa kau memegun aku kali pertama tadi! Ikutlah aku dalam serangan dungeon beberapa kali dan kau akan dapat peralatan yang kau perlukan untuk tewaskan aku!"

Malam Dingin terkedu selama beberapa ketika. "Aku telah tewas dalam dua pusingan. Itu dua serangan dungeon yang aku hutang dengan kau… Hubungi aku bila kau akan menyerang dungeon!"

Dia enggan meneruskan pertarungan dengan Zhang Yang setelah dia menilai perbezaan peralatan mereka berdua.

Zhang Yang tersenyum dan menghantar permintaan untuk menambah kenalan.

Malam Dingin tidak terus menolak atau menerima permintaan tersebut, sebaliknya dia membalas dengan tanda soal.

"?"

Zhang Yang menerangkan. "Kalau kita jadi kenalan, nanti lebih mudah bila aku hendak cari kau!"

Malam Dingin berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

Zhang Yang mengeluh. Dia fikirkan Malam Dingin akan menolak permintaannya itu, tetapi dia akhirnya menerima notifikasi sistem.

'Ding! Pemain Malam Dingin telah menerima permintaan untuk menambah kenalan anda!"

Bagus! Gadis itu kini dalam tangannya! Seperti tikus yang telah terkena perangkap, dia tidak akan dapat lari daripadanya selepas ini!

Zhang Yang tersengih seperti seseorang yang telah memenangi loteri. Beberapa ketika kemudian, dia membuka tetingkap persatuan dan menulis pengumuman baru: "Akan ada serangan di Sayap Utama Sarang Marzerway dua hari dari sekarang. Pasukan penyerang itu akan disertai ahli tetap berikut: Zhan Yu, Drizzler, Si Salji, Si Kurus dan Kacak, Ratusan Tembakan. Pasukan tersebut memerlukan kelas watak berikut: 1 Tanker, 3 Penyembuh, 11 Penyerang. Sesiapa yang berjaya mencapai Tahap 20 dalam masa dua hari ini dan ingin turut serta dalam pasukan peneroka boleh mendaftar nama mereka seperti berikut. Tanker perlu melaporkan diri kepada Zhan Yu, Penyembuh melapor kepada Si Salji, Penyerang melapor kepada Drizzler, Si Kurus dan Kacak, serta Ratusan Tembakan. Pemain yang telah mendaftar akan ditapis dan hanya yang terbaik akan dipilih untuk turut serta."

Persatuan tersebut kembali penuh dengan keterujaan selepas Zhang Yang menghantar pengumuman pada papan notis persatuan. Semua ahli ingin menyertai ekspedisi tersebut dan yakin mereka akan dapat terpilih untuk penerokaan dungeon setelah permintaan mereka dihantar.

"Haha! Semoga berjaya dan berlatih dengan lebih pantas lagi, semua!" Zhang Yang menghantar mesej di saluran persatuan dan menuju ke Tanah Rata Berhantu Terpinggir untuk grind tahapnya.

Dia mempunyai seekor Kuda Perang Berangka yang masih belum boleh digunakan dalam begnya. Ia hanya boleh digunakan apabila Zhang Yang mencapai Tahap 30. Itulah sebab mengapa dia mahu grind secepat mungkin. Dia dapt membayangkan perhatian semua yang akan dia dapat jika dia berjalan di sekeliling Istana Jed Putih dengan kuda tersebut.

"Sayangnya… kalaulah aku boleh jualnya…" Zhang Yang memikirkannya.

Sekiranya dia boleh membawa kuda tersebut ke rumah lelong dan menjualnya, dia pasti akan dibunuh Si Salji dan Drizzler!

Zhang Yang menghabiskan masa selama seharian hanya untuk grind, grind, dan grind. Tiada lain selain itu. Ia sesuatu yang memenatkan untuk mencapai tahap seterusnya selepas Tahap 20 dicapai. Jika dia menggunakan habis segala yang dia ada sekalipun, dia memerlukan lebih kurang dua hari untuk mencapai satu tahap seterusnya! Semasa Zhang Yang log keluar untuk makan malam, dia baru sahaja mencapai Tahap 23 dengan 42% mata Pengalaman dalam palang perkembangannya.

Selepas dia menikmati makan malamnya, Zhang Yang menghabiskan masa melayari internet dan memeriksa forum. Dia mendapat tahu kes Dedaun Menggerunkan merupakan topik hangat dalam forum sejak pagi tadi. Sesetengah orang mengatakan dia mahu menjadi wira solo yang ingin mencapai kemegahan dengan membunuh setiap pemain dalam kota tersebut seorang diri! Sementara beberapa orang cuba menerangkan perlakuannya, ada juga yang mencemuh dan menyumpah perbuatannya. Kenapa dia perlu mengembara jauh ke Istana Jed Putih hanya untuk bertarung? Adakah dia telah bertarung dan menewaskan semua pemain dia Kota Bulan Merah? Jika itu keadaannya, tertewasnya dia bermaksud tiada langsung pemain hebat di Kota Bulan Merah!

Ada beberapa pemain yang menyokongnya, tetapi bilangannya terlalu sedikit.

Zhang Yang berasa terhibur melihat itu semua dan log masuk semula ke dalam permainan video itu. Zhang Yang, Si Salji, Drizzeler, Han Gemuk, dan Ratusan Tembakan masing-masing mengetuai sebuah pasukan untuk menyerang Makam Bangar. Setelah mereka selesai dengan serangan masing-masing, Zhang Yang memanggil mereka berlima ke arena pertarungan untuk latihan PK. Di sana, dia mendapati selain Han Gemuk, ahli pasukannya itu agak mahir dalam bertarung dengan pemain. Malah, merekja boleh menjadi lebih mahir jika terus berlatih. Han Gemuk sebaliknya, tetap lemah dalam gaya pertarungan PK. Dia hanya tahu cara untuk menyerang tanpa memperolehi gaya pergerakan kedudukan dan menyerupai turet manusia. Seorang Pemburu ialah watak penyerang jarak jauh dan dia perlu mengekalkan jarak tertentu dari sasarannya untuk mendapatkan kemungkinan serangan maksimum. Pengetahuan umum ini tidak difahami Han Gemuk yang terus menyerang seperti mesingan tetap. Walaupun dia tahu cara untuk menggunakan <Tembakan Konkusi>, dia masih belum mahir dalam penggunaan kesan memperlahankan pergerakan daripada kemahiran itu untuk bergerak menjauhi sasaran.

Sekiranya terperangkap, seorang Pemburu tidak akan dapat menyerang.

Zhang Yang menasihati Han Gemuk tanpa henti untuk mengekalkan jaraknya, bergerak dengan pantas, dan bergerak tepat. Namun, apa yang memasuki telinga kanannya akan keluar melalui telinga kirinya seperti air mengalir. Han Gemuk gagal menuruti arahan dengan baik serta mengingati taktik pertarungan! Zhang Yang terkesima. Dia tidak tahu apa lagi yang dia boleh dia lakukan! Dia yang mencadangkan kepada Han Gemuk supaya dia bermula sebagai seorang Pemburu kerana dia tahu dia tidak akan dapat mahir dalam PK!

Sebuah permata tidak akan dapat berkilau tanpa digosok. Namun, tidak kira betapa bersungguhnya seseorang dalam menggosok batu-bata, ia tidak akan berkilau seperti sebuah permata!

Lelaki gemuk ini hanya mampu menyerang dungeon dan tidak akan dapat menyertai mana-mana pertarungan di medan pertempuran. Zhang Yang tidak dapat membawanya menyertai pertandingan Liga Profesional akan datang!

Zhang Yang sangat mahu saudaranya itu turut serta bersamanya dalam pertandingan tersebut, tetapi Liga Profesional memerlukan sebuah pasukan dan sesebuah pasukan pula memerlukan kerjasama yang kukuh untuk memenangi mana-mana pertarungan. Zhang Yang tidak boleh mementingkan dirinya sendiri dan tetap mengambil kebergantungan seperti Han Gemuk memasuki pasukannya yang akhirnya akan membawa kepada kejatuhan pasukan tersebut. Dia mengeluh!

Setelah berakhirnya hari tersebut, mata pengalaman Asap Gurun Terpinggir telah mencapai 42%, dan dengan kadar sebegitu, mereka akan mengambil masa empat hingga lima hari lagi untuk mencapai mata pengalaman maksimum.

Dalam masa dua hari selepas itu, Zhang Yang sibuk mengumpul herba, menjual perisai, membeli plat mineral daripada Pakar Perlombongan dan meningkatkan tahap penguasaan Pertukangannya. Dua malam selepas itu pula, iaitu pada 15 Julai, 15 hari selepas pelancaran permainan video itu, Asap Gurun Terpinggir telah menghasilkan 24 orang pemain Tahap 20! Zhang Yang sendiri telah mencapai Tahap 24 dengan 47% mata pengalaman!

Kini tiba masanya untuk pemilihan ahli pasukan dan Zhang Yang serta keempat-empat ahlinya memilih ahli pasukan lain dengan berhati-hati. Namun, ia sebenarnya bukan pemilihan, sebaliknya untuk mencari lima ahli untuk dibuang daripada pasukan tersebut kerana mereka memerlukan satu tempat kosong untuk Malam Dingin. Setelah mereka selesai dengan pembentukan pasukan, Zhang Yang mengarahkan mereka semua log keluar awal pada hari tersebut and mendapatkan rehat secukupnya malam itu. Pertarungan akan datang pasti paling sukar buat mereka.

Zhang Yang menghantar mesej peribadi kepada Malam Dingin sebelum dia log keluar.

"Hei, kami akan menyerang Sayap Utama Sarang Marzerway esok pada pukul 9 pagi. Jangan lupa berkumpul di pintu masuk dungeon di Kota Pari-pari Salji!"

"Baik. Aku akan ambil cuti esok!"

Meminta cuti hanya untuk bermain permainan video, kesungguhan sebegitu sangat melambangkan pemain permainan video, sangat bersesuaian dengan Malam Dingin itu.

Siguiente capítulo