webnovel

Maju ke Tingkat Empat

Editor: EndlessFantasy Translation

Ia sebuah keajaiban jika Ratusan Tembakan selamat tanpa mengalami kecederaan selepas serangan bos itu, tetapi ia turut memberi ruang untuk ahli pasukan itu untuk menyerang bos tersebut. 

14%, 13%, 12%!

'Ding! Pemain Ratusan Tembakan telah mati!'

Freyna berpaling dan menyerang Zhang Yang.

"Huh! Pandai bos ini! Dia bunuh sasaran mudah dulu! Hm! IQnya mesti lebih daripada 200!" Han Gemuk masih boleh mencari masa untuk berjenaka. 

"Si Gemuk gatal! IQ kau pula kurang satu digit daripada IQnya! Hanya 20!" ejek Drizzler.

Han Gemuk nampak seperti tidak terkesan dengan ejekannya. Dia sebaliknya tertawa. "Hoho ~ Aku sebenarnya sudah tamat belajar sekolah tinggi! Aku ada sijilnya!"

"Hah! Jadi?!" Drizzler tidak berasa kagum dengannya.

"Jadi, kita boleh uji pengetahuan kita. Setakat mana perkembangan kau dalam silibus?"

Drizzler terhenti seketika. Pada ketika ini, dia masih menghadiri sekolah tinggi dan belum lagi tamat belajar. Dia pasti akan tewas dengan Han Gemuk! Drizzler hanya mampu merenung tajam ke arah Han Gemuk sebelum kembali memberi perhatian kepada pertarungan dengan bos. 

11%, 10%, 9%...

Walaupun pasukan itu telah kehilangan 2 pemainnya, kuasa serangan terkumpul mereka tidak terjejas hanya kerana salah satu ahli yang terbunuh ialah seorang penyembuh!

HP bos tersebut terus menurun pada kadar kelajuan yang memuaskan. Zhang Yang telah mengenengahkan semua kemahirannya untuk bertarung dengan bos itu dan mengelak setiap serangan sebaik mungkin. Namun, dia tetap menerima kerosakan daripada bos tersebut. Dia tidak dapat mengekalkan HP terkininya daripada dikurangkan! 

Tib-tiba, bos tersebut berhenti menyerang dan sekelip mata lenyap.

Memandangkan dia hanya menggunakan [Pembalut Kain Kasar] kurang daripada 30 saat lepas, dia tidak boleh menggunakannya sekali lagi kerana ia masih dalam tempoh bertenang. Namun, Zhang Yang masih mempunyai 1,100 HP sementara bos itu hanya tinggal 6%. Pertarungan itu bertambah sengit. Ia kini pertarungan yang penuh dengan kelajuan dan kerosakan!

Foosh!

Freyna muncul di belakang Drizzler dan memegunnya.

"Gemuk! Kau berdualah harapan kami sekarang!"

"Kami akan selesaikan!"

6%, 5%, 4%!

Apabila Drizzler terbunuh, bos itu hanya tinggal 3% HP.

"Bedebah! Kita kena bunuhnya!" kata Han Gemuk sambil menarik busurnya dengan penuh cemas. "Berani kau ambil dua-dua Si Salji dan Drizzler! Aku akan bunuh kau!"

Freyna berpaling dan berdepan dengan Zhang Yang selepas dia membunuh Drizzler. Bunyi pisau belatinya yang berlaga dengan perisai Zhang Yang boleh didengari di seluruh lapangan tersebut.

2%

1%

0%!

Bam! Bos itu terjatuh dan hanya tinggal Zhang Yang yang berdiri dengan HPnya sebanyak 400 mata. Ia tidak segenting yang mereka sangkakan.

"Jahanam! Bos ini tidaklah kuat sangat, tapi macam mana kita boleh kehilangan begitu ramai pemain?" Han Gemuk berkata dengan tidak puas hati.

Ketiga-tiga pemain yang terbunuh tadi pula telah melepaskan roh mereka lalu berlari ke arah jasad mereka sendiri.

"Hm… Bos berperingkat tinggi yang kita akan hadapi selepas ini memang begini. Bos peringkat Emas Kuning dan seterusnya betul-betul kebal dengan mana-mana kesan Provokasi dan berbeza dengan bos ini yang hanya kebal dengan <Provokasi > apabila dia sedang menyerang sesiapa dalam <Serangan Hendap>. Bos berperingkat tinggi yang lain juga mempunyai kemahiran cetusan kerosakan tinggi yang boleh serta-merta membunuh mana-mana pemain! Pemaju permainan video ini jemu melihat gaya permainan yang sama di mana tank akan menarik aggro, sementara penyerang akan menyerang, dan penyembuh akan memulihkan. Mereka rasa gaya permainan ini terlalu kaku dan konkrit!"

Han Gemuk mundar-mandir sambil mendengar penjelasan itu.

"Tapi, akan tiba masanya nanti di mana pemain akan menjadi cukup kuat untuk bertarung secara solo dengan mana-mana bos!" Zhang Yang berkata sambil dia teringat saatnya bermain permainan video ini 5 tahun lepas. Pada ketika itu, pemain yang bernasib baik dan memperolehi satu-satunya Harta Warisan boleh menjadi lebih hebat berbanding sesiapa dalam pasukannya! Mereka juga sangat hebat dalam menyerang dungeon yang akhirnya membawa kepada kejayaan mereka. Mereka boleh mengaktifkan kemahiran tempoh bertenang yang panjang dan bertarung dengan mana-mana bos seorang diri!

Han Gemuk mengangguk. Dia kemudian berjalan ke arah jasad bos tadi dan tersengih.

"Hei Yang Kecil… Kau rasa bolehkah kalau aku buka pakaiannya?"

"Apa…"

Mayat bos yang telah mati itu sememangnya mengiurkan. Pakaiannya koyak rabak dan menunjukkan pakaian dalamnya yang berwarna perang. Di sebalik baju perisainya yang seksi itu, ada buah dadanya yang 'besar' dan kulitnya yang cerah dan gebu. 

"Pui! Lelaki gemuk miang tak guna!"

"Eww… Si Gemuk gatal!"

Kedua-dua gadis yang sedang berlari menuju ke jasad mereka menunjukkan rasa jijik mereka.

Zhang Yang pula berkerut. "Janganlah… Berapa banyak botol Viagra yang kau makan sampai kau jadi begitu miang ini?"

Han Gemuk hanya tertawa sebagai respons. "Oh! Aku bergurau saja! Bukannya aku akan buat betul-betul pun! Kau semua! Tolonglah! Aku cuma nak ceriakan suasana di sini!"

Selepas beberapa ketika, pasukan itu pulih semula dan Drizzler mendekati mayat bos itu untuk mendapatkan hasil rampasan.

[Plat Dada Ratu] (Tembaga Hijau, Baju Perisai)

Pertahanan: +2

Vitality: +20

Kepintaran: +16

Semangat: +4

Keperluan Tahap: 20

Ketiga-tiga pemain lelaki dalam pasukan itu tersengih kerana merasakan apa yang Drizzler pegang itu tiada bezanya dengan pakaian dalam wanita. Mata mereka asyik memandang baju dalam itu dan Si Salji serta membayangkan bagaimana rupanya apabila dia memakainya. Air liur mereka mula meleleh. Namun, apabila mereka terbayangkan Drizzler yang akan memakainya, mereka terpaku. 

Membayangkan sesuatu yang lucah sebegini tidak salah bagi lelaki! Ia tidak kaitan dengan cinta atau kesetiaan! Ia hanya sebuah bayangan dan tidak lebih daripada itu!

"Aku tak perlukannnya!" Si Salji berteriak dengan yakin. Dia merasakan sekiranya dia memakai peralatan tersebut, lebih baik dia berhenti daripada menjalankan tugasnya dan menjadi seorang penari gelek! 

"Berikannya pada aku!" ujar Han Gemuk. "Aku rasa aku nak beri kepada seseorang!" Dia teringatkan gadis daripada Bandar Terik.

Si Salji tidak sanggup menjual barangan ini di rumah lelong. Dia tiada pilihan lain selain menyerahkannya kepada Han Gemuk kerana terpaksa.

[Pisau Belati Musim Sejuk] (Tembaga Hijau, Pisau Belati)

Serangan senjata: 44-60

Sela masa serangan: 1.3 saat

DPS: 40

Keperluan tahap: 20

"Argh! Satu lagi peralatan yang terpaksa dibazirkan!" Ratusan Tembakan mengeluh kuat.

Zhang Yang memikirkannya seketika dan berkata, "Jangan jual dulu. Kita patut simpan dalam tempat simpanan persatuan kita. Kita boleh izinkan ahli persatuan menukarkan peralatan ini untuk mengumpul mata sumbangan mereka. Lagi pun, kita memang perlukan pasukan dengan ahli yang berkelengkapan lengkap untuk bertarung di Sayap Utama Sarang Marzerway."

Memandangkan perkara ini akan meninggalkan kesan dalam jangka masa panjang, Drizzler dan Si Salji bersetuju untuk menyimpannya dalam tempat simpanan persatuan mereka walaupun mereka itu gilakan wang.

"Yang Kecil, macam mana dengan peralatan Perak Kelabu? Kita akan simpan dalam tempat simpanan persatuan jugakah?" soal Han Gemuk.

"Nanti kita tengok macam mana. Tunggu bila kita dapat apa-apa peralatan Perak Kelabu."

Selepas mengagihkan barangan tersebut, pasukan itu meneruskan perjalanan ke tingkat empat.

Seperti biasa, Zhang Yang mengetuai pasukannya dan menjenguk di pintu masuk dengan berhati-hati. Lebih kurang 40 hingga 50 meter dari tempat dia berdiri, dia ternampak seekor raksasa manusia yang memegang sebilah pedang. 

Ia raksasa Rangka setinggi 4 meter yang besar. Ia memakai baju perisai lengkap dengan topi keledar di kepalanya serta plat dada berat pada badannya. Pedang yang dipegangnya sepanjang dua pertiga ketinggiannya sendiri. Raksasa itu kelihatan seperti telah lama berdiri di situ. Pedangnya diselaputi habuk dan sawang yang membuatkannya menyamai obor api yang menerangi kawasan itu.

30 hingga 40 meter dari tempat raksasa Rangka tadi berdiri, berdirinya seekor lagi raksasa yang sama. Berdasarkan pemerhatiannya, Zhang Yang menjangka terdapat lebih kurang 10 raksasa di tingkat ini!

Zhang Yang cepat-cepat memeriksa maklumat sistem raksasa tersebut.

[Penjaga Rangka] (Elit)

Tahap: 25

HP: 20,000

Mereka yang lain mengikut jejak Zhang Yang dan keluar daripada pintu masuk itu. Mereka memandang raksasa yang besar itu dan tidak dapat lari daripada terpaku melihat saiznya.

"Alahai… Kenapalah semua raksasa lebih besar daripada pemain?" ujar Han Gemuk yang keliru.

Drizzler tertawa dan berkata, "Tapi, bukan begitu sebenarnya. Abang gemuk, kalau kau tambah berat badan dan bina badan kau, kau akan nampak sama macam bos itu!"

Han Gemuk sedar yang Drizzler sedang mempermainkan berat badannya, tetapi daripada berasa marah atau berang, dia sebaliknya berasa gembira seolah-olah dia telah menang judi! Reaksinya yang tidak dijangka itu membuatkan Drizzler terkedu.

"Ayuh!" Zhang Yang menghayun pedangnya dan meluru ke arah bos itu tanpa rasa takut. Dia telah berdepan dengan banyak bos, kenapa pula dia perlu takut dengan raksasa tahap Elit ini?

'<Serangan >!'

Zhang Yang mengenakan rantaian serangan ke atas raksasa itu dan menyebabkan kerosakan besar. 

Soket matanya yang menakutkan itu tiba-tiba menyala dengan bola mata berwarna hijau zamrud. Raksasa itu meraung kuat. Seluruh jasadnya bergoyang dan habuk gugur dari badannya. Caranya bergerak menunjukkan yang ia sebenarnya tidur selama ini dan hanya terjaga selepas diserang Zhang Yang. Ia memusingkan badannya, mengangkat pedangnya yang besar itu, dan menghayunnya ke arah Zhang Yang sepantas kilat.

Kuasa hayunannya jelas kelihatan apabila pedangnya itu melalui tubuh Zhang Yang. Zhang Yang mengelak dengan pantas, tetapi dia tidak menjangka pedang tersebut mempunyai serangan menyerupai kilat yang boleh terkena padanya. 

Bzz!

Zhang Yang tiba-tiba berasa kebas apabila dia hilang kawalan ke atas tubuhnya sendiri dan dia gagal mengaktifkan hadangan serta hanya mampu memandang pedang yang dihayun membelah udara yang ditujukan ke arahnya.

'-160!'

'-330!'

Nasib baik kesan itu hanya berterusan selama satu milisaat. Zhang Yang dapat mengawal dirinya sendiri dan dengan segera memeriksa log pertarungannya.

'Anda telah menerima kesan <Kejutan Elektrik>.'

'Anda telah mengalami 160 mata kerosakan Semula Jadi (40 mata ditolak daripada kesan kerosakan) daripada <Kejutan Elektrik>.'

'Anda telah diserang Penjaga Rangka dan mengalami 330 mata kerosakan fizikal (170 mata ditolak daripada kesan kerosakan).'

"Kejutan… Elektrik?" Zhang Yang menggumam. Jika setiap serangan yang dikenakan oleh raksasa ini mempunyai kesan <Kejutan Elektrik>, pertarungan ini akan menjadi berat sebelah! Dia tidak mungkin akan dapat menarik aggro dengan sempurna!

Sementara dia berfikir mengenai perkara ini, Ratusan Tembakan dan yang lain-lain telah menyerang raksasa tersebut. Mereka yang mempunyai kuasa serangan yang tinggi berjaya membunuh raksasa itu dengan agak pantas. Zhang Yang kemudian memeriksa log itu dengan cermat and mendapati daripada 15 hayunan pedang raksasa itu, hanya 6 hayunan membawa kesan <Kejutan Elektrik>.

Namun, data terkumpul itu agak terpencil dan samar-samar, jadi, dia tidak dapat memastikan sama ada kadar pengaktifan <Kejutan Elektrik> benar-benar 40%.

"Eh?! Raksasa ini memberi satu peralatan!" Han Gemuk mencapai dan menyentuh bangkai raksasa itu. Muncul sepasang but. 

[But Pertarungan Rangka Putih] (Keluli Hitam, Perisai Berat)

Pertahanan: +3

Vitality: +6

Kekuatan: +4

Keperluan tahap: 20

"Peliknya! Raksasa elit dianggap raksasa paling kedekut, tapi di sini pula, kita dapat sebuah peralatan!" Zhang Yang ketawa. "Han Gemuk, pegang dulu peralatan ini! Kita akan masukkan juga ini dalam tempat simpanan persatuan. Hm… peralatan Keluli Hitam Tahap 20 berkos 20 mata sumbangan kepada persatuan! Peralatan Tembaga Hijau pula berkos 40 mata! Bila ramai orang yang ingin menukarkannya pada masa yang sama, utamakan sesiapa yang mempunyai mata tertinggi!"

"Okey!" Han Gemuk membalas. Zhang Yang dan Han Gemuk gemar bertarung dan selalu melayan personaliti keanak-anakan mereka. Kadang-kadang Zhang Yang akan memberi arahan kepada Han Gemuk, dan kadang-kadang, ia sebaliknya. Kadang-kadang mereka berlembut dan kadang-kadang mereka tegas. Keakraban sebegini bukanlah sesuatu yang aneh bagi mereka. 

"Kita teruskan!"

Pasukan tersebut terus maju. Walaupun Penjaga Rangka itu kuat, mereka tidak dapat menyaingi tank dan penyembuh pasukan itu yang hebat. Kelajuan terkini mereka lebih pantas berbanding semasa mereka di tingkat dua dan tiga. Tidak lama selepas itu, pasukan itu tiba di di bahagian paling dalam di tingkat empat. Seperti yang Zhang Yang katakan, raksasa Elit itu memang kedekut kerana hanya Penjaga Rangka pertama tadi yang memberikan peralatan manakala raksasa lain di tingkat itu tidak memberikan apa-apa langsung. 

Zhang Yang telah membuat perkiraan kadar pengaktifan <Kejutan Elektrik> ialah lebih kurang 30%.

Di jalan keluar tingkat empat, terdapat seekor Pahlawan Rangka besar yang menyerupai lain-lain sedang berjaga. Namun, raksasa ini berbeza dari segi saiz kerana saiznya dua kali ganda lebih besar berbanding Penjaga Rangka. Kehadirannya cukup ketara dan ia mengeluarkan aura yang kuat dan mengagumkan.

Siguiente capítulo