Leylin menyedari selepas dua Magi itu keluar, beberapa Magi yang lain di dalam gua telah mengikut bersama secara diam-diam. Di bawah godaan besar, terbuktinya Magi tidak kisah untuk menjadi perompak sekali-sekala.
"Sayang sekali kaedah kau terlalu lemah berbanding dengan kaedah Suku Oakheart…" Leylin mengeluh dan mengalih semula pandangannya pada pentas.
Apabila Magus yang menjual jam itu meninggalkan pentas, satu lagi coretan cahaya hitam meloncat ke kedudukan atas pentas. Suara seorang lelaki yang mesra didengari, "Tuan-tuan dan puan-puan, apa yang saya akan tayangkan sekarang adalah…"
Leylin memerhati dengan penuh minat. Item yang ditayangkan berada di tahap yang jauh lebih tinggi daripada item di lelongan dan terdapat banyak item berharga, sesetengah item yang boleh dikatakan telah pupus mengikut masa.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com