webnovel

Leylin cuba keluar dari kemelut ini, tetapi dia berasa sakit yang amat sangat di bahunya.

[Tuan badan telah mengalami kecederaan akibat daripada anak panah! Amaran! Amaran! Kepekatan bakteria yang tinggi pada mata panah, cadangan untuk penyahjangkitan segera pada kawasan yang terjejas!]

"Sialan!" Leylin cepat-cepat keluarkan anak panah dan mengambil pisau belati perak dari jubahnya. Sambil menahan sakit, dia mencungkil daging di sekeliling lukanya itu.

Dia bergegas mengambil posyen berwarna hijau dari kantung pinggangnya dan menuang separuh dari posyen itu ke lukanya. Bakinya di tuang ke mulut. Hanya selepas mendengar suara Cip A.I., [Krisis di bawah kawalan], dia menghembus nafas lega.

Apabila Leylin terkena anak panah, Doris juga terkena petir. Masing-masing terhempas ke tanah.

Pada masa ini, seluruh badan Doris hangus dan kepaknya mengalami kecederaan teruk. Salah satu tangannya hilang tanpa sebarang jejak, manakala buku lalinya masih dikawal oleh mantera Tangan Umbra. Daya hayatnya telah menurun ke tahap yang berbahaya. Dia boleh mati pada bila-bila masa sahaja.

"Dendam! Dendam saya!" Doris tanpa sedar menyebut kata-kata itu berterusan. Tiba-tiba matanya berkilau dengan dingin, dan ia menggigit kaki kanannya sendiri.

* Pa! * Kaki itu berterbangan di udara. Tangan Umbra, yang memegang pergelangan kaki, juga hilang dengan pantas.

"Mari kita mati bersama!"

Seluruh tubuh Doris melambung. Ketuat pada wajahnya bergetar. Kelajuannya pula berskala tiga kali ganda sambil menyerang Leylin.

"Sialan!" Leylin menekan luka pada bahunya dan berundur dengan cepat. Pada masa yang sama, dia lepaskan posyen letupannya yang terakhir.

* Bang! * Letupan yang besar bergetar.

Api merah dan cecair hijau bercampuran. Ia lepaskan cahaya api yang berwarna hijau gelap.

Leylin terguling beberapa kali sebelum dapat lepaskan dirinya daripada letupan itu.

Pada masa ini, persekitaran penuh dengan sekumpulan tulang berwarna hijau dan daging. Ia kelihatan sangat jijik.

"Eh?" Ketika melihat mayat berwarna hijau di atas tanah, Leylin ternampak cecair kuning mengalir dengan laju, dan menghakis tanah. Ekspresinya secara automatik berubah, dan dia segera memeriksa badannya.

Beberapa titis cecair tebal telah menghancurkan perisai kulitnya tanpa sengaja dan menyebabkan beberapa luka pada tubuh badannya. Di sekeliling setiap luka-luka ini terdapat tampalan kuning yang mula kebas.

[Tuan badan menderita daripada jangkitan patogen sekunder yang tidak bernama. Ia telah menyerang Tuan badan dan sedang merebak pada kadar yang sangat laju. Cadangan untuk mengambil tindakan balas!]

"Cip A.I.! Imbas kecederaan itu! Cari cara untuk merawatnya!"

[Parameter-parameter misi telah tertubuh! Sedang mengimbas...]

[Bip! Rawatan perlukan Burung Kepala Manusia sebanyak 30 gram, Minyak Dakwat Merah Jambu sebanyak 500 milimeter, Batu Kepala Hijau sebanyak 50 gram...]

Cip A.I. terus senaraikan banyak item.

"Bilakah saya ada masa untuk membeli semua ini? Cip A.I., hasilkan kaedah untuk penekanan segera!" Muka Leylin berubah suram.

[Melecuh luka dengan api akan berkesan dalam pengurangan kadar jangkitan!] Cip A.I. memberi respons.

"Api?" Leylin merobek pakaiannya dan mengambil dahan yang terbakar. Kemudian dia meletak api yang menyala di dahan itu pada lukanya.

* Sssii! * Bunyi geresek kedengaran berserta bau daging rentung. Wajah Leylin menunjukkan dia di dalam kesakitan yang amat sangat.

Beberapa minit kemudian, Cip A.I. mengumumkan rawatan itu berkesan. Leylin padamkan api dan duduk lemah di atas tanah, dengan peluh sejuk di seluruh tubuhnya.

"Musuh, kali ini, sangat berbahaya! Daya tahannya terhadap serangan fizikal dan nyalaan api sangat tinggi. Kelajuannya juga agak pantas, dan ia mempunyai serangan racun. Nampaknya ia telah tersedia khusus untuk saya. Jika tidak kerana Cip A.I., saya mungkin ..."

Cecair badan Doris, yang mengandungi jangkitan sekunder dari racun panah, merupakan sesuatu yang Cip A.I. tidak jangka. Ini membuat Leylin, yang hanya mengharapkan kecederaan ringan, berakhir dengan penderitaan bersama kejayaan yang sangat celaka.

"Selain itu, posyen letupan yang saya sediakan telah habis! Saya perlu sediakan lebih banyak bahan lagi!"

Dalam beberapa pertempuran yang lalu, Leylin sangat bergantung pada posyen untuk kalahkan musuh-musuhnya. Walau bagaimanapun, penggunaannya juga besar, dan dia telah menggunakan hampir seribu kristal ajaib.

Nasib baik, dia tahu bagaimana untuk membuat posyen letupan; jika tidak, kos akan meningkat dengan tinggi.

"Api boleh mengekang penyebaran patogen buat sementara waktu sahaja. Saya perlu membeli bahan-bahan yang penting untuk penyembuhan sepenuhnya!" Leylin memandang lukanya yang hangus. Dia berkerut sambil meneguk beberapa posyen kekuatan sebelum berangkat dan menuju kembali ke Bandar Batu Kelabu.

Ini gangguan besar. Pasti pengawal bandar sudah berasa sesuatu yang tidak kena dan akan menghantar seseorang dengan segera untuk pemeriksaan.

Leylin mengalami kesakitan yang teruk dan dia menyelinap masuk ke dalam Bandar Batu Kelabu. Dia mengeluarkan peti, dan tinggalkan kedua-dua kudanya itu. Selepas mencuri kuda berwarna coklat terang di luar tembok bandar, dia meninggalkan kawasan itu di bawah cahaya malam. Dia menuju ke pasar Magus yang terletak di peta.

Mengenai panggilan tuan bandar itu, dia sudah biasa abaikan panggilan sebegitu.

...

Beberapa hari kemudian, dalam perjalanan ke Wilayah Wolkan, kuda berwarna coklat terang kelihatan membawa dua peti besar bersama tubuh berjubah hitam di belakangnya. Kuda itu tercungap-cungap apabila empat huf telapuknya berlari merentasi tanah.

"Cip A.I.! Tunjukkan status saya sekarang!" Tubuh Leylin yang bergerak ke atas dan ke bawah dengan gerakan kuda, berfikir secara dalaman.

[Bip! Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 2, Satria. Kekuatan: 1.3(2.5), Ketangkasan: 1.5(2.7), Daya tahan: 1.0(3.0), Kuasa rohani: 4.1(4.4), Kuasa sihir: 4.0. Status: Tuan badan berada dalam keadaan yang lemah kerana jangkitan daripada patogen]

"Walaupun patogen itu telah terhalang, ia sudah menjangkau beberapa hari sejak itu. Badan saya masih dalam keadaan lemah. Hanya kekuatan rohani saya telah meningkat- ini mesti disebabkan oleh meditasi yang berterusan!"

Leylin memandang statistiknya dan tersenyum.

Sekarang dia mempunyai wajah yang baru. Dia telah berubah dari seorang askar yang dingin kepada pemuda barat bermata biru berambut kuning. Wajahnya, bagaimanapun, tidak mempunyai warna.

"Cip A.I.! Projek peta minda itu!" Leylin memandang maklumat yang dikumpul olehnya telah membentuk peta yang terperinci.

"Dari himpunan perisikan Bicky, mesti ada kawasan perhimpunan berdekatan dari sini untuk Magi. Di sana, saya dapat membeli bahan-bahan untuk merawat jangkitan ini!"

Berasaskan penyelidikan dan simulasi selama setengah bulan, Leylin menganggap lawan hanya menghantar Doris. Akibat perang rasmi dengan Akademi Abyssal Bone Forest, tiada siapa yang kisah dengan pembantu paderi tahap rendah seperti diri dia. Ini berita menggembirakan.

"Saya mungkin dapat membuat pertanyaan tentang situasi semasa di Akademi Abyssal Bone Forest!" Leylin membuat keputusan dan tinggalkan jalan utama. Dia cepat-cepat mencari tempat, keluarkan khemah dan peralatannya, untuk mendirikan khemah.

"Kawasan ini nampaknya sepi. Walau bagaimanapun, ia normal. Aktiviti Magus sentiasa fokus untuk mengelak komuniti manusia sebanyak mungkin. Lebih-lebih lagi, radiasi dari Magus bukan sesuatu yang manusia biasa dapat bertahan."

Leylin menabur serbuk putih di sekitar khemah untuk mengelak pepijat dan binatang daripada menghampirinya. Dia kemudian mengambil kuali logam, menuang air sungai ke dalamnya, dan nyalakan unggun api.

Sewaktu air sungai mula mendidih, Leylin muncul dari celah pokok dan melempar beberapa cendawan dan tumbuhan lain ke dalamnya.

Sejenak kemudian, selepas menambah rempah dan beberapa potongan daging, haruman makanan yang segar meresap ke udara.

Leylin menyenduk semangkuk untuk dirinya sendiri. Pangkalan sup itu berwarna putih. Sup itu memang sesuai untuk dihirup ketika masih panas.

Leylin mengeluh dengan puas, "Seperti sangkaan saya, makanan yang panas merupakan yang terbaik. Saya hampir boleh muntah asyik makan biskut dan potongan daging."

Persekitarannya penuh dengan bunga liar, dan kedengaran bunyi burung yang aneh; Bunyinya mirip burung skylark.

"Jika tidak kerana kecederaan saya, ini pasti suasana sempurna!" Leylin menghabiskan sup dagingnya dan membetulkanjubahnya.

Di dalam pakaiannya, kawasan kulit terbakar mempunyai lapisan rambut yang halus tumbuh di sekelilingnya seperti rambut di kepala seseorang, yang boleh menakutkan orang lain.

"Di sana, bunuh dia!"

Tanda pergerakan datang dari pokok-pokok yang berdekatan dengannya. Kening Leylin berkerut. Teriakan secara beransur-ansur semakin dekat. Dia mempunyai perasaan yang masalah sekali lagi akan melanda.

Semak berdekatan terbelah dua apabila seorang lelaki besar bergegas keluar bersama seorang wanita muda yang berpakaian sopan.

Apabila lelaki besar itu melihat Leylin, dia terkejut. Dia tidak sangka seseorang telah berkhemah di sini. Dia berkata sambil memberi senyuman yang pahit terhadap Leylin, "Nampaknya awak juga akan terbabit dalam ini."

"Di sana, jangan biarkan dia melarikan diri!" Sekumpulan tentera bersenjata berpakaian perisai kulit bergegas. Ketuanya memakai perisai yang sangat cantik.

"Pakaian ini bukan seperti tentera upahan atau pengembara. Orang-orang ini mungkin pengawal peribadi dari golongan bangsawan yang lebih menyusahkan!" Kening Leylin berkerut.

Menurut imbasan Cip A.I., lelaki besar ini cedera tetapi masih mempunyai kekuatan seorang Satria Persediaan.

Bagi golongan pengejar pula, ketuanya berada di tahap Satria, sedangkan askar-askar di belakangnya mempunyai kekuatan yang lebih sedikit berbanding manusia biasa.

"Siapa awak?" Pemimpin melihat Leylin.

"Saya hanya seorang yang tidak bersalah, sila teruskan dan jangan endahkan saya. Saya tidak melihat apa-apa hari ini!" Leylin terus menghirup sup dagingnya itu.

Getaran kasual ini jelas membuat ketua skuad persendirian khuatir sejak lelaki besar dan wanita muda berdiri di seberang sana.

"Tolong selamatkan kami! Kami terdiri daripada keturunan Viscount Barrett. Kalau awak sudi membantu kami, saya pasti akan mengenang jasa budi awak, dan awak akan kekal bersahabat dengan keluarga Barrett!"

Wanita muda itu mempunyai sepasang mata biru yang memukau. Pada masa ini mukanya seolah-olah merayu dan kemungkinan besar akan membuat kebanyakan pemuda mulia untuk bersumpah dan menjaga kehormatannya.

"Cik Lanning, Viscount hanya meminta awak untuk kembali. Tolong jangan berdalih!" Ketua itu memberitahu wanita muda itu.

"Cacing yang curang dan hina itu, dia hanya idamkan harta keluarga saya dan telah meracuni ayah saya sehingga mati. Walaupun saya mati, saya tidak akan kembali!"

Wanita muda itu memberitahu semua masalahnya sekaligus, sambil melirik sekilas pantas ke arah Leylin dari semasa ke semasa. Walaupun pergerakannya tersorok, Leylin masih dapat memerhatinya.

"Nampaknya ia perjuangan tuntutan harta oleh keturunan yang gagal. Awak sengaja dedahkan konflik ini dan mahu mengheret saya ke dalam hal ini huh?" Leylin menggeleng kepalanya.

"Ketua Viscount tidak melakukan apa-apa perkara yang awak nyatakan. Mengenai tuntutan harta itu, ia hanya akan muktamad selepas pertemuan dengan para bangsawan!"

Pemimpin itu menyeru dengan kuat.

"Saya mempunyai bukti pada tubuh saya!" Wanita muda itu menjawab.

"Cepat, bawa Cik Muda pulang ke rumah!" Ketua itu seolah-olah tidak mahu berunding lagi.

Beberapa pasukan tentera biasa mengacu pisau dan pedang mereka di depan. Lelaki besar itu mengaum dan melindung wanita muda yang mulia itu.

Kekuatan lelaki yang besar itu jelas tidak buruk. Walaupun dia cedera, dia masih membuat 5 tentera membayar dengan nyawa mereka.

Askar-askar berpangkat rendah pergi ke hadapan untuk memancung dan mengambil kepala lelaki besar itu. Mereka mengikat wanita muda yang mulia itu dan kemudian ketua itu memandang Leylin dengan penuh curiga.

"Nampaknya kami telah mengganggu awak! Mari kita pergi!"

Ketua itu berkata sambil berpaling dan bersedia untuk pergi.

Siguiente capítulo