webnovel

"Apa ini?"

Terbeliak mata Leylin apabila mendengari suara mekanikal dalam mindanya.

"Bukan ke ini pembantu lama aku Cip A.I. daripada hidup aku yang lepas? Bagaimana ia menjelma semula bersama aku? Ini sangat tidak saintifik!"

Leylin tidak percaya apa yang berlaku. Dia kemudian menyeru, "Cip A.I.! Imbas kembali minda aku dan cari lokasi-lokasi pembantu sistem yang ada!"

Selepas seketika, suara mekanikal Cip A.I. membalas soalannya.

"Sekarang imbas seluruh badan aku, dan memaparkan status-status badan aku!"

Sekali lagi suara mekanikal didengari.

Satu hologram 3D terpapar di hadapan mata Leylin. Ia menunjukkan badan Leylin dan juga status-status di sebelahnya.

"Bukan Cip A.I.? Aku tau Cip A.I. terbentuk daripada bahan-bahan tertentu. Bagaimana ia boleh ikut jiwa aku melalui penjelmaan semula ini? Mungkin ketika letupan itu atau melalui penjelmaan semula aku, sesuatu aneh berlaku, dan fungsi-fungsi Cip A.I. bergabung dengan jiwa aku…."

"Kalau aku masih dalam dunia aku yang sebelum ini, ini pasti satu penemuan yang besar! Ia bukan sahaja memberi kepastian kepada kewujudan jiwa, tetapi juga menunjukkan bahawa fizikal dan jiwa boleh berubah antara satu sama lain! Ini pasti akan buat orang-orang tua dekat Akademi Sains Negara jadi gila tentang ini! Ini satu pembaziran aku tak dapat jumpa mereka lagi!"

Jenis Cip A.I. ini banyak membantu saintis-saintis dalam dunia yang sebelum ini. Mengambil kira konflik antara hak kemanusiaan dan pendapat-pendapat yang logik, teknologi ini tidak ada kebijaksanaan yang tersendiri. Ia hanya terdapat dua fungsi iaitu untuk mengkaji dan juga menyimpan maklumat-maklumat.

Fungsi kajian yang dimilikinya hanya boleh digunakan melalui pengerakan minda tuan badannya. Ia mengumpul contoh-contoh data dan kemudian membuat keputusan melalui beberapa simulasi.

Kebolehan menyimpan maklumatnya juga lebih mudah. Ia hanya menggunakan data-data yang dimiliki daripada lima deria tuan badannya dan kemudian mencatatnya. Berdasarkan pengiraan daripada dunia yang lepas, Cip A.I. seperti ini mempunyai kawasan penyimpanan yang lebih besar dan cukup untuk menyimpan data-data lebih daripada 10,000 tahun akan datang.

"Kenapa Cip A.I. dan jiwa aku bergabung bersama? Aku pasti akan tahu apa yang berlaku apabila aku ada kebolehan dan kelayakan tertentu nanti! Dengan Cip A.I. ini, aku ada sumber-sumber tentang dunia ini!"

Leylin kelihatan tersenyum. Dia tahu walaupun ketika Zaman Pertengahan ini, dengan adanya kelebihan teknologi masa depan seperti ini akan membantu masa depannya lebih cerah dan luar biasa!

"Tetapi! Fizikal Leylin ini sangatlah…" Leylin terkedu apabila tengok status-status yang dipaparkan.

Status-status yang dipaparkan ini berdasarkan fisiologi seorang lelaki dewasa. Kebiasaannya, purata status-status seorang lelaki dewasa lebih kurang 1. Walaupun Leylin hanya berumur 13-14 tahun tetapi status-statusnya sangat rendah.

"Hm? Ini mustahil. Ada kemungkinan di mana jasad orang-orang di sini umumnya lebih lemah! Cip A.I., imbas smua jasad di sekeliling saya dan paparkan status mereka sekalian!

Dengan sekelip mata, hologram-hologram 3D semua orang di sekeliling terpapar di hadapan Leylin menunjukkan status-status mereka.

"OK! Nampaknya fizikal mereka lebih kuat daripada orang di dunia yang lepas. Leylin ini lebih lemah daripada seorang perempuan… Malunya aku dekat dia ini!"

Leylin imbas sekelilingnya. Orang-orang sekeliling lebih kurang dengan umurnya. Malah terdapat seorang perempuan yang kelihatan lembut dan lemah tetapi status-statusnya lebih bagus daripada Leylin. Ini menyebabkan dirinya berasa ingin putus asa.

"Nampaknya Leylin ini seorang yang tidak berguna, sampah masyarakat yang tidak dapat mengawal nafsunya!"

Cahaya merah menunjukkan bahaya berkelip berkali-kali di hadapannya. Ini menyebabkan Leylin terkejut.

"Purata status-status berkuasa 3.0!" Leylin kemudian terkedu apabila dia mengimbas kembali maklumat itu berkali-kali untuk memastikan Cip A.I. tidak melakukan kesilapan.

"Orang paling kuat di dunia pun tidak ada status seperti ini. Orang ini sekuat Superman di dalam dunia yang lepas!"

Sebagai seorang saintis, Leylin sedar dan faham bahawa status 3.2 ini bermakna individu itu mempunyai tiga kali keupayaan pertempuran, daya ketahanan dari virus, dan kepantasan pemulihan badan daripada orang biasa!

Kepelbagaian status yang dipaparkan iaitu tiga kali ganda lebih daripada manusia biasa bukanlah semudah penambahan nombor sahaja. Konsep apa yang digunakan ini?

Ini bermaksud individu ini boleh menewaskan ramai orang dengan tangan kosong. Malah boleh tentangi serangan daripada 100 orang. Dia boleh diklasifikasikan sebagai Superman dalam dunia yang lepas!

"Aku pasti bahawa individu yang mempunyai status-status seperti ini hanya boleh dicipta dengan mengubahsuai secara genetik. Tambahan pula, minimum saja yang boleh dicapai! Dunia ini nampaknya bukanlah mudah seperti yang disangka!"

Leylin memikirkannya sambil melihat individu tersebut.

Individu itu memakai baju berwarna hitam yang ditugaskan untuk mengagihkan makanan. Dia kelihatan seperti seorang yang berumur dan mempunyai parut di muka dari dahi sehingga ke bibirnya. Parut itu kelihatan seperti membelah mukanya dan nampak sangat ganas dan garang.

Budak berjerawat sebelum ini kelihatan sangat takut dengan individu tersebut.

"Ini hanyalah pembantu akademi yang bertanggungjawab untuk menyambut kami. Dia bukanlah seorang Magus tetapi sudah sangat menakutkan. Bagaimanalah seorang Magus agaknya?"

Leylin secara tiba-tiba berminat dan ingin tahu tentang profesion seorang Magus semakin membuak-buak dalam dirinya. Dia tidak sabar mahu menyertai akademi tersebut dan menyiasat segala-galanya.

Barisan itu sangat pendek dan sampailah giliran Leylin. Selepas individu berparut yang berbaju hitam itu memberi roti dan jus kepada Leylin, dia kemudian menghalau Leylin dengan muka yang tidak berpuas hati.

Kalau ini adalah Leylin yang asal, walaupun dia tidak berani untuk mencari masalah dengan individu tersebut kerana ini bukan daerahnya, riak muka dia mesti akan berubah dan akan berkata kasar kepada individu itu.

Tetapi Leylin yang sekarang ini bukanlah seorang yang bodoh. Berdasarkan memori-memorinya, dia menundukkan dirinya dan berkata, "Terima Kasih! Encik!"

Riak muka lelaki berbaju hitam itu tetap sama sambil melihat Leylin pergi.

"Ai! Aku tak sangka Leylin nampak seperti ahli bangsawan selepas menundukkan dirinya!" Dua remaja belakang Leylin berbisik antara satu sama lain.

"Cepat menuju ke hadapan!" Individu berparut itu jerit menyebabkan dua remaja itu terkejut.

Kejadian itu menyebabkan salah seorang remaja itu sangat takut sehingga jatuh.

Leylin tidak mempedulikan apa yang berlaku sambil meninjau kawasan sekelilingnya. Dia kemudian senyum kelat, "Bagus! Aku sangat tidak diundang di sini!"

Apabila dia melihat George, George cepat-cepat memusingkan kepalanya. Dia kemudian membuat isyarat tangan rahsia di belakang badannya.

"Eh! Baiklah! Sebab kau bagi aku ubat, aku tidak akan mendedahkan kau!" Leylin mengeluh dan jumpa tempat yang kosong untuk duduk. Dia terus duduk tanpa mempedulikan kalau tanah itu beralas ataupun tidak dan makan sepuas hatinya.

"Roti ini tidaklah sesedap roti daripada dunia sebelum ini! Tetapi berdasarkan memori-memori Leylin, makanan ini hanya boleh dapat ketika perayaan atau majlis-majlis tertentu!"

Leylin berfikir sambil menjamu makanan tersebut.

Berdasarkan memori-memori Leylin, kebolehan produksi dunia ini agak rendah. Roti ini boleh dikatakan makanan ahli-ahli aristokrat. Kebiasaannya, ahli bangsawan hanya boleh menjamunya ketika sambutan cuti-cuti besar.

Kepada petani biasa yang hanya mempunyai roti hitam yang keras dan tidak berkhasiat untuk dijamu, ini boleh dikatakan makanan istimewa dan mahal bagi mereka.

Apabila berfikir tentang roti hitam yang keras bagai batu itu berdasarkan memorinya, Leylin mengeluh, "Aku sangat bernasib baik, samaada aku seorang ahli bangsawan atau Magus, aku masih seorang yang berpangkat tinggi di dunia ini, aku tidak perlu bersusah payah!"

Dia dengan gelojohnya makan roti itu dan minum jus itu dengan sekali teguk. Leylin kemudian membersihkan mulutnya dengan perasaan berpuas hati dan kembali ke gerabak.

Berdasarkan pengalaman daripada memorinya, remaja-remaja bangsawan selalunya akan membuat khemah sebagai tapak perkhemahan dan rehat sepanjang malam sebelum bertolak semula. Tetapi, terbukti dengan jelasnya tiada siapa akan menjemput Leylin menyertai mereka. Oleh kerana dia tiada khemahnya sendiri, dia hanya boleh tidur di atas gerabak yang keras dan sejuk itu.

"Apa aku tengok tadi, nampaknya terdapat 50 orang perantis, 25 jubah hitam, dan tiga pangkat tingi berjubah putih!"

Bila dia terfikir apa yang berlaku tadi daripada jarak jauh, bulu-bulu roma Leylin naik.

Tambahan pula, Cip A.I. tiba-tiba memberi amaran [Penemuan sumber radiasi yang tidak diketahui], [Terdapat gangguan yang diterima daripada sumber kuasa yang tidak diketahui, mustahil untuk pengimbasan!]

Ini membuatkan Leylin gelisah dan takut.

"Nampaknya walaupun ada Cip A.I, aku masih sangat lemah di dunia ini! Tetapi ini mungkin juga kerana keinginan aku nak dapatkan kekuatan seorang Magus!"

Semangat Leylin membuak-buak seperti api yang membara.

"Aku kena tidur awal! Aku perlu bersedia dan bergegas untuk perjalanan esok!"

Leylin membuka jaketnya dan alaskan di atas lantai untuk membuatkan dirinya lebih selesa untuk tidur.

"Nampaknya sudah 3 bulan berlalu selepas perjalanan ini bermula. Kita telah melalui beberapa buah kerajaan, tetapi masih tak sampai lagi objektif kita. Pengangkutan zaman kuno ini sangatlah…"

Dia menutup matanya dan mula lelap. Selepas seketika, pintu gerabak itu dibuka dengan kuatnya.

Leylin terus terduduk. Gerabak itu penuh dengan bauan bunga mawar.

Ia sangatlah manis, aromatik, dan nyaman terhadap dirinya. Ia juga menyebabkan dirinya berdebar-debar berdasarkan apa yang dia ingati.

"Ley…Leylin! Awak ok tak?" Suara seorang perempuan yang lembut kedengaran.

"Bessita? Masuklah!" Leylin bergerak ke tepi.

Bauan bunga mawar itu semakin kuat sebaik sahaja perempuan muda yang cantik itu memasuki gerabak tersebut.

Dia mempunyai kulit yang cerah dan memakai pakaian ketat berwarna merah yang menampakkan badannya yang sangat mengiur itu lebih jelas.

Apa yang membuatkan Leylin lebih susah untuk lupa perempuan berambut platinum dan mata permata berwarna merah tua itu, tambahan pula dengan mukanya yang cantik itu, mempamerkan daya tarikan yang eksotik.

Inilah perempuan yang menyebabkan Leylin dipukul, malah sehingga kehilangan nyawa, Bessita!

"Ada apa-apa kau nak tanya aku ke?" Walaupun perempuan ini sangatlah cantik dan tertarik di mata Leylin, Fang Ming hanya melihatnya sebagai seorang yang cantik sahaja kerana berdasarkan dunia yang lepas yang mempunyai pelbagai jenis perempuan yang lebih cantik.

Tingkah lakunya berbeza dan sangat dingin.

Ini menyebabkan perempuan muda itu terkejut dan membuatkan dirinya tidak dapat mengucapkan apa yang ingin dikatakan.

Selepas lama berdiam diri, dia kemudian mengeluarkan sebuah botol gelas yang kecil dan letakkan di tangan Leylin, "Ini… ini ialah ubat untuk kecederaan awak. Kalau awak menyapu ke atas badan awak, ini boleh membantu awak! Saya… minta maaf!"

Perempuan itu menundukkan dirinya mendedahkan dadanya yang sangat mantap, membuatkan perasaan Leylin membuak-buak.

Siguiente capítulo