Song Yishi membungkus dirinya di dalam selimut, meringkuk di katil dan tidak mahu mengangkat kepalanya…
Dia tidak pernah sangka dia akan dipermainkan Huo Siqian…
Huo Siqian berjalan ke arahnya. "Cik Song, kamu perlu berdepan dengan realiti…"
Setelah mendengarnya, Song Yishi melompat dan cuba menampar muka Huo Siqian…
Namun, pergelangan tangannya ditangkap erat oleh Huo Siqian…
"Sebab saya anggap ni kali pertama kamu, saya maafkan kekasaran kamu. Tapi jangan buat lagi. Saya tak suka perempuan biadap."
Kemudian, Huo Siqian menolak Song Yishi dengan kuat ke atas katil…
"Kenapa kamu buat begini?" Song Yishi menggenggam tangannya menjadi penumbuk dan memandang Huo Siqian. Dia berharap dapat menghancurkan Huo Siqian menjadi cebisan kecil.
Dia berasa seperti dia tidak pernah dimalukan begini…
"Apa lagi yang saya nak jelaskan. Mestilah sebab saya bernafsu," Huo Siqian menyalakan rokok dan berkata dengan bersahaja.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com