Ekspresi Huo Zhenghai menjadi suram apabila mendengarnya. "Ni bukan masa untuk kita bincang pasal tu. Kamu masih perlu fikir cara untuk dapatkan 400 juta yuan…"
"Zhenghai… jangan cakap yang kamu tak nak tolong kami. Kamu tak akan jadi sekejam tu, kan?" tanya Shen Jiani sambil air mata mengalir di pipinya tanpa henti.
Selama ini, kelembutan Shen Jiani telah menjadi seperti opiod yang membuatkan Huo Zhenghai ketagih.
Kali ini tidak terkecuali…
Walaupun Huo Zhenghai marah, Huo Siyi masih anaknya, satu-satunya anak lelaki kandung.
Setelah berdiam diri untuk seketika, Huo Zhenghai akhirnya berkata, "Saya boleh bagi duit yang selebihnya… tapi… Siyi perlu letak jawatan dan tinggalkan Syarikat Huo."
"Kenapa?" Shen Jiani menggelabah.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com