Song Yishi tersenyum. "Puan Qin, jangan susahkan dia. Dia mungkin masih ada kerja yang perlu dibuat."
"Kerja? Kerja apa? Mesti dia balik untuk cari…" Puan Qin tidak sempat menyebut 'perempuan jalang' apabila Song Yishi menghalangnya.
Song Yishi segera mencelah, "Kalau kamu ada masa, apa kata kamu makan malam dengan kami? Saya ada buat kroison mentega untuk Puan Qin, ia sangat sedap. Kamu nak cuba?"
Setelah mendengar undangan Song Yishi yang ikhlas, Qin Chu berasa sedikit kekok…
Dia mahu menolak tetapi emaknya sudah mula mengarahkan pembantu rumah, "Kenapa kamu berdiri dekat situ lagi? Hidangkan makan malam, Tuan Muda mesti lapar."
"Ya, Puan Qin."
Hanya semudah itu Qin Chu dipaksa makan di rumah…
Song Yishi mempunyai kemahiran memasak yang luar biasa; dia tinggal di luar negara untuk tempoh masa yang panjang. Jadi, dia sangat arif dalam menyediakan masakan barat.
"Shi, ibu bapa kamu akan balik tak lama lagi, kan?"
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com