webnovel

Sesiapa yang Menyentuh Lelaki Milik Saya akan Mati (7)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ada apa?" Huo Mian sengaja merendahkan suaranya.

"Siapa Wei Liao?"

Huo Mian terkedu…

"Kenapa dengan air muka kamu?" Jiang Xiaowei memandang Huo Mian dengan pelik.

"Kamu sangat menakutkan bila kamu mabuk. Kamu memang langsung tak sedar," Huo Mian merenung Jiang Xiaowei dan berkata, sepatah demi sepatah.

"Uh… saya ada terlepas apa-apa yang penting?" Jiang Xiowei minum terlalu banyak pada hari tersebut walaupun dia mengambil pil tahan mabuk.

Namun, minum terlalu banyak membahayakan…

Dia berpura-pura mempunyai minda yang waras ketika di Musang Menggoda tetapi sebaik sahaja dia sampai di rumah, dia rebah di katil dan langsung tidak sedarkan diri.

Apabila dia bangun pada waktu tengah hari keesokan harinya, kepalanya masih lagi pening.

Dia langsung tidak menjamah apa-apa makanan sepanjang hari tersebut kerana semuanya terasa seperti alkohol…

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo