webnovel

Jangan Cari Pasal dengan Saya (8)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Berhenti bercakap! Cukup!" Yang Meirong menjerit marah. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi.

"Tak, saya perlu cakap. Kalau tak, Mak selalu buat macam Kakak saya berhutang lapan juta yuan. Bila ada perkara buruk berlaku, Mak akan gunak kematian ayah untuk salahkan Kakak. Saya sentiasa sokong kakak dalam mencari cinta sejati, dan tentang kebencian antara dua keluarga, itu hanya antara Mak dan perempuan tua daripada keluarga Qin itu. Saya tak peduli macam mana Mak nak selesaikan masalah itu tapi berhenti libatkan kakak saya dan Qin Chu dalam semua perkara. Bukan salah mereka kerana jatuh cinta."

"Kamu cuma budak kecil. Apa yang kamu tahu?"

"Saya bukan budak lagi, saya dah 19 tahun dan tahu banyak perkara. Maksud saya… Mak, Mak tak boleh layan kakak saya begitu. Atau saya akan pindah ke selatan lepas tamat belajar dan tak akan balik lagi, dan biarkan keluarga kita berpecah belah."

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo