"Su Yu, kenapa kamu langgar kereta saya? Kamu bencikan saya ke?" Huo Mian hampir gila.
Hanya Tuhan yang tahu betapa sayangnya dia pada Volkswagen CC miliknya.
"Saya juga tak tahu itu kereta kam. Saya ralit main telefon dan tak sengaja langgar kereta kamu," kata Su Yu seolah-olah ini bukan perkara yang besar.
"Kamu main telefon semasa memandu? Kamu nak mati? Saya tak peduli kalau kamu nak mati tapi saya masih nak hidup." Huo Mian merasa geram.
Anehnya, angin Su Yu sangat baik apabila dia melihat betapa marahnya Huo Mian. Akhirnya, Su Yu mempunyai sebab untuk berjumpa Huo Mian. Su Yu mengambil masa sehari suntuk untuk merancang kemalangan ini. Dia perlu menyelidik jalan yang diambil Huo Mian untuk ke tempat kerja, memilih tempat untuk pelanggaran dan melanggar kereta Huo Mian.
Rancangan tersebut dijalankan dengan sempurna.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com