Ketika burung kakak tua dan jeli daging itu meraung, manusia lut sinar itu tiba-tiba membuka mulutnya lalu menyergah.
Kali ini, suaranya tidak bergema di dalam minda Meng Hao. Manusia itu benar-benar telah membuka mulutnya untuk menyergah. Suaranya kuat dan menggegarkan seluruh kawasan itu!
Burung kakak tua dan jeli daging itu terus terdiam.
Seluruh kawasan itu menjadi sunyi-sepi. Meng Hao sesak nafas. Ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan seorang Pertapa Pemisahan Roh. Tetapi, ini kali pertama… dia berhadapan dengan Pertapa Pemisahan Roh seorang diri. Ini juga kali pertama dia terpaksa bergantung pada dirinya sendiri untuk menahan tekanan yang dipancarkan oleh Pertapa Pemisahan Roh itu.
Semasa Meng Hao berhadapan dengan Bapa Reliance beberapa tahun lalu, dia muncul sebagai Pengunci Syaitan. Akhirnya, Bapa Reliance terpaksa melarikan diri dengan geram.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com