Sebaik sahaja Meng Hao menahan kuasa Bunga Bangkit Bakung, Bunga Syaitan Jantung Eksotik tiba-tiba tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Mungkin kuasa Bunga Bangkit Bakung itu yang menyebabkan Bunga Syaitan Jantung Eksotik menjadi lemah, tetapi agak sukar untuk mengenal pasti puncanya.
Apabila Meng Hao membuka matanya, syaitan-syaitan baharunya mengaum dengan ganas. Mata tiga orang Pahlawan Naga itu mengecil dan tiga ribu Pertapa yang berada di situ merasakan jantung mereka berdebar-debar. Namun, mereka tidak berhenti menyerang.
Meng Hao meneliti sekelilingnya. Mayat ahli-ahli Lima Suku Dewa Gagak bergelimpangan di merata-rata tempat dan dia mendapati perisai itu hampir hendak pecah. Daripada tiga puluh ribu ekor syaitan baharunya, lebih daripada separuh sudah mati dibunuh.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com