Sebaik kata-kata itu keluar dari mulut Meng Hao, dia menepuk beg saktinya. Sebuah relau pil keluar bersama Kristal Api Bumi dan sejumlah besar tumbuhan perubatan. Meng Hao mula bekerja. Di hadapan semua orang, dia mengadun pil.
Dia bekerja dengan kelajuan yang mengagumkan. Bagi semua yang memerhati, terang–terangan mereka memahami yang Meng Hao seolah melakukan semua ini untuk menyelamatkan Chen Jiaxi. Nampaknya bagi memastikan kejayaannya, dia turut mengambil sedikit darah dari dahi Chen Jiaxi.
Darah itu dimasukkan ke dalam relau pil, jelas untuk membuatkan pil itu lebih berkesan menyingkirkan racun.
Suasana sunyi sepi. Semua mata tertumpu kepada Meng Hao semasa dia sedang mengadun pil. Dari saat dia menjejakkan kaki ke ilmu kimia Tao, inilah pertama kali dia menghasilkan pil dengan begitu cepat. Hanya sekejap masa diambil untuk aroma harum mula memenuhi dataran.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com