webnovel

Tiada Pilihan Selain daripada Percaya!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saudara Kalam Tao sangat kena dengan reputasinya kerana mampu membuat ramalan yang bijak," kata salah seorang pengikut Aneh Pembentukan Teras daripada tiga Sekta besar. Dia ketawa.

"Dia tiba di sini lebih cepat berbanding kita."

"Ketiga-tiga Sekta tidak memberitahu aku, jadi aku terpaksa meramal untuk diriku sendiri," kata Kalam Dewa dengan nada dingin.

"Baiklah," kata salah seorang pengikut Aneh Pembentukan Teras Sekta Badai Salju. Dia mengenakan jubah hitam panjang. "Sekarang budak itu telah ditemui, tidak lama lagi kita boleh masuk ke zon tafakur Bapa Reliance. Hal ini sudah lama dibiarkan sehingga Sekta besar di Wilayah Selatan menyedari perkara yang terjadi." Pandangannya tertancap pada Meng Hao dan dia memandang kosong seolah-olah Meng Hao seekor cengkerik.

Kebanyakan daripada mereka tidak mengendahkannya ketika mereka bercakap seolah-olah mereka tahu mereka yang akan menentukan hidup atau matinya.

Meng Hao tidak berkata apa-apa. Dia sedar jika dia hendak melawan penindasan mereka ini, dia perlu memikirkan satu cara. Mindanya berpusing ketika dia menganalisis situasi itu.

"Bapa," kata Liu Daoyun yang segera menunduk dengan salam tumbuk hormat ke arah salah seorang pengikut Aneh Pembentukan Teras milik Sektanya. "Dia ini mempunyai lembing khazanah yang tersembunyi pada tubuhnya." Dia mengangkat kepalanya dan menatap Meng Hao sambil mencemuh dengan dendam yang jelas tertulis pada wajahnya.

"Jadi, Pertapa Pemekatan Qi yang kerdil ini daripada tahap kesembilan… " kata Pertapa berjubah hitam dengan dingin dan wajahnya merah padam. "Tak hairanlah dia mampu membuatkan Dunia Pertapaan Negeri Zhao kucar-kacir seperti itu." Dia mengangkat tangannya ke arah Meng Hao seolah-olah dia akan mencapainya.

"Aku di sini dan begitu juga lembing itu," kata Meng Hao dengan tiba-tiba, matanya berapi-api. Suaranya kedengaran sangat perlahan. Pandangan liar muncul pada matanya yang seolah-olah dia tahu dia tidak berdaya untuk menghalang mereka mengambil khazanahya, tetapi jika mereka melakukannya, dia akan segera menamatkan riwayatnya sendiri.

Mendengar ucapan Meng Hao, lelaki tua yang hampir membuka langkahnya terhadap Meng Hao berhenti dan mengerutkan kening. Orang lain yang memandang turut mengerutkan kening mereka.

"Asas Pertapaan aku rendah dan lemah," kata Meng Hao. "Jika generasi yang lebih tua ingin merampas khazanah aku, ambillah. Tetapi, jika aku hilang satu khazanah pun, aku akan menamatkan riwayatku. Jika aku mati, aku tidak dapat membawa kamu ke zon tafakur Pengasas Bapa Reliance. Aku lebih sanggup mati daripada dirompak oleh kamu! " wajahnya bersinar dengan tekad ketika dia bercakap.

"Aku boleh saja bunuh kamu," kata salah seorang daripada enam Pertapa Pembentukan Teras, "dengan menggunakan Roh Pencari pengingkar syurga untuk mendapatkan lokasi daripada kamu."

Apabila Meng Hao mendengar hal ini, dia ketawa sekuat hati dan tiada sekelumit ketakutan terpapar pada matanya. Ketawanya bergema di seluruh pergunungan dan mencucuk gegendang telinga para pengikut Aneh yang sudah tua itu.

"Jika kamu merancang untuk Mencari aku, maka silakan. Hanya pengikut Sekta Dalaman yang tahu lokasi zon tafakur Bapa Reliance. Tetapi, jika kamu tahu lokasi itu sekalipun, tanpa aku yang hidup, sedar dan tidak tercedera, kamu tidak akan boleh masuk ke dalam." Ketika mereka mendengar, semua pertapa Aneh tua itu menatapnya dengan mata sedingin ais.

"Kamu daripada generasi tua yang memiliki asas Pertapaan yang mendalam. Tentunya kamu tahu beberapa sihir Pengawalan Boneka Rohani. Tapi tanpa kesedaran aku di sana ataupun jika aku tercedera sedikit pun, kamu tidak akan boleh masuk. Kamu mesti memiliki sokongan yang lengkap dan penuh!" Suara Meng Hao tegas. Dia menyebabkan mereka berasa dia telah memberi semua amaran yang membuatkan mereka berkerut kening.

Sebenarnya, mereka tidak begitu peduli tentang perkara berkaitan dengan Meng Hao; perkara yang sangat mereka minati adalah Kitab Suci Rohani Bapa Reliance. Pengikut Aneh mengerutkan kening dan kemudian memandang ke arah Kalam Dewa.

Dia menatap Meng Hao dengan mata yang menyala-nyala. Meskipun dia mampu meramal banyak perkara, dia sama sekali tidak dapat meramal tentang masalah khusus ini. Semua mata memandangnya semasa dia bercakap.

"Aku tidak boleh meramal lebih lanjut, tetapi jika sembilan puluh lima peratus daripada kata-kata budak ini salah, kita masih tidak mampu mempertaruhkannya." Kata-katanya bergema dalam fikiran semua yang melihat. Pengikut Aneh ini berpengalaman, pintar dan licik. Namun, semua rancangan mereka tidak boleh memastikan kemenangan dalam situasi seperti ini. Hal ini kerana... mereka tidak mampu bertaruh. Bahkan jika sebahagian besar kata-kata Meng Hao tidak benar, mungkin ada kebenaran yang diselitkan.

Jika mereka kalah, mereka kehilangan peluang untuk masuk ke dalam Gua Dewa Bapa Reliance. Hal ini bermakna mereka kehilangan peluang terhadap Kitab Suci Rohani. Sesiapa sahaja yang berada di Asas Pengukuhan ataupun Pembentukan Teras boleh menggunakan manual Pemekatan Qi daripada Kitab Suci Rohani untuk membentuk Lautan Teras kedua dalam tubuh mereka. Mereka juga boleh membaiki tiang Tao yang ditemui ketika berada di Pengukuhan Asas. Jika mereka berjaya, Asas Keretakan akan bertukar menjadi Asas Sempurna. Bagi Pertapa Pembentukan Teras, perkara ini mempunyai pengaruh besar terhadap tahap Teras yang mereka impikan selama ini

Hanya terdapat tiga kitab besar di dunia yang mengandungi kaedah rahsia untuk Menapa sebuah Tasik Teras yang baharu di luar peringkat Pemekatan Qi.

"Baiklah," kata salah seorang daripada pengikut iaitu seorang wanita tua yang nampak mulia dengan suara serak. Ketika kata-katanya kedengaran, semua orang terdiam. "Kami di sini mahukan Kitab Suci Rohani. Tidak perlulah kita menimbulkan masalah di sini. Nak, kami tidak akan mencuri harta karun kamu dan kami juga tidak akan menggeledah badan kamu atau menukar kamu menjadi boneka. Tapi kamu mesti bantu kami, jika tidak kamu pasti tahu apa akibat yang akan terjadi. Mana yang lebih penting, hidup kamu ataupun hidup Bapa Reliance? Aku yakin kamu tidak memerlukan nasihat kami berkenaan perkara yang lebih baik."

Meng Hao terdiam sejenak dan tiba-tiba berkata, "Berikan aku sejuta Batu Rohani! Aku berhak membunuh dia!" Matanya berapi-api ketika dia menunding kepada Liu Daoyun.

Wajah Liu Daoyun menjadi muram dan kegeraman terpapar pada matanya. Dia baru saja memikirkan pelbagai cara untuk membunuh Meng Hao. Tindakan Meng Hao yang tiba-tiba menyatakan keinginannya menyebabkan Liu Daoyun berundur beberapa langkah ke belakang.

Jantungnya berdegup kencang dan peluh dingin mula mengalir di dahinya. Dia tahu Bapa Sekta ini berkemungkinan besar akan menuruti setiap permintaan Meng Hao untuk mendapatkan perkara yang mereka inginkan.

"Bapa Sekta… " kata Liu Daoyun dengan wajah yang pucat ketika memandang kepada kedua-dua Bapa Pembentukan Teras daripada Sekta Badai Salju.

Pemuda yang berwajah merah padam itu mendengus dingin. Dia menjentikkan lengan bajunya dan menatap Meng Hao dengan mata dingin.

"Itu tidak akan terjadi! Pertapa Kerdil Pemekatan Qi, kamu dah melampau. Berani kamu mendesak kami?!"

"Meng Hao," kata salah seorang pengikut Aneh Pembentukan Teras iaitu seorang lelaki tua berjubah merah. "Jangan menimbulkan masalah tentang pembunuhan lagi dan Batu Rohani, kami tidak akan memenuhi permintaanmu."

"Jika aku tidak mendapatkan Batu Rohani dan nyawa dia, maka aku, Meng Hao, sama sekali tidak akan bersetuju untuk membawa kamu daripada generasi tua ke zon tafakur Bapa Reliance. Tanpa persetujuan tulus aku, kamu tidak akan boleh masuk ke Gua Dewa." Suara Meng Hao tegas dan wajahnya memancarkan riak yang mengatakan dia bersedia mempertaruhkan segala-galanya. Jika perlu, dia sanggup mati.

"Meng Hao… " Liu Daoyun menatapnya dengan mata yang dipenuhi dengan niat membunuh.

"Baiklah," kata wanita tua itu dengan suara serak. "Bagi pengikut Sekta Badai Salju ini, permintaan kamu ditolak. Berkenaan Batu Rohani, aku akan bertanggungjawab. Aku akan memberi kamu seratus ribu sekarang dan bakinya selepas kita membuka Gua Dewa." Jika Meng Hao tidak membuat apa-apa tuntutan, itu akan menimbulkan kecurigaan. Dia menjentikkan lengan bajunya dan beg sakti terbang menghampiri Meng Hao. Dia tidak menangkapnya sebaliknya berundur dan membiarkan beg tersebut jatuh ke tanah.

"Baiklah," kata Meng Hao perlahan. "Pembunuhan dia tak termasuk dalam perjanjian ini. Liu Daoyun, ambil beg sakti itu dan keluarkan Batu Rohani darinya."

Mata wanita itu berkedip dalam sekelip mata. Pengikut Aneh Pembentukan Teras yang lain turut memandang dengan mata yang berkedip.

Liu Daoyun sangat geram. Namun, permintaan Meng Hao tidak keterlaluan. Bahkan lelaki tua berwajah merah itu tidak berkata apa-apa tetapi memberi isyarat agar Liu Daoyun patuh.

Liu Daoyun menarik nafas dalam sambil meredakan kemarahannya kemudian berjalan ke hadapan untuk mengambil beg sakti itu. Dia menepuk beg itu dan sejumlah besar Batu Rohani melimpah keluar ke tanah. Batu Rohani itu cerah berkilauan. Liu Daoyun memandang Batu Rohani itu sejenak dan nafasnya mula menjadi kencang.

Meng Hao melihat Batu Rohani dengan riak wajah yang tenang. Kemudian, dia mengumpulkannya ke dalam beg saktinya sendiri. Dia tidak mempunyai pilihan selain daripada berhati-hati. Mereka ini bukan Pertapa Pengukuhan Asas tetapi lebih daripada peringkat Pembentukan Teras. Jika mereka ingin membunuhnya, pasti prosesnya lebih mudah daripada memijak kumbang.

Jikalau bukan kerana mereka tidak mampu bertaruh dalam hal ini, dia sama sekali tidak akan mampu melawan mereka. Tidak kiralah sama ada melalui asas Pertapaan ataupun rancangan licik.

Oleh itu, Meng Hao tidak cuba membuat rancangan yang rumit dan licik. Sebaliknya dia merancang secara terbuka. Dia bertaruh jika mereka ini tidak percaya kepadanya, mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada mempercayainya.

"Kamu mempunyai Batu Rohani. Tapi ini masalah yang berat. Sila makan pil perubatan ini." Wanita tua itu mengangkat tangan kanannya dan pil ubat berwarna hitam muncul.

Ketika ia terjadi, angin terus menghembus seolah-olah tenaga rohani yang banyak dikumpulkan. Perlahan-lahan, gambaran lipan yang jahat muncul pada permukaan pil perubatan.

Raut wajah Meng Hao berubah. Dia memandang pil itu dengan berhati-hati.

Ketika Liu Daoyun melihat semua ini terjadi, senyuman yang menakutkan muncul di wajahnya. Pertapa Pengukuhan Asas terapung di udara menyaksikan situasi itu dengan wajah yang kosong tetapi mata mereka mencemuh Meng Hao.

Bagi pengikut Aneh Pembentukan Teras, tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang saling bertukar pandangan. Jika wanita tua itu tidak menghasilkan pil, mereka mungkin akan melakukannya. Mata mereka bersinar ketika mereka menyaksikan situasi di bawah.

Dari segi membuat rancangan licik, Meng Hao seperti budak kecil dibandingkan dengan mereka. Jika rancangannya benar-benar tidak menyenangkan mereka, maka setiap idea yang dia buat akan menjadi sia-sia.

"Jika kamu makan pil ini, kamu boleh tunjukkan jalannya. Jika kamu tidak makan, maka kita kena cuba sihir Pencari Roh dan sihir Pengawalan Boneka kami." Wanita tua itu bercakap dengan tenang dan raut wajahnya tidak menunjukkan dia senang mahupun marah. Dia menjentikkan jarinya dan pil racun meluncur ke hadapan melayang di hadapan Meng Hao.

Meng Hao teragak-agak sambil berfikir sejenak. Dia tidak pasti sama ada pil itu benar-benar beracun ataupun tidak. Mungkin pil ini sesuatu yang lebih jahat. Tapi dia sudah tiada pilihan lain. Dia mengetap rahangnya lalu menghulurkan tangan dan mencapai pil itu.

"Bercakap tentang pil racun, aku juga mempunyai satu," kata lelaki tua berwajah merah sambil ketawa. Dia menjentik lengan bajunya yang lebar dan sebiji pil berwarna merah muncul di tangannya lalu terbang ke Meng Hao.

"Sebenarnya, kebetulan Sekta kami juga mempunyai satu." Ternyata Pertapa Pembentukan Teras daripada tiga Sekta besar ini semuanya memiliki pil racun. Pil berubah menjadi sinar cahaya ketika mereka terbang menuju Meng Hao.

Wajah wanita tua itu tenang dan sukar untuk meneka perkara yang bermain di fikirannya. Dia memandang sekeliling dengan tenang kepada rakan pengikut Aneh tanpa berkata apa-apa. Mereka semua berhati-hati dan tahu perkara yang bakal terjadi. Jika Meng Hao menelan satu pil racun, dia mungkin menelan lebih banyak. Dengan cara ini, dia bukan sahaja berada di bawah kawalan wanita tua itu. Inilah kaedah yang paling adil.

"Melihat tindakan Rakan Tao, aku mesti merendah hati bertindak untuk mengelakkan daripada rasa malu." Kalam Dewa tersenyum dan melambai tangan kanannya. Tiga pil ubat berwarna muncul dan menuju ke arah Meng Hao.

Jika dibandingkan dengan pil ubat yang lain, pil ini kelihatan luar biasa. Meng Hao tidak tahu sebabnya, tetapi ketika memandang ke arah ke pil ini seluruh tubuhnya berasa gelisah.

Siguiente capítulo