Sebagai syaitan yang paling senang dipujuk dalam sejarah, Si Ye Han tumpas sekali lagi seperti yang dijangka.
Dia menoleh kepada gadis yang dipenuhi debu itu. "Awak cukup seronok tak hari ni?"
"Cukup! Ya, ya! Saya rasa hebat selepas longgarkan otot saya! Tunggu saya kejap ya. Saya tukar baju, selepas tu kita pergi beli-belah. Saya akan bawa awak makan sedap-sedap nanti!" Ye Wan Wan terus menukar topik perbualan dan terus menghilang ke dalam bilik.
'Nasib baik!
'Aku akan cari peluang masa janji temu ni untuk cakap pasal berjumpa dengan mak ayah aku…'
Si Ye Han melihat kelibat gadis itu yang menghilang. Mata lelaki itu seperti laut yang dalam di bawah cahaya rembulan, namun ia bergelora dengan ombak yang kuat…
Sementara Ye Wan Wan bersiap, Si Ye Han menunggu di tingkat bawah bersama seekor harimau putih.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com