Ye Wan Wan sangat berpuas hati setelah berjaya mendapat sedikit pujian.
Ketika itu, dia baru ternampak awan putih lembut yang sedang berbaring di kaki Si Ye Han.
"Si Putih Besar!!!" jerit Ye Wan Wan dan terus melompat turun dari peha Si Ye Han. Dia kemudian terus menerkam harimau putih itu.
Selepas semua kesabaran (gangguan) yang dia berikan, dia sekarang boleh berada satu langkah daripada tubuh Si Putih Besar. Dia juga boleh mengusap bulu di hujung tubuh harimau itu.
Si Xia menjadi saksi bagaimana Ye Wan Wan berjaya memujuk syaitan hebat dan kemudian menghulur tangannya kepada Si Lu Te tanpa digigit. Untuk seketika, dia seperti bermimpi.
Adakah dia Si Ye Han sama yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dan tidak akan tahan walau ada sedikit pasir dalam matanya?
Adakah ini Si Lu Te sama yang benci orang luar dan akan membaham sesiapa sahaja yang ia mahu?
"Bedebah…" Si Xia tidak boleh menahan daripada menyumpah perlahan.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com