webnovel

Semua orang menoleh serentak kepada orang tua yang menyampuk puan tua sebentar tadi.

Sebaik sahaja Ye Wan Wan ternampak orang tua bersut Tang itu, keningnya terus berkerut.

"Kenapa?" Puan tua berkerut.

Orang tua bersut Tang itu mencuri pandang ke arah Xu Yi dan berkata kepada puan tua, "Kakak Ipar, saya ada terima beberapa maklumat sebelum ni. Tapi saya belum siasat dan sahihkan semua maklumat tu, sebab tu saya tak beritahu. Tapi sekarang bila tuan besar kita diserang, saya telah kumpul semua maklumat dan saya terkejut, ada benda yang tak kena! Ini perkara serius, saya seorang sahaja tak boleh tentukan sama ada ia betul atau salah. Jadi saya harap Kakak ipar dan semua orang dekat sini boleh sama-sama putuskan!"

Melihat adegan ini berlaku di hadapan matanya, wajah Ye Wan Wan berubah.

Ia sama dengan apa yang dia jangka. Semua perkara berlaku sama dengan apa yang berlaku di kehidupan lepasnya.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo