Xinghe dan kumpulan Sam masuk ke dalam sebuah kereta manakala tentera upahan yang lain menaiki sebuah lagi kereta. Di dalam kereta, Wolf bertanya, "Dia pergi cari Ryan ke?"
Sam mengangguk sambil tersenyum sinis. "Nampak sangat."
Ali berkata dengan penuh bimbang, "Dia akan cari kita pula nanti?"
"Tak akan," Xinghe menjawab, "Kita mengupah mereka melalui bank peribadi itu, mereka perlu menjaga reputasi dan saya telah bayar jumlah wang yang lumayan untuk khidmat mereka."
"Betul itu, mereka sanggup lakukan apa sahaja demi wang tetapi tak akan merosakkan reputasi dan kredibiliti mereka kerana itu adalah sumber rezeki bagi mereka," Sam menjelaskan dan Ali menghembus nafas lega.
"Adakah kita akan pergi selamatkan Charlie?" Ali bertanya.
Xinghe mengangguk. "Kita akan, tapi kita perlu mengumpul lebih banyak maklumat dahulu."
…
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com