webnovel
avataravatar

Sempadan antara Yakin dan Terlebih Yakin

Editor: EndlessFantasy Translation

"Cik Xia, bukan saya tidak percayakan kamu, tapi Sekuriti Internet King Kong yang ada di pasaran sudah dicipta semula dan ditambahbaik dalam tempoh beberapa tahun yang lepas. Ia bukan lagi perisian yang sama sewaktu saya ciptakannya dahulu. Tambahan pula, Syarikat Chui sudah mempunyai posisi yang stabil dalam pasaran, jadi mustahil kamu boleh mengalahkannya, apatah lagi memusnahkannya!" kata Xiao Mo.

Xiao Mo sedikit pun tidak salah dengan analisa yang dilakukannya. Sememangnya mustahil untuk menjatuhkan syarikat seperti Syarikat Chui.

Tetapi, dia peduli apa?

Xinghe bertanyakan satu soalan pada Xiao Mo: "Kamu tahu tak industri mana yang paling cepat dan paling selalu berubah dalam era kita?"

".....Komputer dan elektronik." jawab Xiao Mo.

"Betul. Sebuah inovasi baru mampu mengubah keadaan seluruh industri dalam tempoh semalaman. Jadi, sejarah Syarikat Chui tidak bermakna langsung dalam persekitaran yang sering berubah ini!"

"Mungkin kamu betul, tetapi perkembangan dalam industri elektronik telah semakin perlahan kebelakangan ini. Saya tidak rasa kita boleh menumbangkan Syarikat Chui dalam tempoh beberapa tahun akan datang."

Tiba-tiba Xinghe menolak tangannya dengan kelima-lima jarinya ditegakkan. Sedang Xiao Mo memikirkan apa maksud gerakannya itu, dia berkata, "Lima hari."

"Lima hari apa?"

Xia Zhi gagal mengawal rasa terujanya dan berkata, "Maksud kakak saya, kita hanya perlukan masa lima hari sahaja untuk menjatuhkan mereka. Bukan lima tahun!"

Xiao Mo hampir terjatuh kerana terperanjat.

Dia melihat ke arah Xinghe seperti dia sedang melihat seorang makhluk asing.

"Lima hari? Mustahil lah!" jawab Xiao Mo dengan rasa gelisah. Dia tiba-tiba berasakan yang mereka berdua sedang mempermain-mainkannya. Dia menyambung, "Cik Xia, kamu serius kah? Apa yang kamu fikirkan? Apa yang kamu tahu tentang komputer dan pengaturcaraan? Macam mana kita nak tumbangkan Syarikat Chui dengan usaha kita bertiga sahaja? Semua ini mustahil!"

Xinghe menjatuhkan tangannya dan berkata dengan tenang, "Tiada apa yang mustahil. Saya mahu kita jadikan kemustahilan ini sebuah realiti."

"Cik Xia, pengaturcaraan tidak semudah yang kamu sangka…"

"Betul, ia agak sukar untuk sesetengah orang."

"....." Jika bukan kerana Xinghe masih mampu berbicara secara logik, Xiao Mo pasti menganggap wanita itu sudah hilang akal.

Terdapat sebuah sempadan halus antara perasaan yakin dan terlebih yakin. Pada pendapat Xiao Mo, Xinghe sudah terlebih yakin.

Xiao Mo dianggap sebagai seorang pakar komputer sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Pada waktu itu, industri komputer masih belum stabil. Jadi, perubahan berlaku pada hampir setiap saat.

Tetapi dalam persekitaran yang huru-hara seperti itu, Xiao Mo berjaya menguasai sebuah teknik pengaturcaraan yang mantap dan berjaya mencipta perisian sekuriti seorang diri.

Dia tiada tandingan pada waktu itu.

Meskipun begitu, dia telah menghabiskan tempoh setengah tahun untuk mencipta versi alfa Sekuriti Internet King Kong.

Oleh itu, daripada sudut pandangannya, mereka bertiga perlu sekurang-kurangnya tempoh setahun untuk melengkapkan proses pengaturcaraan dan pembuatan kod untuk perisian komputer yang baru ini.

Selepas itu, mereka perlu melepaskannya ke pasaran dan biarkan ia melalui proses ujian beta terbuka dan beta tertutup sebelum ia mampu mengancam Syarikat Chui.

Tetapi sekarang, Xinghe berani mengatakan mereka mampu menumbangkan Syarikat Chui dalam tempoh lima hari sahaja.

Menulis kod sahaja sudah memerlukan tempoh yang lebih lama dari itu.

Dia sedang berkhayal!

Bukannya Xiao Mo memandang rendah pada mereka, tetapi ia memang sesuatu yang mustahil untuk dilakukan!

Wajah Xiao Mo bertukar muram dan berkata, "Cik Xia, saya hargai keyakinan kamu pada diri saya, tetapi jika pasukan kita cuma ada kita bertiga sahaja, peluang untuk rancangan kamu ini berjaya ialah kosong peratus!"

Dengan kata lain, dia tidak mampu untuk membantu mereka melaksanakan rancangan ini.

Xiao Mo sangka yang kata-katanya itu akan sekurang-kurangnya membuatkan Xinghe berhenti untuk berfikir sejenak, tetapi dia langsung tidak mengenali sifat dan watak Xinghe. Disebabkan itu, dia langsung tidak dapat menjangkakan jawapan yang diberikan oleh Xinghe.

Siguiente capítulo