webnovel

Kehilangan Xi Lin

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kamu menantu pilihan saya, jika saya tidak baik kepada kamu, dengan siapa patut saya buat baik? Kesilapan yang terdahulu? Tentang Xinghe, adakah dia sudah tiba?' Wajah Puan Tua Xi muram sebaik sahaja menyebut nama bekas menantunya.

"Ia kelihatan seperti dia belum tiba…"

"Lebih baik dia jangan datang, tidak perlu membuat saya sakit hati…"

Puan Tua Xi berbual selama beberapa minit dengan Tianxin sebelum meminta diri.

Sambil memusar wain di tangannya, bibir Tianxin terukir bongkak.

Dia amat gembira mendapat tahu ramai orang membenci Xinghe.

Tetapi itu tidak mencukupi.

Jika dia tidak benar-benar menghina Xinghe dengan kasar, kemarahannya yang terkumpul selama beberapa tahun yang lepas ini tidak akan hilang!

Jadi Xia Xinghe, jangan salahkan saya, ia kesalahan kamu sendiri kerana mencuri lelaki kepunyaan saya!

Tianxin mengetap giginya dengan penuh marah semasa memikirkan hakikat Mubai dan Xinghe pernah sekali menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Dia menghempas gelas wainnya ke atas meja dengan kuat sekali dan berpusing untuk beredar. Tetapi, dia terserempak dengan Lin Lin yang sedang berlari keluar.

Lin Lin tergagap ke belakang beberapa langkah sebelum jatuh terduduk.

Tianxin terperanjat apabila dia ternampak kanak-kanak itu. "Lin Lin adakah kamu baik-baik sahaja?" Dia menyoal dengan tergesa-gesa.

Tianxin membongkok ke bawah untuk menolong Lin Lin tetapi Lin Lin menolak tangannya ke tepi. "Jangan sentuh saya!"

Xi Lin bangun sendirian dan merenung Tianxin dengan penuh kemarahan.

Tianxin segera berjaga-jaga dan bertanya dengan penuh kebimbangan palsu, "Lin Lin adakah kamu cedera?"

"Saya tidak akan membiarkan kamu menang," kata Xi Lin sebelum melarikan diri dengan pantas.

Dahi Tianxin berkerut, apakah yang dia maksudkan dengan itu?

"Cik Chu adakah kamu nampak tuan muda?" Tiba-tiba seorang pengawal peribadi mendekatinya dan bertanya.

Pemikiran liciknya terus bermula. Dia tidak menjawab soalan tersebut sebaliknya bertanya, "Apa telah terjadi?"

"Tuan muda telah hilang dengan tiba-tiba. Tiada siapa yang telah nampak dia atau tahu ke mana dia telah pergi."

"Saya rasa saya nampak dia pergi ke arah itu." Tianxin sengaja menunjuk ke arah bertentangan dari arah yang Xi Lin bergegas keluar tadi. Pengawal peribadi tersebut mengucapkan terima kasih kepadanya lalu pergi ke arah tersebut.

Tianxin tertawa tanpa bunyi.

Walaupun dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan oleh Xi Lin tetapi dia menggalakkan perbuatan bodoh Xi Lin.

Semakin banyak kesalahan yang dilakukannya, makin mudah baginya pada masa hadapan.

Dan ini hanyalah permulaan sahaja…

Selepas mengalahkan ibunya yang jahanam, sasaran seterusnya bagi Tianxin ialah anak Xinghe. Sebagaimana dia telah menyebabkan satu dunia menentang Xinghe, dia akan melakukan perkara yang sama terhadap Xi Lin!

Dia akan memastikan anaknya menderita dengan tidak terdaya dalam cengkamannya. Mudah baginya kerana anjing liar tersebut sebodoh ibunya.

Tianxin meninggalkan tempat tersebut dengan bau kemenangan kerana segala-gala perkara sedang jatuh perlahan-lahan tepat pada tempat mereka seperti yang dirancangnya.

"Sudahkan kamu menemui tuan muda?" Kehilangan Xi Lin secara tiba-tiba telah merisaukan Mubai.

Parti tersebut hampir bermula dan sebagai kanak-kanak yang diraikan di hari lahirnya, dialah orang pertama untuk memotong kek.

Sudah tentu Xi Lin memilih masa ini untuk menghilangkan diri.

Pengawal peribadi tersebut menggelengkan kepalanya. "Minta maaf, pasukan kami telah mencari merata tempat tetapi kami tidak dapat menemui tuan muda…"

"Apa yang tidak kena dengan Lin Lin hari ini, begitu nakal?" Puan Tua Xi berleter sedikit tetapi dalam hatinya penuh kasih sayang terhadap cucunya yang berharga, "Pergi dan teruskan mencari sebelum apa-apa terjadi kepadanya."

"Baik!" Beberapa pengawal peribadi tersebut terus pergi mencari. Puan Tua Xi menganggap mereka sedang membuat satu perkara yang remeh bagi suatu perkara yang rumit.

"Kemungkinan Lin Lin tdak perasan akan masa yang berlalu semasa bermain dengan kawan-kawannya. Dia kanak-kanak yang pintar, tidak apa-apa akan berlaku kepadanya. Janganlah kita risau."

Puan Tua Xi berkata dengan marah, "Tetapi saya telah memberitahunya supaya jangan merayau-raya tanpa sebab hari ini."

"Apa yang boleh saya katakan, lelaki tetap akan menjadi lelaki…"

Siguiente capítulo