webnovel

Label Perempuan Simpanan

Editor: EndlessFantasy Translation

Ou Ming menghampirinya, tetapi Yu Lili segera melarikan diri dengan wajah kemerahan. "Saya lapar!" jerit Yu Lili.

"Saya pun lapar," kata Ou Ming dengan nada serius, tetapi pandangan matanya membuatkan Yu Lili berasa malu dan marah. Wajahnya bertambah kemerahan apabila mata Ou Ming memandangnya dari atas ke bawah.

Ou Ming laparkan seks, manakala Yu Lili laparkan makanan.

Ou Ming tiba-tiba tersedar pakaian Yu Lili agak berbeza daripada biasa.

"Bila kamu beli baju ini?" katanya sambil mengerutkan dahi dengan agak tidak puas hati.

Yu Lili tidak membawa bajunya dari ibu kota.

Yu Lili menjelir lidahnya dan berkata, "Saya tak mahu dikutuk oleh orang lain. Kamu tahu kan saya perempuan biasa. Jika saya keluar dengan memakai pakaian berjenama, orang yang lihat saya pasti fikir saya ada hubungan dengan lelaki kaya. Mereka akan menyiasat. Kalau…"

Kalau orang lain tahu dia tinggal bersama Ou Ming, dia akan ditimpa masalah besar. Situasi itu pasti sukar untuk dihadapinya. Dia sudah cukup menderita dengan komen-komen negative yang diterimanya. Di mata orang lain, dia akan sentiasa dilabel sebagai perempuan simpanan.

Yu Lili tidak suka malah membenci perkara itu.

Walaupun Yu Lili tidak menghabiskan kata-katanya, Ou Ming amat faham teman wanitanya itu tidak gembira.

Melihat kemarahan Yu Lili, Ou Ming tersenyum lembut dan memegang kepalanya. "Okey. Ikut sahaja kata hati kamu. Tapi waktu di rumah, jangan pakai pakaian ini. Saya tak suka." 

Dia telah melihat Yu Lili berpakaian sebegitu sewaktu mereka bertemu di ibu kota. Dia teringat keadaan Yu Lili sebagai wanita yang tertekan dengan hidup dan membuatkannya bersimpati.

Ou Ming amat tidak menyukai perasaan itu.

Yu Lili tersenyum dan wajahnya seperti bunga yang mekar.

Senyuman itu seakan berjangkit. Ou Ming ketawa kecil lalu mereka berjalan ke pintu sambil berpegangan tangan.

Selesai makan di restoran, mereka pulang ke rumah bersama-sama.

Ou Ming tidak lagi mencuba untuk melakukan seks. Selepas mandi, dia kembali ke pejabat untuk menyambung kerjanya.

Yu Lili keluar berseorangan untuk mencetak kontrak sebelum menghantarnya kepada Sissi. Setelah tiba di rumah dan mandi, dia berbaring di atas katil dan memikirkan plot untuk komiknya. Selepas mendapat idea yang bagus, dia mengambil buku notanya dan mula menulis.

...

Keesokan harinya ialah hari Rabu.

Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja, jadi dia memakai pakaian formal. Ketika tiba di tempat kerja barunya, dia melihat hanya dua orang yang berjaya melepasi temu duga semalam dan dia ialah salah seorang daripadanya. 

Seorang lagi pekerja baru itu ialah seorang gadis yang pendek dan memakai kaca mata berbingkai hitam, berpakaian biasa dan kelihatan agak tidak bergaya. Namanya ialah Shan Yu.

Selepas bertemu dengan semua rakan sekerjanya di jabatan itu, Yu Lili ditugaskan untuk bekerja dengan penyunting bernama Zi Yu dan mula belajar tentang tugasnya sebagai penolong penyunting.

Shan Yu bekerja dengan Sissi.

Nama sebenar Sissi ialah Ye Xixi. Dia ialah seorang gadis cantik dengan rambut ikal yang panjang. Dia memakai kot dan skirt yang panjang. Semua orang dapat melihat kecantikannya hanya dengan sekali pandang.

Yu Lili telah menghantar kontrak itu kepada Sissi semalam dan tidak menyerahkannya sendiri kepada Sissi kerana dia tidak mahu Sissi tahu nama sebenarnya ialah Li Xiaoyu. 

Yu Lili duduk di mejanya dan mendapati jawatan yang diberikan kepadanya tidak terlalu sibuk. Tugas utamanya ialah untuk menyemak kontrak pelukis baru dan isi kandungan komik.

Dia hanya sibuk seketika tetapi kemudiannya tiada kerja untuk dilakukan sepanjang pagi itu.

Menjelang tengah hari, tempat kerja itu menjadi semakin sunyi. Yu Lili mendengar bahawa pihak atasan yang berkepentingan telah datang untuk membuat pemeriksaan. Semua pekerja duduk di tempat masing-masing dan bimbang jika ada perkara tidak profesional yang akan membuatkan pihak atasan itu tidak gembira.

Yu Lili berasa ingin tahu lalu menjenguk ke luar tingkap dan melihat seorang wanita yang berpakaian serba merah jambu.

Siguiente capítulo