webnovel

Kamu Tak Perlu Bayar Apa-Apa

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas membuang plastik sampah yang terakhir, Yu Lili memandang rumah yang hampir kosong itu dan berasa amat sayu. Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng pintu dibunyikan.

Yu Lili menjenguk melalui cermin tingkap. Dia agak terkejut apabila melihat tuan rumah berada di hadapan pintu. 

Tuan rumah itu tinggal agak jauh dari sini. Adakah dia juga mahu melihat tempat kejadian pencerobohan ini pada tengah malam begini?

Tuan rumah itu ialah seorang lelaki pertengahan umur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Lelaki itu amat terkejut sebaik masuk ke dalam rumah. Dia melihat kunci pintu dan tingkap dan mendapati semuanya telah dirosakkan dengan teruk. Semua sofa, perabot, dinding dan dapur telah rosak sepenuhnya.

Wajah tuan rumah itu kelihatan bertambah serius. Kemudian dia memandang Yu Lili dan berkata, "Yu, kamu dah tinggal di sini selama beberapa tahun, dan saya selalu layan kamu dengan baik, bukan?"

Yu Lili menundukkan wajahnya. Mendengar kata-kata itu, dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Dia berasa gementar dan memandang tuan rumah itu dengan kekeliruan yang jelas pada matanya.

"Awalnya saya beri kamu tinggal di sini sebab kehidupan tak mudah untuk kamu sebagai seorang gadis. Tambahan pula kamu pembersih. Saya ingat kamu sayangkan rumah dan perabot saya. Tapi sekarang kamu bergaduh dengan seseorang sehingga rumah saya hancur seperti ini. Semua perabot dah rosak. Banyak kerugian saya, Yu."

"Saya…"

"Tengoklah rumah saya ini. Kamu tak boleh tidur di tempat begini malam ini. Kemas barang kamu dah tempah bilik hotel. 8000 yuan yang kamu beri tak cukup untuk saya beli perabot baru. Saya juga perlu baiki lantai dan dinding. Apapun, pergi saja. Kamu tak perlu bayar apa-apa lagi selepas ni." Tuan rumah itu mengeluh.

Yu Lili terkedu seketika sebelum berkata, "Sampai hati Tuan? Saya…"

"Yu, saya ingat saya dah layan kamu dengan baik sejak beberapa tahun lalu. Tapi dah tentulah kamu kena bayar atas perkara yang kamu dah lakukan. Saya tak akan minta apa-apa kos pembaikan. Kamu pergilah saja."

Mata Yu Lili merah dan tekaknya terasa kering lalu Yu Lili terus menangis. 

Melihat reaksi Yu Lili, tuan rumah itu hanya menggeleng lalu melepaskan keluhan berat dan berkata, "Yu, saya bukan kejam, tapi saya tak tahu bagaimana untuk jelaskan kepada isteri saya. Baik kamu bersedia. Saya akan upah orang untuk bersihkan rumah ini esok." Selepas mengatakannya, tuan rumah itu berpaling dan terus pergi. 

Yu Lili melihat susuk tubuh tuan rumah itu yang semakin menghilang dan merasakan hatinya kosong. Kemudian dia mengemaskan barang-barangnya dan mendapati barang yang masih dapat digunakan hanya memenuhi separuh ruang bagasinya.

Yu Lili menarik bagasi itu di atas jalan dengan perasaan yang buntu. Di sebarang jalan bertentangan kawasan perumahan itu terdapat satu hotel lima bintang. Bilik di situ pasti mencecah lebih 700 yuan satu malam. Yu Lili hanya memandang hotel itu dan berjalan melaluinya sambil menarik bagasinya. Setelah agak jauh, akhirnya dia menemui hotel yang agak murah dan hanya perlu mambayar 100 yuan untuk satu malam.

Selepas mendaftar masuk, Yu Lili mendapati keadaan hotel itu amat menyedihkan. Penebat bunyi di situ amat teruk sehingga bunyi berkeriut pintu bilik sebelah dibuka juga boleh didengar dengan jelas. Suara wanita dan lelaki yang sedang berasmara menembusi dinding bilik dan memasuki telinga Yu Lili. Semua bunyi-bunyi itu amat menjengkelkannya.

Yu Lili tidak berani untuk tidur begitu sahaja di atas katil itu, jadi dia menghamparkan pakaiannya di atas cadar. Dia melemparkan selimut ke lantai lalu mengambil pakaiannya yang tebal untuk dijadikan selimut. Setelah itu barulah dia dapat berbaring.

Selepas bunyi menjengkelkan dari bilik sebelah berhenti, barulah keadaan di situ menjadi sunyi. Pada tengah malam, tiba-tiba telefon Yu Lili berbunyi menandakan dia menerima mesej.

[Hai Cik Yu. Saya pegawai polis yang menguruskan kes kamu hari ini. Senarai Tuan Li dah dihantar kepada kamu melalui WeChat. Kamu perlu bayar sebanyak 495 629 yuan. Sila berurusan dengan pihak satu lagi secepat mungkin.]

Yu Lili membaca mesej itu lalu membalut tubuhnya dengan kot. Dia ketawa sinis, tetapi air mata terus jatuh ke tepi matanya. Di tengah malam yang sunyi, hanya kedengaran bunyi esakan tangis di dalam bilik yang kecil itu.

Siguiente capítulo