webnovel

Kerugian Aku, Keuntungan Kau

Editor: EndlessFantasy Translation

Tempat itu berada di tengah-tengah kawasan yang lapang. Bunga hidup, rumput segar, pokok-pokok hidup berada di sekeliling mereka. Lu Yihan memandang Su Qianci dari jauh dengan pandangan yang berbaur cemburu.

Jauh di satu sudut, Li Sicheng memakai sut putih dan reben putih. Susuk tubuhnya yang tinggi kelihatan amat menawan di bawah cahaya yang cantik itu. Lelaki itu sememangnya hebat. Bukan sahaja daripada paras rupanya, tetapi juga cintanya yang mendalam. Lu Yihan merasakan dirinya tidak mampu menandingi Li Sicheng.

Ketika Li Sicheng menemuinya minggu lepas dan meminta bantuannya untuk majlis perkahwinan ini, Lu Yihan tidak bersetuju. Li Sicheng adalah lawannya, jadi mengapa pula dia perlu membantu musuh? Tetapi sekarang dia melihat senyuman yang lebar pada wajah Su Qianci dan juga kanak-kanak bertiga itu. Keluarga lima ahli itu kelihatan amat bahagia sehingga membuatkannya cemburu.

Berkali-kali dia bermimpi Su Qianci menyalahkannya dan bertanya, "Kenapa kamu tak mahu bantu berikan kejutan kepada saya? Kenapa tak mahu beri saya kebahagiaan? Bukankah kamu sukakan saya, cintakan saya? Kenapa mencintai saya dengan kepentingan diri?"

Lu Yihan turut menyoal dirinya sendiri. Kenapa kau terlalu pentingkan diri? Kalau kau mencintai seseorang, kau sepatutnya berharap orang yang kau cintai bahagia dan gembira apabila dia bahagia, bukan begitu?

Selepas mendapat tahu Luo Zhan berkemungkinan besar menyukainya, Lu Yihan berfikir untuk melarikan diri. Mungkin ia kebetulan atau satu alasan. Ketika di lapangan terbang, dia terpandang perkataan 'Ireland'. Lagipun dia tiada tempat untuk dituju. Lebih baik jika dia membantu memberikan kejutan kepada Su Qianci. Kejutan terakhir buat Su Qianci yang melibatkan dirinya.

Selama bebepa hari, Lu Yihan menyaksikan sendiri Li Sicheng bekerja keras siang dan malam malah tidur kurang daripada lima jam sehari. Daripada rekaan baju pengantin sehingga latar tempat, Li Sicheng menguruskan hampir semuanya sendiri dan tidak membenarkan sebarang kesilapan berlaku.

Ketika mula-mula melihat tempat ini, Lu Yihan amat terkejut. Selepas bertanya dia mengetahui yang Li Sicheng telah mula merancang untuk majlis perkahwinan ini sejak lima tahun lalu. Selepas empat tahun tertangguh, Li Sicheng telah membuatkan tempat ini lebih sempurna dan lebih indah. Sungguh mengejutkan! Lu Yihan merasakan cintanya kepada Su Qianci telah kalah kepada Li Sicheng.

Li Sicheng menyedari renungan Lu Yihan. Susuk tubuh yang tinggi dan berpakaian putih itu berpaling ke arahnya. Angin Li Sicheng jelas amat baik. Walaupun telah beberapa hari tidak mempunyai tidur yang cukup, wajahnya langsung tidak menunjukkan keletihan. Riak wajahnya masih tiada perasaan seperti biasa, tetapi pandangan lebih lembut berbanding kebiasaan.

Li Sicheng datang ke arah Lu Yihan. Pada masa yang sama, Ou Ming berjalan ke arah Li Sicheng. Lu Yihan tiba-tiba berasa segan. Seingatnya, hubungan antara mereka bertiga agak rumit. Dia menyukai Su Qianci, Su Qianci menyukai Li Sicheng. Manakala Yu Lili pula menyukainya, tetapi Ou Ming menjadikan Yu Lili wanita simpanannya…

Ou Ming dan Li Sicheng bertembung sebelum kedua-dua mereka mendekati Lu Yihan. Li Sicheng mencampakkan sesuatu dan terus disambut oleh Lu Yihan. Ia adalah bunga hiasan. Lu Yihan meletakkan bunga itu pada poketnya, kemudian mengambil rokok yang dihulurkan oleh Ou Ming.

Li Sicheng memandang Lu Yihan dengan pandangan penuh makna. "Terima kasih."

"Aku bukan nak tolong kau, aku cuma nak bagi kejutan kepada Qianqian." Lu Yihan mengambil pemetik api yang dihulurkan. Selepas menyalakan rokok itu, dia menghembuskan asap dan berkata, "Kerugian aku, keuntungan kau." 

Siguiente capítulo