webnovel

Parut Kebakaran pada Lengan Tang Qing

Editor: EndlessFantasy Translation

Tang Qing, Tang Mengying? Tetapi wanita itu jelas bukan Tang Mengying! Tang Mengying sangat bangga dengan wajahnya. Dia memiliki raut wajah yang lembut, mata yang besar dan bulu mata yang panjang. Hidungnya mancung dan bibirnya mungil. Tang Mengying sememangnya seorang wanita yang sangat cantik. Dia amat yakin dengan rupanya jadi dia biasanya tidak memakai solekan tebal. Paling tidak pun dia akan menempel sedikit bedak sahaja. Sama seperti Su Qianci, hanya solekan yang nipis sudah cukup buatnya.

Tetapi Tang Qing ini… memakai solekan yang sangat tebal! Dia memakai gincu merah menyala dan bulu mata palsu yang panjang pada matanya yang besar. Solekan itu amat keterlaluan. Bedak yang disapu membuatkan wajahnya kelihatan sangat pucat dan tegang. Su Qianci agak terkejut melihat wajah itu.

Pada mulanya dia menyangka wanita itu ialah Tang Mengying, tetapi sebaik melihat wajahnya, Su Qianci berasa bingung. Dia membalas senyuman wanita itu dan segera berpaling ke arah lain dengan perasaan janggal. Hodohnya…

Sebaik melihat Su Qianci, Tang Qing tersenyum penuh makna dan berbisik kepada seseorang di sebelahnya. Kemudian dia bangun dan berjalan ke belakang.

Su Qianci masih merasakan dia pasti pernah melihat Tang Qing. Namun dia tidak dapat mengingati di mana mereka pernah bertemu. Ketika dia sedang berfikir, Li Jinnan tiba-tiba menyikunya.

Su Qianci terus mendongak. Dia melihat Tang Qing yang sedang berdiri berdekatannya dengan bentuk tubuh yang mengancam. 

Tang Qing menghampiri Su Qianci dan berkata, "Kamu mesti Presiden Su dari Syarikat LS. Gembira jumpa kamu di sini. Nama saya Tang Qing, pengurus besar TL."

Su Qianci bangun dan terus merasakan dirinya seperti taugeh di hadapan Tang Qing. Tingginya hanya 155cm dengan berat hampir 100 paun… Payudaranya mencapai saiz C setelah melahirkan anak kembarnya. Dia memakai baju yang mendedahkan bahu yang membuatkan dia kelihatan segar dan berseni, tetapi masih sesuai untuk majlis formal.

Walaupun Tang Qing tidaklah terlalu tinggi, tetapi bentuk tubuhnya lebih menawan berbanding Su Qianci. Baju biru gelap yang dipakainya dihiasi dengan labuci yang berkilauan. Di bawah cahaya lampu dewan itu, bentuk tubuhnya kelihatan amat menggiurkan. Malah lurah dadanya membuatkan Su Qianci sendiri terpegun dan mahu melihatnya. Jika dia sendiri juga berasa tertarik… Su Qianci tidak dapat mengelak daripada menoleh ke arah Li Jinnan. 

Walau bagaimanapun, Li Jinnan langsung tidak bergerak dan masih kekal duduk di kerusinya sambil memandang ke hadapan. Lelaki itu kelihatan kemas dan kacak. Li Jinnan menyedari Su Qianci memandangnya lalu mengangkat keningnya seolah-olah bertanya, 'Apa?'

Su Qianci menggeleng dan kembali memandang Tang Qing lalu menghulurkan tangannya. "Hai, saya Su Qianci."

Tang Qing menyambut tangan Su Qianci sambil tersenyum. "Saya banyak dengar cerita hebat tentang kamu, tapi syarikat kami memang tekad untuk dapatkan daerah Gu Dung Ming ini."

"Ya kamu juga," kata Su Qianci dengan sopan. Tanpa disengajakan, pandangan matanya terjatuh kepada belakang tangan dan lengan Tang Qing.

Kelihatan satu parut yang hampir pudar di lengan wanita itu. Ia berkedut, sedikit kemerahan dan seakan parut yang sudah lama. Parut itu ditutupi dengan sahap noda supaya ia tidak begitu kelihatan. Walau bagaimanapun, Su Qianci pernah memiliki parut sebegitu pada wajahnya, jadi dia terus dapat mengecamnya dengan hanya sekali pandang. Ini ialah parut kesan kebakaran.

Siguiente capítulo