webnovel

Saya Dapat Rasa Ada Sesuatu yang Tak Kena

Editor: EndlessFantasy Translation

Sambil memegang telefonnya, Su Qianci memandang Li Jinnan dan bertanya, "Apa yang dia sedang buat?" Entah kenapa hatinya terasa amat gusar.

Li Jinnan dapat melihat Su Qianci sangat risau. Dia melihat telefonnya dan berkata, "Hari ini hari Sabtu, kalau kamu tak ada kelas, apa kata sambung tidur? Nanti bila abang dah balik, saya akan minta dia kejutkan kamu."

"Saya tak boleh tidur. Saya dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Boleh tak kamu bawa saya cari dia?"

Li Jinnan ketawa kecil. "Bukankah kamu baru saja telefon Luo Zhan? Li Sicheng dah aturkan segala-galanya dengan baik, tak ada perkara buruk akan berlaku. Saya percaya dengan kebolehan abang saya."

"Saya pun sama, tapi…"

"Jangan fikir bukan-bukan. Kalau Li Sicheng tahu kamu risau begini, dia tak akan gembira."

Sekarang awal musim bunga dan cuaca masih amat sejuk. Li Jinnan memakai baju hitam yang ketat dan sedang minum air Coke bersama ais. Ekspresi wajahnya menunjukkan Su Qianci tidak perlu risau.

Su Qianci mencebik bibir dan berlalu ke biliknya. Sebaik sahaja Su Qianci beredar, wajah Li Jinnan terus berubah. Dia memegang alat kelui jarak jauh yang disembunyikan dalam lengan bajunya dan berbisik, "Balik cepat lepas selesaikan perkara itu. Isteri kamu risau tentang kamu."

*****

Lapangan Terbang Kingstown.

Sebuah kereta sport Porsche mewah berwarna kuning telah diparkir selama beberapa minit berhampiran pintu hadapan lapangan terbang itu. Seorang lelaki berpakaian hitam yang turut memakai kaca mata dan topi sedang merenung ke arah pintu masuk lapangan terbang itu. 

Di tempat duduk belakang Porsche itu, Li Sicheng sedang menghantar dokumen terakhir melalui telefon bimbitnya. Kemudian dia menekan sesuatu yang dipakai di telinganya dan berkata, "Baik. Beritahu dia jangan risau. Saya akan balik segera."

"Ia cuma Tang Zhenghao kan? Dia ada sayap dan boleh terbangkah? Kenapa kamu mesti intip dia sendiri?"

"Saya tak dapat bertenang selagi dia tak ditangkap. Niat dia semalam sangat jelas. Dia nak lakukan sesuatu kepada Su Qianci. Saya tak nak beri dia peluang dan saya tak nak terjadi apa-apa kepada Su Qianci. Tolong jaga isteri saya. Kalau boleh jangan biar dia bersendirian di dalam bilik. Kamu boleh ajak dia berbual di ruang tamu. Saya serahkan kepada kamu, Li Jinnan."

Selesai bercakap, Li Sicheng ternampak seseorang yang membawa satu beg sedang berlari keluar dari lapangan terbang sambil diekori oleh beberapa lelaki berpakaian hitam. Orang yang dikejar itu agak gemuk, memakai sut, topi, kaca mata hitam dan topeng mulut. Dilihat dari susuk tubuhnya, lelaki itu sememangnya Tang Zhenghao.

"Saya kena pergi. Tolong jaga Su Qianci," kata Li Sicheng sebelum cepat-cepat berkata kepada pemandunya, "Kejar!"

Porsche kuning itu dihidupkan dan bunyi enjinnya kedengaran hebat. Tang Zhenghao terus menoleh sebelum terkejut lalu segera berlari ke arah jalan raya.

Seorang pegawai trafik melihatnya dan terus menjerit, "Hei, apa kamu buat!"

Salah seorang yang mengejar Tang Zhenghao mengeluarkan lencananya dan menjerit, "Kami polis. Dia penjenayah yang dikehendaki. Tangkap dia!"

Lelaki yang dikejar itu menoleh ke belakang. Angin yang bertiup laju tiba-tiba menerbangkan topinya dan menyerlahkan rambutnya yang berubah. Li Sicheng semakin yakin lelaki itu ialah Tang Zhenghao. Porsche kuning itu terus meluncur laju dengan bunyi yang kuat sebelum berhati di hadapan lelaki itu.

Tang Zhenghao berhenti berlari. Dia tiada jalan untuk melarikan diri lalu cuba memanjat pagar. Lelaki-lelaki berpakaian hitam di belakangnya berlari semakin pantas. Salah seorang pegawai berjaya menahannya dan terus meniarapkannya ke atas tanah sebelum menggarinya. Semua orang berasa lega melihatnya.

Walau bagaimanapun, setelah topi, topeng dan kaca mata lelaki itu ditanggalkan, mereka mendapati dia bukan Tang Zhenghao.

Penyamaran!

Kemarahan Li Sicheng terus meledak. Dia segera menoleh ke arah pintu masuk lapangan terbang. Kelihatan seorang lelaki yang agak gemuk sedang menutup mukanya dan berjalan dengan amat pantas. Li Sicheng terus menjerit, "Itu dia! Kejar cepat!"

Siguiente capítulo