webnovel

Majlis Perkahwinan Seindah Mimpi

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tak apa. Kalau kita tak dapat bukti jenayah Tang Zhenghao sekalipun, hutang-hutang dia dah cukup untuk buat dia sengsara. Dia akan dipenjarakan sekurang-kurangnya 12 tahun atau lebih dengan hutang sebanyak itu. Dia hanya akan keluar apabila dah jadi lelaki tua." Li Sicheng melekapkan dahi mereka bersama dan berbisik perlahan, "Kamu ingat suami kamu tak mampu lawan lelaki tua?"

Su Qianci tidak dapat senyum. Dia menolak suaminya perlahan dan berkata, "Hati-hati dengan Tang Mengying dan Tang Zhenghao, terutamanya Tang Mengying. Saya rasa agak pelik dia tiba-tiba jadi sakit jiwa."

Li Sicheng telah memikirkan perkara itu sebelum ini. Tetapi dia berasa kagum apabila mendengar Su Qianci mengatakannya. Dia membelai rambut isterinya dengan lembut dan berkata, "Puan Li dah semakin bijak."

"Hei, saya memang dah selalu mantap."

"Betulkah? Di bahagian mana? Mari saya tengok." Li Sicheng memegang wajah isterinya. "Sini? Sini? Atau sini?" Tangannya yang besar turun ke bawah dan menyentuh leher dan dada Su Qianci.

Wajah Su Qianci bertukar kemerahan dan dia menepuk tangan Li Sicheng. "Hentikan! Kita kena berkemas dan pergi ke rumah lama!"

"Okey. Jom pergi ke rumah lama untuk tidur."

"Kamu teruk…"

"Saya cuma cakap tidur. Apa yang kamu fikirkan?"

*****

Tiba di rumah lama, Su Qianci terus berehat di dalam bilik mereka. Li Sicheng tidak berehat bersamanya tetapi menelefon seseorang yang berada di San Francisco.

"Macam mana?"

"Dia dah naik kapal terbang dan akan tiba jam 7 pagi esok. Kingstown Airline 3556…" Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, Li Sicheng mendengar suara sopan pramugari. "Saya kena matikan telefon, saya akan hubungi kamu kembali apabila dah tiba."

"Okey."

Selepas talian dimatikan, Li Sicheng menghubungi Cheng You. "Hantar bukti yang menunjukkan Tang Zhenghao menyalahguna harta awam dan langgar perjanjian kontrak dia dengan Sheng Ximing. Hubungi pihak Sheng Feng dan beritahu di mana Tang Zhenghao."

"Baik Bos."

Kemudian Li Sicheng menelefon Luo Zhan.

"Perhatikan sama ada Tang Zhenghao dah tiba di Lapangan Terbang Kingstown. Bila dapat peluang, terus aturkan pemburuan."

"Baik."

Li Sicheng turut menambah pengawal yang menjaga Tang Mengying sebagai langkah berjaga-jaga.

Keluarga Tang tiada sesiapa selain Tang Zhenghao. Tanpa Tang Zhenghao, keluarga Liu juga akan tiada apa-apa. Selepas menyelesaikan perkara ini, Li Sicheng akan meletakkan majlis perkahwinannya bersama Su Qianci sebagai keutamaannya. Dia membuka laptopnya dan melihat reka bentuk majlis mereka yang telah direkanya sendiri. Dia mahu membawa isterinya ke Ireland dan memberikannya satu majlis yang sangat indah bagai mimpi. Apa yang pasti, ia akan menjadi sesuatu yang tidak akan dapat dilupakan.

*****

Su Qianci mengambil diari Tang Mengying dan duduk di bucu katil. Diari itu mencatatkan segala harapan Tang Mengying kepada anaknya sewaktu tiga bulan pertama kandungannya. Penulisannya penuh dengan cinta dan harapan seorang ibu mengandung. Tetapi selepas tiga bulan lebih, catatan itu terhenti dan tiada lagi sambungan. Adakah ia disebabkan Tang Mengying telah mula dikurung oleh Li Sicheng ketika itu? Atau mungkin kerana dia telah tahu anak itu bukan anak Li Sicheng?\

Su Qianci berasa kasihan kepada Tang Mengying. Dia terus membelek diari itu dan tiba-tiba terbuka satu halaman yang berbeza. Su Qianci dapat melihat dengan jelas yang halaman itu selalu digunakan. Pada halaman itu, kelihatan satu lukisan lambang yang menunjukkan api dalam bentuk kepala serigala dengan sebutir bintang di tengah-tengahnya. Lukisan itu dilukis dengan jelas menggunakan pen berwarna.

Lambang… apa ini?

Siguiente capítulo