webnovel

Permainan Minda

Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci mengangguk dan wajahnya bertukar ceria. "Ya, saya belum kalau walau sekali."

"Kamu sepatutnya tukar token murah ini dengan yang lebih mahal. Mestilah orang akan cuba dekati kau bila tengok kamu bawa sebanyak ini." Kemudian Li Jinnan mengambil bakul itu dan membawa Su Qianci ke bilik peribadi tadi.

Lao Jin jelas mahir dengan permainan itu disebabkan perjudian adalah tempatnya mencari makan.

Dalam masa tiga jam sahaja, Li Sicheng telah kehilangan lebih 20 juta. Disebabkan sudah jam 10 malam, dia patut menghantar Su Qianci balik untuk tidur. Dia tidak dapat berhenti memikirkan isterinya walaupun sedang menghadap meja permainan. Sebaik melihat Su Qianci masuk, hatinya mula berasa lega. "Mari sini."

Su Qianci menghampiri suaminya. Dia melihat token di atas meja dan kemudian menoleh ke arah token di dalam bakulnya yang mungkin kurang daripada lima juta. "Apa yang kamu main? Nampak macam pertaruhan besar."

"Lima kad. Kamu pandai main?" Li Sicheng memegang tangan isterinya dengan tenang.

"Dah tentu!" Su Qianci menggosok-gosok tangannya dengan teruja.

"Mainlah untuk saya." Li Sicheng bangun dan memberi Su Qianci duduk. Dia tahu nasibnya sangat malang sekarang.

"Hei." Lao Jin kelihatan ragu-ragu. "Kau biarkan isteri kau main untuk kau?"

"Ia tetap wang aku. Kenapa kau peduli?" kata Li Sicheng.

Lao Jin mengangkat sebelah kening dan mendepakan tangannya. "Aku tak kisah. Disebabkan aku akan bermain dengan wanita, aku perlu jadi lelaki sejati. Kau boleh cakap dulu tak kira kad apa yang kita ada."

"Oh, okey." Su Qianci meletakkan tangannya di atas meja sambil jarinya mengetuk-ngetuk dengan teruja. "Setuju!"

Lao Jin merasakan Su Qianci hampir seperti seorang budak. Bagi seseorang yang sematang Li Sicheng, kenapa isterinya kelihatan sangat muda? Walaupun fikiran itu menerpanya, Lao Jin tidak berminat dengan gosip. Dia melambaikan tangannya lalu pembahagi kad memulakan tugasnya.

Kad Su Qianci adalah lapan hati, manakala kad Lao Jin adalah K daun sped. Perbezaannya sangat ketara.

Su Qianci melihat kadnya yang lain dan berkata, "Kamu kata saya boleh cakap dulu. Saya akan bawa masuk setengah juta."

Orang-orang Lao Jin ketawa dan Lao Jin ketawa paling kuat. "Kau tak tahu peraturan. Minimumnya adalah satu juta."

"Okey, kalau macam tu lima juta."

Senyuman Lao Jin hilang serta-merta. Dia menjeling riak wajah Su Qianci. Wanita itu masih tersenyum seperti tadi.

Lao Jin memeriksa kadnya dan berkata, "Baik."

Pembahagi kad melakukan tugasnya. Su Qianci menambah pertaruhannya pada setiap pusingan. Akhirnya token kelihatan menggunung di atas meja itu dan kedua-dua mereka bertaruh sebanyak 30 juta. Su Qianci mempunyai kad 8,9,10,J di suit yang sama. Lao Jin mempunyai tiga Ks dan satu Q dalam daun sped.

Su Qianci tersenyum dan mendongak. "Abang, berapa banyak lagi token yang kita ada?"

Li Sicheng langsung tidak memeriksa kad Su Qianci sebelum berkata lembut, "Lebih 20 juta."

"Baik. Boleh saya pertaruhkan semua?"

"Dah tentu."

Li Jinnan sangat teruja. "Kakak ipar, straight flush kah? Hebat!"

Su Qianci tersenyum. "Hanya bernasib baik. Jadi saya akan pertaruhkan semua. Encik Jin, kamu bagaimana?"

Riak wajah Lao Jin berubah. Melihat senyuman puas Su Qianci, dia mula mengira.

Kad terakhirnya ialah K, jadi ia akan menjadi empat jenis. Tiada peluang untuk Su Qianci mengalahkannya melainkan wanita itu mempunyai straight flush.

Siguiente capítulo