webnovel

Saya Suami Kamu

Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci memandang sisi wajah lelaki itu. Dia tidak memahami apa yang dikatakannya.

Li Sicheng memandang wajah Su Qianci. Su Qianci melihat mata lelaki itu seolah bersinar di wajah cahaya matahari. "Kamu tak seperti ini jika bersama Lu Yihan." Angin sepoi bahasa dari arah laut meniup lembut rambut Li Sicheng. Lelaki itu mengecilkan matanya dan merenung Su Qianci dengan pandangan yang mendalam.

Su Qianci sedar Li Sicheng sedang meluahkan sesuatu yang benar, dan jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Dia cepat-cepat menjelaskan, "Lu Yihan lain. Dia kawan baik saya."

"Bagaimana dengan saya?" Li Sicheng terus merenungnya. "Saya ini siapa?"

Siapa dia?

Su Qianci tiba-tiba tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan siapa lelaki di hadapannya itu. Suami? Tetapi dia tahu hubungan mereka sebenarnya mustahil. Dia sukakan lelaki itu, dan dia cintakannya. Tetapi, ada Tang Mengying antara mereka. Kesayangan? Dia takut dia hanya akan memalukan dirinya sendiri jika memberi jawapan sebegitu… Su Qianci kemudian menundukkan kepalanya dan tidak berkata apa-apa.

Mata Li Sicheng bertukar dingin. Dadanya terasa sesak melihat Su Qianci yang jelas teragak-agak untuk menjawab.

Dia hanya mahukan satu hubungan yang baik dengan wanita itu. Susah sangatkah?

Telefon Su Qianci tiba-tiba berdering. Nada deringnya ialah lagu ciptaannya sendiri, Elegi. Li Sicheng melihat satu nama terpapar pada skrin telefon itu - Yihan. Tiada nama keluarga, hanya Yihan. Seingatnya, Su Qianci tidak menyimpan nombor telefonnya dengan namanya, tetapi hanya sebagai 'Encik Li'. Perbezaan yang ketara itu membuatkan hati Li Sicheng runtun.

Su Qianci yang tidak menyedari perubahan wajah Li Sicheng terus mengangkat panggilan itu. "Hello…"

"Berita baik. Seorang pelabur besar berminat dengan syarikat kita, Qianqian. Kamu pernah dengar Wanhui Teknologi? Mereka bersedia untuk melabur kepada kita."

Mendengar perkara itu, Su Qianci terpaku seketika sebelum riak wajahnya bertukar gembira. "Betul? Jadi… Auch!"

Sebelum Su Qianci sempat menghabiskan ayatnya, dia ditolak ke atas pasir. Dia memandang Li Sicheng yang sedang menahan badannya, dan mula berasa takut. Sebelah tangannya berada di belakang badannya, manakala sebelah lagi masih memegang telefon.

"Kenapa Qianqian? Hello?"

Suara Lu Yihan kedengaran melalui telefon. Su Qianci mahu menjawab, tetapi dia terpandang riak wajah Li Sicheng yang jelas teramat marah. Jantungnya berdegup kencang ketika dia bertanya dengan gugup, "Encik… Li, kenapa?"

Mata Li Sicheng seakan membara dengan api yang bersedia untuk menelan Su Qianci.

Apa yang lelaki ini mahu?

Tangan Su Qianci mula berasa sakit. Dia cuba bergerak tetapi Li Sicheng menahan tangannya dengan lebih kuat.

"Saya suami kamu!" Sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Telefon itu dirampas dari tangannya. Selepas memutuskan talian, Li Sicheng mencampakkan telefon itu ke tepi.

Wajah Su Qianci berkerut ketika dia menjerit. "Apa yang kamu…"

Sesuatu yang lembut menyentuh bibirnya. Mata Su Qianci terbeliak memandang lelaki di atas badannya itu dengan tidak percaya.

Apa yang dia cuba lakukan…

Ketika itu, Su Qianci mula memahami apa yang sedang berlaku dan mula bergelut. Walau bagaimanapun, Li Sicheng terus menindih tubuhnya dan membuatkan Su Qianci terperangkap di bawahnya.

Siguiente capítulo