webnovel

Pembalasan Buat Lin Wanting

Editor: EndlessFantasy Translation

Tang Mengying terkejut dan menjerit perlahan, "Lima biji?? Kamu mungkin akan bunuh dia!"

Liu Anan hampir menangis. "Apa patut saya buat? Saya akan hubungi ambulans…"

Walau bagaimanapun, Tang Mengying segera merampas telefon bimbit Liu Anan dan berkata, "Kamu dah gila? Kalau kamu hubungi ambulans, kamu mungkin akan dihantar ke penjara."

"Jadi apa patut saya buat?"

Wajah Tang Mengying muram seketika sebelum dia berkata dengan tenang, "Berlakon seperti kamu tak tahu apa-apa dan balik."

"Tapi…"

"Kamu nak masuk penjara?"

"Tak nak!"

"Jadi terus balik rumah dan berpura-pura saja seperti kamu tak tahu apa-apa."

Orang ramai mula beredar dari majlis itu. Hanya ada beberapa orang sahaja yang sedang minum bersama rakan-rakan mereka masih tinggal. Semua orang telah mula meningggalkan dewan itu pada jam 10 malam.

Apabila beberapa orang terakhir mahu meninggalkan dewan itu, seorang lelaki yang merupakan kawan Fu Lengbing tiba-tiba bertanya, "Apa nombor bilik dalam gambar yang Su Qianci hantar ke dalam kumpulan perbualan tadi?

"F 1805. Kenapa?"

"Pasti ada sesuatu dalam bilik itu. Kamu semua rasa apa yang Li Sicheng akan jumpa jika dia terpedaya tadi dan pergi ke sana?

"Nak cuba tengok?"

"Jom!"

Kumpulan itu menaiki lif ke tingkat lapan. Sebaik sahaja menghampiri bilik yang dicari, mereka terdengar bunyi hentaman dan jeritan. Mereka berpandangan antara satu sama lain, sebelum sorang gadis di kalangan mereka tiba-tiba menyuruh mereka diam. Gadis itu merapatkan telinganya ke pintu bilik itu dan berbisik, "Saya rasa saya dengar suara Lin Wanting."

Mereka yang lain kebingungan, lalu turut merapatkan telinga mereka ke pintu itu.

"Tolong…"

Satu suara meminta tolong yang kedengaran lemah mengejutkan mereka.

Disebabkan gadis tadi agak rapat dengan Lin Wanting, dia terus menelefon polis sebaik mendengar suara Lin Wanting. Seorang lelaki antara mereka pergi ke kaunter hadapan hotel untuk mendapatkan kunci bilik. Sebaik sahaja berjaya memecah masuk ke dalam bilik itu, mereka terus terhidu bau darah.

Lin Wanting sedang berada dalam keadaan yang sangat lemah, dan terus menangis sebaik sahaja pintu itu terbuka. "Tolong saya…" Suaranya serak dan kedengaran seperti merayu, sangat berbeza daripada suara lembut dan cerianya yang biasa.

Ia juga kedengaran menakutkan.

Gadis tadi yang merupakan rakannya menjerit, "Lin Wanting!" Dia hampir menangis melihat keadaan Lin Wanting ketika itu.

Ding Haibo tidak mengendahkan apa yang berlaku. Dia mengalihkan punggungnya, lalu kelihatan darah mengalir turun di kakinya. Sebaik sahaja lelaki-lelaki tadi cuba menarik Ding Haibo jauh daripada Lin Wanting, mereka terus ditumbuk oleh lelaki itu. Tiga orang lelaki diperlukan untuk menarik Ding Haibo. Lin Wanting sudah nyawa-nyawa ikan apabila dia dibawa ke dalam ambulans, dan darah daripada tubuhnya terus mengalir tanpa henti, mengotori setiap tempat yang dilaluinya.

Su Qianci berasa seolah-olah sedang bermimpi. Dia sedang berjalan keluar daripada dewan tarian sambil berpimpingan tangan dengan Li Sicheng. Dia menjeling wajah suaminya itu, lalu jantungnya berdegup kencang. Tetapi, dia tahu dia tidak boleh jatuh cinta lagi dengan lelaki itu. Su Qianci menarik tangannya daripada genggaman Li Sicheng, lalu bertanya, "Kenapa kamu ada di sini?"

Li Sicheng memandangnya dan menjawab, "Untuk cari kamu."

Su Qianci merasakan jantungnya seperti terhenti. Jawapan ringkas itu membuatkan hatinya terasa berbolak-balik…

Siguiente capítulo