webnovel

Seakan Mimpi

Editor: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng terkejut bagai terkena kejutan elektrik sebaik bibir mereka bersentuhan. Bibir isterinya itu terasa lembut dan manis seperti puding. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Ini bukan kali pertama kerana dia telah menciumnya beberapa kali sebelum ini. Tetapi kenapa kali ini perasaannya berbeza?

Sungguh menggoda... Mata Li Sicheng menjadi gelap dan dia memeluk Su Qianci lebih erat. Su Qianci yang tidak menyedari apa-apa perbezaan terus menjilat bibir lelaki itu perlahan-lahan. Dia melakukannya dengan lembut dan sedikit gementar, tanpa membuat sebarang bunyi...

Itu sudah cukup. Dia hanya akan membayangkan semua ini adalah benar. Walau bagaimanapun, dia tidak tahu bahawa lelaki itu telah terangsang dan memutuskan untuk terus membawa mereka lebih jauh. Su Qianci terkejut dan merenungnya. Dia… Dia bergerak?

Berhenti! Berhenti sekarang!

Namun ia tidak berkesan. Li Sicheng menahan tangan Su Qianci ke bawah dan menciumnya dengan penuh ghairah. Lidahnya meluncur ke dalam gigi Su Qianci. Nafsunya jelas sedang membuak dan tiada tanda mahu berhenti.

Mata Su Qianci terbeliak dan hatinya tiba-tiba berdegup laju. Ini benar? Ini bukan mimpi? Oh Tuhan, saya telah mencium lelaki ini! Tetapi mengapa dia tidak marah? Dan kenapa dia mencium saya kembali?

Su Qianci tiba-tiba mendapat jawapan gila di dalam fikirannya, tetapi terus menolaknya ke tepi. Itu mustahil...

Sebaik menyedari Su Qianci tiba-tiba terpaku, mata Li Sicheng menjadi lebih gelap dan dia mengarahkan, "Tutup mata kamu."

Su Qianci terkejut dan wajahnya terus bertukar kemerahan.

Ahhhhh! Ini satu realiti!

Ini bukan mimpi? Tidak, kini dia menyedari ia bukan mimpi. Hatinya gementar, dan Su Qianci berasa seakan tidak percaya. Nafasnya semakin laju dan matanya menjadi basah. Dia menggerakkan tangannya ke atas dan memeluk lelaki itu kembali. Menyedari kelakuan Su Qianci yang patuh, Li Sicheng berasa semakin susah untuk menahan kemahuannya.

Lakukannya!

Li Sicheng terkejut dengan idea gilanya sendiri. Dia memberi amaran kepada dirinya untuk berhenti, tetapi ia sangat sukar.

"Ahem!"

Satu suara tiba-tiba kedengaran dan membuatkan Su Qianci terpaku sebelum menolak lelaki itu. Dia menoleh dan melihat Qin Shuhua sedang berdiri di pintu sambil tersenyum. Wanita itu memarahi Li Sicheng, "Qianci masih lemah!"

Walaupun Su Qianci tahu Qin Shuhua hanya mengusik mereka, Su Qianci tidak dapat menahan wajahnya daripada bertukar kemerah-merahan lalu memandang Li Sicheng. Dia mendapati lelaki itu berlagak tenang seperti biasa, walaupun turut kelihatan sedang cuba menyembunyikan perasaan malu.

Li Sicheng tiba-tiba berdiri. Su Qianci yang baru sahaja ternampak kesan darah kering di kemejanya berasa agak terkejut.

"Saya nak pergi kerja. Ibu, tolong jaga Su Qianci."

Qin Shuhua tersenyum dan mengangguk. "Pergilah, nanti ibu kembalikan isteri cantik kepada kamu."

Li Sicheng kelihatan semakin malu dan bergegas meninggalkan wad itu.

"Kamu berdua kelihatan secocok bersama," kata satu suara lembut dari belakang Qin Shuhua.

Siguiente capítulo