webnovel

Surat Akuan Hutang

Editor: EndlessFantasy Translation

Sebaik Yu Lili berkata demikian, semua orang memandang ke arah Su Qianci.

Su Qianci tidak menjangkakan kata-kata tersebut daripada Yu Lili, tetapi ia telah membantunya. Su Qianci tersenyum dan menganggukkan kepala, "Okey". Kemudian dia menoleh ke arah Lin Wanting. "Tidak mengapa. Saya akan pinjamkan duit kepada kamu. "

Mendengar perkataan "pinjam", Lin Wanting berasa keberatan. Jika Su Qianci memberikan secara percuma, sudah tentu dia akan mengambilnya. Tetapi, apabila difikirkan tentang jumlah hutang yang banyak, dia berasa serba salah.

"Okey, disebabkan Su Qianci sudah setuju, pergi ambil sebatang pen dan kertas kosong untuk cik Lin menulis surat akuan hutang."

"Baik!" Pembantu kedai menjawab dan kemudian membawakan sebatang pen dan kertas.

Wajah Li Wanting berubah. "Yu Lili, kamu jangan melampaui batas."

Yu Lili tidak pernah menyukai Liu Anan dan Lin Wanting. Jika Lin Wanting tahu Yu Lili akan berada di sini, dia tidak akan menjejakkan kakinya di tempat ini. Namun, sudah terlambat untuk menyesal.

Apabila melihat pen dan kertas di hadapannya, Lin Wanting cuba meminta bantuan daripada Su Qianci. "Su Qianci, bukankah kita sahabat baik? Kenapa kamu harus buat begini?"

Su Qianci baru sahaja hendak membuka mulutnya apabila seorang wanita kaya di situ menyindir Li Wanting penuh sinis, "Adik beradik pun tidak berkongsi wang. Saya rasa kamu ini seorang penipu. Sahabat baik? Haha!"

"Siapa yang cakap begitu? Apa kaitannya dengan kamu?" Lin Wanting menjerit. "Saya tidak lagi mahukan baju ini. Apa lagi kamu mahu katakan?"

"Bukankah lebih bagus jika kamu berkata begitu sejak awal lagi," kata pembantu kedai itu dengan nada menghina. "Tanggalkan baju itu. Jangan kotorkan jika kamu tidak mampu membelinya."

Lin Wanting paling tidak suka apabila dia dipandang rendah. Seluruh badannya menggeletar dan dia hampir menampar wajah pembantu kedai itu. Dia berjalan ke hadapan dan meledak akibat terlalu marah, "Siapa cakap saya tidak mampu? Ia hanya dua ratus ribu dolar sahaja!"

Pembantu kedai itu terkejut dengan reaksi Lin Wanting dan melihat perempuan itu merampas pen dan kertas dari tangannya. Sewaktu Lin Wanting mula menulis, dia berasa keberatan tetapi tetap menulis surat akuan hutang itu. Ia cuma pinjaman daripada Su Quanci. Ketika ini, Su Qianci hanya digalak oleh Yu Lili. Apabila Yu Lili pergi nanti, Lin Wanting mempunyai banyak cara untuk membuatkan Su Qianci melupakan hutangnya dan memberikan sahaja wang itu secara percuma. Dia terfikir perwatakan Su Qianci yang mudah dipujuk dan berasa semakin yakin.

Dia hanya mengambil masa kurang dari dua minit untuk menulis surat akuan hutang itu. Su Qianci membayar baju Lin Wanting di depan orang ramai, dan Lin Wanting mengkritik semua pembantu kedai itu sebelum mereka beredar. Tetapi ketika mereka keluar dari kedai itu, Yu Lili mengekori mereka.

Lin Wanting berasa kurang senang dan bertanya, "Kenapa kamu mengekori kami?"

Yu Lili merenung Lin Wanting dengan matanya yang menggoda dan ketawa kecil. "Saya hanya berjalan mengikut kehendak saya. Apa kaitannya dengan kamu?"

Apabila Lin Wanting mahu menjawab, Yu Lili terus berjalan ke hadapan dan bertanya kepada Su Qianci, "Dah lama kita tak jumpa. Kamu mahu ikut saya ke spa?"

Yu Lili yang berpakaian serba merah kelihatan sangat bergaya dan anggun. Dia mengukir senyuman kepada Su Qianci. Su Qianci berasa sedikit bingung dan tiba-tiba teringat tentang apa yang telah dia dengar daripada orang lain mengenai Yu Lili pada kehidupan lepas. Su Qianci seorang anak yatim piatu dan diambil oleh sebuah keluarga yang tidak dapat memiliki zuriat sendiri semasa dia berumur tiga belas tahun. Kemudian dia diambil semula oleh keluarga Su semasa berusia lapan belas tahun. Yu Lili juga anak yatim piatu tetapi dia telah diambil, ataupun lebih tepat lagi, dibeli oleh seorang lelaki.

Siguiente capítulo