webnovel

Nenek Rong

Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci menjerit dan berundur ke belakang. Sup itu masih melimpah ke atasnya. Sup yang masih berasap itu membasahi baju suteranya dan meninggalkan kesan basah yang besar. Ia sangat menyakitkan dan menyebabkan Su Qianci bernafas tercungap-cungap sambil memegang dulang tersebut jauh dari badannya.

Li Sicheng tidak menyangka perempuan itu sedang memegang sesuatu. Dia terkaku pada mulanya dan kemudian bertindak dengan pantas mengambil dulang tersebut. Li Sicheng melihat pakaian Su Qianci yang basah. Sekarang musim panas, jadi Su Qianci memakai baju sutera tanpa lengan. Kesan basah tersebut berada di bawah perutnya, dan jelas menunjukkan warna seluar dalamnya. Ia berwarna biru muda. Li Sicheng menjeling ke arahnya dan tiba-tiba terasa sedikit terganggu. Kemudian dia bertanya dengan suara yang garau, "Kau okey?"

Mata Su Qianci kelihatan merah. Dia memandang lelaki itu dan berkata, "Cuba rasa sendiri semangkuk mi sup panas tumpah ke atas kamu."

Li Sicheng melihat semangkuk mi sup dengan separuh supnya telah tiada itu. Dia melembuatkan sedikit ekspresi wajahnya dan bertanya, "Kau masak untuk aku?"

"Nenek Rong yang minta saya masakkan". Su Qianci mengangkat pakaiannya, dia merasa seperti kulitnya terbakar. "Dia telefon dan minta saya pastikan kamu tidak kelaparan."

Li Sicheng mendengarnya dan tersenyum sedikit. Suaranya mendatar dan rendah. "Kau pasti itu yang dia maksudkan?"

Su Qianci bingung seketika sebelum pipinya bertukar merah, "Kamu…"

Entah kenapa, Li Sicheng berasa gembira melihat reaksi Su Qianci. Dia memegang dulang dengan sebelah tangan, dan menarik lengan Su Qianci dengan sebelah lagi. "Mari sapu ubat pada luka kau."

Sapu ubat? Su Qianci melihat pada kesan melecur di kulitnya. Dia masih berasa sakit, tetapi… Dia sedang memakai baju sutera tanpa lengan yang sangat nipis! Sekiranya Li Sicheng merawat luka itu, tidakkah bajunya akan diangkat? Su Qianci tiba-tiba teringat mengenai bonjolan yang dia lihat pada pagi beberapa hari lepas dan wajahnya bertukar merah padam.

Su Qianci menarik lengannya dan berkata, "Tidak, terima kasih. Makanlah mi itu, hanya sup sahaja yang kurang. Saya akan sapu ubat sendiri."

"Tidak," Li Sicheng berkata dengan tegas. "Ini salah aku, jadi aku akan perbetulkannya."

Dia kedengaran serius. Entah kenapa, Su Qianci tidak lagi berkata apa-apa dan membiarkan suaminya itu membawanya ke sofa di ruang tamu. Li Sicheng meletakkan mi di atas meja dan mengambil kit pertolongan cemas.

Wajah Su Qianci tiba-tiba menjadi merah padam kembali. Dia berdiri dan cuba untuk mengambil kit di tangan Li Sicheng. "Tidak mengapa, saya boleh buat sendiri. Pergilah makan, jangan berlapar."

"Duduk!" Suaranya kedengaran seperti satu perintah yang tidak akan menerima sebarang bantahan.

Su Qianci mahu mengatakan sesuatu, tetapi Li Sicheng tiba-tiba menarik tangannya. Tangan lelaki itu kasar dan hangat. Li Sicheng meletakkan sebelah lagi tangannya di bahu Su Qianci dan menolaknya ke sofa, lalu duduk di hadapannya. Sebaik melihat wajah tampan itu menghampirinya, nafas Su Qianci terasa bagai terhenti.

Siguiente capítulo