webnovel

Sungguh Cemburu

Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci menahan nafasnya dan wajahnya perlahan-lahan bertukar merah padam.

Jari jemari lelaki yang panjang menyusun buah mahjong di hadapannya, lalu kedengaran satu suara, "Begitu."

Su Qianci menunjukkan tangannya dan merasakan semua orang sedang memerhatikan dirinya.

Puan Lu terkejut dan berkata, "Saya tertanya-tanya mengapa Su Qianci bernasib sangat malang. Rupa-rupanya dia sedang menunggu saat ini."

"Semuanya berubah apabila suaminya tiba. Dia terus menang apabila dia ada di sini." kata seorang wanita yang lain.

Suami...

Istilah tersebut kedengaran biasa, dan juga kedengaran kuno kepadanya, membuatkan dia kehilangan focus untuk sementara waktu. Tetapi, dia tiba-tiba menyedari apa yang sudah berlaku. "Adakah saya menang?"

Li Sicheng mengangguk dan memandang wajah Su Qianci yang jelas keriangan. Wajahnya bukan seperti Tang Mengying yang memang tidak dapat dinafikan kecantikannya, tetapi Su Qianci mempunyai ciri-ciri yang membuatkan rupanya kelihatan lembut. Kulitnya sangat cerah seakan porselin yang paling cantik. Matanya hitam dan bersinar, seolah-olah ribuan bintang berada di dalamnya. Dia kelihatan sangat… comel!

Melihat kedudukan Li Sicheng dan Su Qianci, Tang Mengying berasa sungguh cemburu yang membuatkan dia hampir menjadi gila pada saat itu. "Abang Sicheng, kamu sudah pulang," Tang Mengying tersenyum dengan cantik sekali.

Seolah-olah tidak mendengarnya, Li Sicheng tunduk dan mengambil satu buah mahjung, lalu berbisik kepada Su Qianci, "Ini kad yang tinggi nilainya. Kau sangat bertuah."

Su Qianci menjadi lebih terkejut. "Betulkah?" Namun, dia kemudian teringat tentang jumlah wang yang dia telah kalah. "Tapi saya sudah kehilangan semua wang yang saya ada."

"Berapa banyak?"

Wajah Su Qianci bertukar merah padam sedikit dan berbisik, "Kurang daripada seratus ribu..."

Ibu mertuanya mungkin telah menang dalam 70 sehingga 80 000, dan ditambah wang yang telah diambil dari dompetnya sendiri… Ia sebenarnya lebih daripada jumlah yang disebutkan itu.

Li Sicheng terus berkata, "Jadi jom dapatkan ia kembali."

Apabila dia berkata demikian, dia benar-benar memaksudkannya. Sebaik pusingan seterusnya bermula, Su Qianci mendapati bahawa dia bukannya bernasib malang, tetapi hanya tidak berkemahiran.

Dia berasa terpukau melihat jari-jemari Li Sicheng yang menyusun buah mahjung di hadapannya. Dia dapat merasakan nafas lelaki itu di sebelah telinganya, amat dekat, amat panas… Wajah Su Qianci semakin merah padam sehingga hujung telinganya turut menjadi merah. Dia merasakan nafasnya semakin sesak, dan membenci dirinya kerana itu.

Su Qianci, kau sudah nekad untuk tidak mempunyai perasaan begini lagi terhadap dia!

Su Qianci memukul pahanya sendiri dan terus menjadi tenang. Namun, Li Sicheng melihat apa yang dilakukanya. Dia mengecilkan matanya, sukar untuk meneka apa yang sedang dia fikirkan.

Setelah Li Sicheng menyusun buahnya, Su Qianci mendapati dia mempunyai tangan yang cekap. Tang Mengyin meletakkan satu buah dan menjeling ke arah Li Sicheng. Berdasarkan apa yang Tang Mengying kenal tentang dirinya, Li Sicheng bukannya sedang berfikir tentang permainan itu, tetapi sesuatu yang lain. Tetapi apa yang sedang bermain di fikirannya itu? Tang Mengying cuba untuk meneka, tetapi dia tidak mempunyai apa-apa petunjuk.

Sekarang giliran Puan Lu. Tetapi, sebaik sahaja Puan Lu mahu mengambil buahnya, Su Qianci berkata dengan perlahan, "Tunggu sebentar…"

Puan Lu berhenti dan memandang ke arahnya.

Su Qianci menunjukkan tangannya dan berkata, "Saya rasa saya sudah menang."

Dan yang dimenanginya ialah wang Tang Mengying.

"Wow, syabas. Kamu belajar dengan cepat!"

"Tangan yang cekap."

Pada masa yang sama, Tang Mengyin berasa tidak gembira. Ada orang lain yang bermain buah yang sama, tetapi Su Qianci memilih dirinya untuk dikalahkan.

Siguiente capítulo