webnovel

Bagaimana Dia Boleh Menjadi Puan Li!

Editor: EndlessFantasy Translation

Liu Anan bertukar malu-malu dan dengan cepat mengangguk. "Ya, Abang Li! Tahun lepas kita berjumpa sewaktu sambutan hari jadi kamu, saya memakai…"

Dia secara tiba-tiba memanggil Li Sicheng abang, yang membuatkan lelaki itu jijik. Li Sicheng berasa tidak sabar dan berkata, "Dia tidak memberitahu kamu yang saya sudah berkahwin?"

Liu Anan tercengang dan mengangguk. Kenyataan bahawa Li Sicheng sudah berkahwin bukanlah rahsia. Tetapi perkahwinan tersebut dibuat secara kecil-kecilan dan media tidak dapat sebarang maklumat mengenai identiti isterinya. Bagaimana dia boleh secara tiba-tiba bercakap tentang itu?

Liu Anan tidak faham dengannya. Bagaimanapun, perwatakan misteri sebegitulah yang membuatkan lelaki itu sangat menarik perhatian perempuan. Seolah-olah didorong, Liu Anan merenung Li Sicheng tanpa merasa malu. Wajahnya yang jelas ingin menggatal menyebabkan ia kelihatan jijik.

Li Sicheng telah biasa dengan riak wajah tersebut. Tiba-tiba dia teringat bahawa Su Qianci pernah merenungnya dengan riak wajah yang sama beberapa hari lalu. Tetapi hari ini…

Dia akhirnya faham apa yang telah berbeza dengan Su Qianci.

Adakah dia sedang bersikap jual mahal?

Li Sicheng menjeling sekilas ke arah Su Qianci dan dengan pantas menoleh ke tempat lain. "Jadi, saya rasa menghina isteri saya di hadapan saya adalah tindakan yang tidak bijak."

Dia kelihatan tenang seolah-olah sedang memberitahu mengenai sesuatu perkara yang biasa. Walau bagaimanapun, kata-katanya menggemparkan semua yang berada di situ.

Liu Anan merupakan orang yang paling terkejut. Dia kemudiannya menjerit, "Tidak mungkin! Dia isteri kamu?"

Fu Lengbing turut sama terkejut, dan memandang Su Qianci dengan riak wajah tidak percaya. Keluarga Li merupakan keluarga bertaraf nombor satu di Kingstown! Mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan. Antara tiga orang anak lelaki dalam keluarga itu, hanya Li Sicheng yang memilih untuk menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun, setiap orang dalam keluarga tersebut adalah golongan elit.

Fu Lengbing amat tahu mengenai betapa susahnya bagi mengahwini ahli keluarga ini. Seseorang seperti Su Qianci… Keluarga Li menerimanya? Bukan sahaja Liu Anan, malah Fu Lengbing juga sukar mempercayai hal tersebut.

Tetapi, Li Sicheng sedang mengaku dengan sendirinya!

"Apa? Dia adalah isteri kepada presiden?" Salah seorang pembantu kedai merasa amat terkejut sehingga sukar untuknya berdiri dengan tegak. Wanita yang berpakaian biasa itu adalah isteri kepada boss besar!

"Jadi, dia ialah Puan Li!" salah seorang di antara keramaian itu berkata. "Puan Li memang amat luar biasa. Perempuan simpanan? Haha, perempuan yang cemburu memang sangat menakutkan."

"Betul! Perempuan itu sangat agresif sehingga saya fikir apa yang dikatakannya benar. Perempuan jahat!"

"Puan Li sangat cantik, dia dan presiden merupakan pasangan yang secocok."

"Betul itu. Tetapi siapa lelaki yang berdiri di sebelah perempuan itu? Bukankah dia salah seorang ahli keluarga Fu?

"Saya rasa betul. Adakah perempuan itu kekasihnya?"

"Tidak mungkin. Citarasa yang teruk…"

Perbincangan itu semakin lama semakin kuat. Wajah Fu Lengbing bertukar merah padam dan dia bergerak menjauhi Liu Anan.

Liu Anan masih tidak dapat menghilangkan perasaan terkejutnya. Dia tidak tahu bahawa Fu Lengbing sedang merasa geram terhadapnya. Liu Anan memandang Su Qianci dengan wajah tidak percaya dan berkata, "Ini tidak mungkin terjadi. Bagaimana perempuan seperti kau boleh berkahwin dengan keluarga Li? Kau pasti telah melakukan sesuatu yang hina. Ya, pasti begitu. Su Qianci, kau memang seorang yang tidak tahu malu!"

Siguiente capítulo