webnovel

Nikmati Permainan Ini Perlahan-lahan, Kamu Masih Ada Banyak Peluang

Editor: EndlessFantasy Translation

Nikmati Permainan Ini Pelahan-lahan, Kamu Masih Ada Banyak Peluang

Ada orang meniti jalan yang sama, tetapi ada yang sampai ke penghujung sementara yang lain jatuh ke lembah tiada pengakhiran.

Inilah yang digelarkan perubahan nasib dalam kehidupan. Jika Tangning mencuba sebaik mungkin sekalipun, dia tidak boleh mengelaknya.

Kejadian Xia Hanmo bukan sahaja melukai Lin Qian. Ia juga membuatkan Tangning faham yang berputus asa dan mengucapkan selamat tinggal ialah pelajaran penting yang perlu dilaluinya.

...

Xia Hanmo sedar dia sudah memilih jalan mengorbankan dirinya sendiri untuk membalas perbuatan Zhou Qing. Tetapi, daripada apa yang dilihatnya, dia tiada pilihan lain. Sejak detik Zhou Qing mengkhianatinya, dia tidak lagi peduli akan jangka masa panjang atau masa depan. Dia cuma mahu Zhou Qing membayar balik apa yang telah dilakukannya.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo